Anak Baru 4 Bulan Tapi Ibu Dah Mengandung Lagi, Waspada 5 Risiko Kehamilan Rapat Ini!

Bayi 4 bulan bakal terima adik baru. Seorang wanita berkongsi kisah berasa tidak sedap badan, setelah melakukan ujian kehamilan dia bersyukur hamil lagi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mana-mana yang telah mendirikan rumah tangga, pasti mengimpikan untuk memperoleh cahaya mata. Ada juga merancang dengan sebaiknya dan ada juga berserah sepenuhnya pada Yang Maha. Perkongsian video di Tik Tok, memaparkan kisah bayi 4 bulan bakal menerima seorang adik.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa gerun dan risau akan kesihatan diri wanita berkenaan yang belum pulih memandangkan kehamilan jarak dekat ini boleh membahayakan nyawa.

Bayi 4 bulan bakal terima adik baru, wanita bersyukur dengan rezeki Allah

Memang tiada masalah bagi mana-mana pasangan untuk memiliki zuriat yang ramai. Dengan keadaan zaman kini, anda hendaklah membuat perancangan terlebih dahulu agar tidak memudaratkan diri.

Bukan itu sahaja, ada yang bimbang sekiranya usia anak yang terlalu rapat menyebabkan dia tidak memperoleh perhatian dan kasih sayang secukupnya kerana ibu ayah terlalu fokus pada bayi baru.

Meskipun begitu, siapalah kita untuk menolak rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Jika termengandung, takkanlah anda ingin gugurkan? Itu dah berdosa besar namanya.

Seperti kisah benar yang berlaku kepada wanita bernama Radhiah ini, dia mendapati dirinya mengandung lagi sewaktu bayi 4 bulan (anak sulung).

Menurut kapsyen pada video Tik Tok miliknya, ”Baby baru 4 bulan. Tapi rasa badan lemah je. Check pregnant test. Rupanya Alhamdulillah. Humaira nak dapat adik.”

Mengandung lagi ketika bayi 4 bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia berkata sering berasa tidak sedap badan sebelum membuat keputusan untuk melakukan ujian kehamilan di rumah. Namun terkejut apabila mendapati dua garisan yang keluar. Radhiah turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki pemberian zuriat kedua ini.

Perkongsiannya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang turut tumpang gembira dan ada yang bimbang dengan kesihatannya yang baru sahaja beberapa bulan melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, ada juga berasa kasihan pada bayi 4 bulan tersebut kerana ibunya masih belum bagi kasih sayang yang mencukupi kepadanya, tetapi sudah dapat adik baru.

Risiko kehamilan rapat yang para ibu perlu waspada

Kata orang bila anak ramai, rumah jadi sangat meriah. Rezeki pun datang dengan mudah. Walau bagaimanapun anda mungkin terpaksa menahan ‘nasihat’ doktor atau jururawat mengenai risiko jarak kelahiran dekat yang mungkin membahayakan diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya ialah:

#1. Masalah tulang rapuh

Apabila mengandung, ibu amat memerlukan kalsium yang mencukupi untuk dirinya dan janin dalam kandungan. Bayangkan jika anda tengah mengandung dan ada anak yang masih menyusu lagi?

Hormon estrogen amat penting bagi penyerapan kalsium. Gangguan pada hormon turut menjejaskan struktur tulang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Risiko rahim pecah

Hal ini banyak terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan. Rahim yang dipotong memerlukan masa lebih lama untuk pula. Lagi bahaya sekiranya si ibu mengalami masalah kesihatan lain seperti darah tinggi atau kencing manis.

Rahim yang belum pulih sepenuhnya dan ditambah pula dengan kehamilan baru, berisiko untuk pecah. Ia jarang berlaku tetapi tidak mustahil.

#3. Masalah anemia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Setiap kali melahirkan (secara normal), wanita akan kehilangan darah 200 hingga 400ml. Ia perlu diganti semula dan penghasilan darah merah memerlukan masa antara 90 hingga 120 hari.

Kelahiran rapat membuatkan darah merah belum sempat terhasil dan risiko menjadi semakin tinggi kerana ibu memerlukan darah yang cukup semasa mengandung.

#4. Rahim jatuh atau tombong

Salah satu punca utama berlakunya tombong adalah kelahiran yang ramai. Ingat, rahim adalah otot yang fleksibel. Semakin kerap anda beranak, semakin tinggi tisiko untuk mendapat tombong.

Semasa melahirkan bayi, banyak otot mengalami luka dan trauma. Badan amat memerlukan masa untuk pulih dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bayi kurang berat badan dan kelahiran pramatang

Rahim masih lemah, tetapi anda telah tambah beban lagi pada dia. Akibatnya rahim kekal lemah sepanjang kehamilan yang baru. Bukan itu sahaja, bagi ibu dengan masalah anemia turut menyebabkan bayi dalam kandung kurang memperoleh zat.

Keadaan ini turut meningkatkan risiko bayi menjadi autisme.

Ada sebab kenapa doktor menasihati para ibu untuk jarakkan kehamilan, seeloknya 2 hingga 5 tahun kerana faktor risiko pada masa hadapan. Paling penting adalah mengambil kira aspek kesihatan, ekonomi dan perkembangan anak-anak.

Sumber: Gula Pop, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi”- Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan