X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pernah Duduk Wad ICU, Bayi 6 Bulan Ini Sembuh Dari Covid-19, Diraikan Pihak Hospital

28 Apr, 2020
Pernah Duduk Wad ICU, Bayi 6 Bulan Ini Sembuh Dari Covid-19, Diraikan Pihak Hospital

Tular baru-baru ini, pesakit bayi 6 bulan yang dijangkiti coronavirus telah sembuh dari penyakit tersebut di sebuah hospital di Manchester England.

Di saat bayi 6 bulan ini dijangkiti dengan corona virus (covid-19) seluruh anggota hospital yang merawat berasa takut jika tidak dapat menyelamatkan nyawa bayi si kecil ini.

Namun, siapa sangka bayi 6 bulan ini akhirnya berjaya melawan pandemik covid-19 dan bebas dari wabak berbahaya ini.

Lantas, dia menjadi simbol harapan rakyat di Manchester, England yang dijangkiti untuk kembali bangun melawan wabak yang mengancam puluhan ribu orang ini.

Bayi 6 bulan dijangkiti corona virus

bayi enam bulan

Semasa di hospital, bayi berkenaan mengalami kekurangan berat badan dengan komplikasi masalah kesihatan yang lain. Lantas doktor menyangka bahawa bayi si kecil ini mungkin dijangkiti Covid-19.

Kemudian doktor melakukan beberapa pemeriksaan dan ternyata dia dijangkiti dengan wabak mudah berjangkit itu.

Namun selepas beberapa hari di hospital, bayi yang diberi nama Erin Bates ini telah sembuh sepenuhnya dari Covid-19.

Atas sebab itu seluruh anggota dan pasukan perubatan yang merawatnya meraikan hari bahagia itu dengan memberi tepukan gembira selepas kanak-kanak ini sembuh dari covid-19.

Susulan dengan itu, bapa Erin menulis di Facebook miliknya bahawa anaknya itu telah berjaya melawan covid-19 walaupun usianya masih kecil.

“Si comel saya Erin telah sembuh sepenuhnya dari virus corona dan mampu melawan penyakit berjangkit ini.

“Disebabkan itu saya ingin memberitahu bahawa sesiapa saja yang dijangkiti covid-19 anda masih punya harapan untuk sembuh dan ia tidak membawa kematian jika anda sentiasa positif untuk melawannya,”. tuturnya dalam Facebook.

Empat bulan di wad ICU

bayi jatuh sakit

Terdahulu, Erin telah berada di wad ICU selama empat bulan sejak 29 November kerana memiliki pelbagai komplikasi kesihatan.

Bahkan, doktor turut mendapati si kecil ini memiliki berat badan yang menurun, masalah jantung, paru-paru dan saluran angin.

Namun, selepas menjalani pembedahan selama berbulan-bulan, Erin turut positif Covid-19 pada 10 April yang lalu.

Bahkan, si kecil yang belum tahu apa-apa ini, perlu diberikan mesin sokongan oksigen bagi membolehnya bernafas seperti orang lain di Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool.

Sepanjang berada di hospital, Erin ditemani ibunya kerana salah seorang ibu atau ayah boleh menemani tapi perlu mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak hospital.

Namun akhirnya, ibu dan bapa Erin dibenarkan memeluk puteri kecil mereka itu setelah doktor mendapati dia bebas dari covid-19.

Bangga dengan bayi kecil mereka

bayi 6 bulan

Ibu bapa Erin turut mengatakan berasa bangga dan lega setelah mengetahui bayi kecil mereka kini bebas dari wabak berbahaya itu.

Lantas mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital yang sentiasa menjaga bayi mereka dengan sehabis baik.

Semasa dirawat dengan covid-19, Erin dihantar ke bilik pengasingan selama 14 hari bersama ibunya sambil dirawat oleh kakitangan hospital di sana.

Disebabkan telah berjaya melawan jangkitan tersebut, Erin diraikan oleh pasukan perubatan di unit berkenaan semasa dibawa keluar dari bilik pengasingan.

Walaubagaimanapun, Erin perlu berada di hospital kerana masalah penyakit yang lain dan dijangka sembuh tidak lama lagi.

“Selepas berada di bilik pengasingan selama dua minggu, kami perlu berada di sini bagi melihat Erin lebih sihat dan kuat untuk bernafas sendiri tanpa memerlukan mesin bantuan oksigen,”kata bapanya.

Atas sebab terlalu lama di hospital tentunya bil rawatan akan menjadi lebih mahal. Jadi untuk membantu mengurangkan beban keluarga Erin, rakan-rakan dan keluarga yang lain sudi untuk menghulurkan bantuan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang ke arah kewangan untuk membayar bil-bil rawatan di hospital.

“Ini adalah saat di mana begitu sukar dalam hidup kami apabila anak sakit dan memerlukan wang yang banyak.

“Kami berdua bekerja tapi wang simpanan tidak mencukupi untuk membayar bil hospital yang mahal dan inilah pertama kali kami meminta pertolongan orang lain,” katanya dengan nada sebak.

*************

Justeru, kami berharap baby Erin cepat sembuh dan kembali riang seperti mana kanak-kanak yang lain.

Diharap ibu dan ayah Erin kuat dan cekal serta terus berfikiran positif demi ananda yang tersayang.

https://www.facebook.com/emma.n.davis.5/videos/10219202044374202/?t=15

 

Pernah Duduk Wad ICU, Bayi 6 Bulan Ini Sembuh Dari Covid-19, Diraikan Pihak Hospital

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: News.com 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comnur-amalina-che-bakri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pernah Duduk Wad ICU, Bayi 6 Bulan Ini Sembuh Dari Covid-19, Diraikan Pihak Hospital
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham