TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 8 Bulan Meninggal Di Taska, Ibu Kongsi Kronologi Hari Kejadian Buat Ramai Sebak

13 Sep, 2024
Bayi 8 Bulan Meninggal Di Taska, Ibu Kongsi Kronologi Hari Kejadian Buat Ramai Sebak

Bayi 8 bulan maut di taska akibat lemas telah meruntun jiwa rakyat Malaysia. Ibunya menceritakan kronologi pada hari kejadian

Kes bayi 8 bulan maut di taska iaitu Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri pada 6 September lalu telah meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia kerana kematiannya dikatakan terlalu menyedihkan.

Bapa mangsa, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, mendakwa bayinya disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska terbabit berdasarkan rakaman CCTV. Manakala proses bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas.

Kronologi Kes Bayi 8 Bulan Maut

Pada hari ini, 13 September bersamaan dengan 7 hari Al Fateh bermain di taman syurga, ibunya berkongsikan kronologi insiden yang telah meragut nyawa anak yang telah ditunggu selama 13 tahun dalam sekelip mata.

Nukilan mummy Al Fateh kronologi hari kejadian. Hari ini genap 7 hari Al Fateh bermain di taman syurga. Alhamdulilah masih segar lg dlm ingatan mummy

7.10 pagi

Atuk mendukung Al Fateh, mummy bawa beg susu dan cooler bag yang berisi makanan Al Fateh.

Sarapan pagi: oat dengan blueberry, makan tengah hari: kentang dalam kari hijau, snek: epal, pir, dan anggur muscat. Semua makanan kegemaran Al Fateh, mummy buat sendiri.

Kami berjalan kaki ke taska sebab sudah 4 hari naik kereta. Mummy cakap, hari ini nak jalan kaki lah.

9.06 pagi

Cikgu Pika menelefon, katanya Al Fateh sudah biru. Mummy menjawab, “Fateh sihat saja pagi tadi.” Namun, cikgu berkata, “datang je sekarang.”

9.10 pagi

Mummy sampai di taska. Mummy melihat anak mummy sudah terkulai, pucat, tidak lagi biru, dan darah mengalir dari hidung. “Anak saya jatuh ke, cikgu?” Cikgu Ifa menyerahkan Al Fateh kepada atuk. Cikgu Ifa dan Cikgu Siti berkata, “pergi klinik cepat, puan, pergi klinik dulu.”

Alhamdulillah Mummy tidak ke klinik sebab tengok anak dalam keadaan begitu. Mummy terus drive ke bahagian kecemasan Hospital Alor Gajah, memandu dengan laju. Mummy sempat membunyikan hon kepada kereta yang perlahan.

9.15 pagi

Sampai di bilik kecemasan, seorang jururawat lelaki mengambil Al Fateh dan menyuruh mummy untuk parkir kereta dahulu. Setelah selesai parkir, mummy menelefon daddy, “balik sekarang, anak kita biru.” Daddy bertanya, “macam mana boleh jadi begini?” Mummy hanya berkata, “balik je sekarang.”

9.30 pagi

Doktor memberitahu tiada denyutan jantung dan tiada respons pada mata. Pakar pediatrik dari Hospital Melaka bertanya apa yang terjadi. Cikgu Pika sudah tiba dan menjelaskan, “Fateh minum susu dan tidur, tetapi sewaktu tidur, Fateh menjadi biru, dan cikgu cuba melakukan CPR.”

Mummy bertanya, “adakah ia tersedak, doktor?” Doktor menjawab bahawa dari segi fizikal, sukar untuk mendiagnosis punca sebenar. Mereka hanya mampu memberikan CPR. Mummy meminta rakaman CCTV dari Cikgu Pika.

9.45 pagi

Doktor bertanya jika mummy okey. Mummy menjawab, “saya okey.” Doktor meminta mummy membacakan syahadah di telinga Al Fateh. Mummy masuk ke bilik kecemasan, memegang dahi Al Fateh yang sangat sejuk, pucat, dan tidak bergerak.

Mummy berkata, “anak mummy, tunggu mummy di syurga ya.” Mummy membacakan syahadah berkali-kali di telinga Al Fateh. Doktor menyatakan akan melakukan CPR yang terakhir.

10.00 pagi

Doktor mengesahkan bahawa Al Fateh tidak dapat diselamatkan. “Anak puan sudah meninggal dunia. Sekarang ini sudah menjadi kes polis, kami akan bawa ke forensik.”

Sekitar jam 10 lebih, daddy tiba. Kali terakhir daddy berjumpa Fateh ialah pada 2 September, hari Isnin. Al Fateh sudah dibalut kemas, tetapi mummy meminta agar mukanya dibuka sebab tahu Daddy mesti nak tengok Fateh dulu.

Alhamdulillah, kawan-kawan sekolah dari SMK Naning turut hadir. Cikgu Nad, yang menjaga Fateh dari Isnin hingga Khamis, juga sempat melihat arwah.

11.00 pagi

Al Fateh dibawa ke forensik.

1.00 petang

Pegawai polis dari IPK tiba. Polis, daddy, Pak Teh, dan Mak Teh ikut bersama ke taska untuk melihat rakaman CCTV.

Mummy tidak ingat pukul berapa, tetapi daddy datang dengan marah dan memberitahu apa yang dilihat dalam CCTV.

Allahu, anak mummy… Mungkin sebab itu mummy memberikan nama Al Fateh, kerana anak mummy memang kuat. Di hujung nyawa, anak mummy masih berjuang. Allahu Akbar.

5.40 petang

Post-mortem dimulakan.

9.30 malam

Hasil post-mortem menunjukkan bahawa Al Fateh meninggal dunia akibat lemas. Allahu, anak.

Stories Rakan Kongsi
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
Bintik-Bintik Merah Di Badan Anak: Cacar Air Atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?
Bintik-Bintik Merah Di Badan Anak: Cacar Air Atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Build Your Child's Immunity To Fight Infections
Build Your Child's Immunity To Fight Infections

10.30 malam

Mummy memandikan Al Fateh buat kali terakhir. Daddy tidak sanggup melihat Fateh selepas post-mortem, yang berjahit di kepala dan dada, jadi daddy duduk di luar.

Alhamdulillah, mummy lihat anak mummy tersenyum seperti sedang tidur. Mummy rasa seperti anak mummy sudah bahagia bermain di syurga.

Bayi 8 Bulan Meninggal Di Taska, Ibu Kongsi Kronologi Hari Kejadian Buat Ramai Sebak

10.50 malam

Ramai yang hadir untuk solat jenazah Al Fateh di hospital. Setelah selesai, mummy ingin membawa Al Fateh pulang ke Jannah untuk kali terakhir. Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk solatkan Al Fateh di Jannah.

11.50 malam

Di kubur, ramai yang hadir. Daddy masukkan Al Fateh ke dalam liang lahad. Alhamdulillah, mummy sempat melihat wajah Al Fateh.

12.00 tengah malam

Alhamdulillah, anak mummy selamat dikebumikan. Mummy bersyukur segala urusan selesai dengan lancar. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami sekeluarga. Alhamdulillah, mummy sangat mencemburui pemergian Al Fateh pada hari Jumaat yang ditangisi seluruh Malaysia.

Kalau boleh, mummy pun ingin pergi pada hari Jumaat seperti Al Fateh.

Berbahagialah anak mummy di syurga. InshaAllah, mummy akan mengumpul pahala sebanyak mungkin di dunia ini supaya dapat bersama anak mummy nanti. InshaAllah.

Facebook Mohd Fikry Amri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi 8 Bulan Meninggal Di Taska, Ibu Kongsi Kronologi Hari Kejadian Buat Ramai Sebak
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham