Menakjubkan! Bayi Berusia 5 Bulan Sudah Boleh Makan & Kunyah Makanan Pejal

Bayi 5 bulan ini boleh makan & kunyah pepejal! Bayi ketiga terbesar di dunia ini memiliki tumbesaran luar biasa berbanding kanak-kanak lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi 5 bulan boleh makan dan kunyah makanan pepejal? Ini mungkin cerita biasa di halwa telinga anda, tetapi tidak bagi ibu kepada Alpha Stone Mitchell, seorang bayi comel yang dilahirkan dengan berat 6.35 kilogram. Hampir 7 kilo beratnya!

Bayi lelaki berusia 5 bulan ini kini merupakan bayi ketiga terbesar di Britain. Dilahirkan secara pembedahan Oktober lalu, bayi tersebut berada dalam keadaan sihat. Pastinya Alpha Stone Mitchell merupakan antara bayi lelaki yang mempunyai perkembangan pertumbuhan yang tinggi berbanding rakan sebayanya yang lain. 

Bayi 5 bulan ini boleh makan makanan pepejal dengan mudah!

Berbeza dengan bayi yang lain, Alpha Stone Mitchell mempunyai berat badan yang tidak sepadan dengan usianya. Malah, beliau harus memakai pakaian yang lebih besar. Tapi yang lebih menghairankan lagi, Alpha juga boleh mengunyah makanan pepejal

Ibunya Cherral Mitchell yang berusia 31 tahun berkata, perkembangan pembesaran anaknya sangat drastik dan tidak sama seperti pembesaran bayi biasa. Malah, Alpha dilihat terus 'melangkau' ke peringkat usia tiga hingga enam bulan.

Bayi hanya mula makan bubur pada permulaan

Cherral yang turut memliki anak lain berusia satu hingga lima tahun itu berkata, anaknya juga sudah mula makan makanan pepejal seperti biskut bayi dan bubur. Ini sangat berlainan daripada jenis pemakanan yang sepatutnya Alpha ambil pada peringkat umurnya. 

Pada peringkat permulaan, Cherral hanya memperkenalkan bubur sahaja kerana anaknya kelihatan seperti kelaparan di waktu pagi. Lama-kelamaan, anaknya seperti boleh menerima makanan pepejal yang lain. Menurut Cherral lagi, pemakanan sebegini tidak menjejaskan sistem penghadaman anaknya.

Disebabkan oleh fizikal anaknya yang besar dan tinggi, ramai menyangkakan bahawa bayi ini merupakan kembar kepada kakaknya yang sudah menjangkau umur setahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia turut menambah bahawa Alpha adalah anak pertama dalam keluarga yang mempunyai berat yang tinggi sewaktu dilahirkan.

Doktor mengganggap bahawa punca Alpha mempunyai berat yang tinggi adalah disebabkan oleh diabetes yang dialami oleh ibunya ketika mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes Alpha semestinya sangat berbeza dengan kanak-kanak lain. Namun, adalah amat penting bagi ibu bapa untuk sentiasa memantau perkembangan tumbesaran anak-anak mereka.

Pastikan anak-anak anda mempunyai perkembangan yang sihat dan sentiasalah merujuk kepada doktor sekiranya anak anda dilihat mempunyai pembesaran yang tidak seimbang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Anak Sudah Bersedia Untuk Makan? Cuba Perkenalkan Si Manja Menu Makanan Bayi 6 Bulan Ini

Baca Juga: Info Lengkap Pemakanan Bayi Sepanjang Satu Tahun Pertama, Barulah Si Kecil Berkembang Sihat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca Juga: 101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Penulis

Nina Osman