X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi 9 Bulan Ditemui MATI Dalam Kereta, Tips Berkesan Elak Lupa Anak Dalam Kenderaan

17 Feb, 2020
Bayi 9 Bulan Ditemui MATI Dalam Kereta, Tips Berkesan Elak Lupa Anak Dalam KenderaanBayi 9 Bulan Ditemui MATI Dalam Kereta, Tips Berkesan Elak Lupa Anak Dalam Kenderaan

Bayi 9 bulan ditemui mati dalam kereta selepas disedari bapa mangsa semasa keluar dari pejabat dan ingin masuk ke dalam kenderaan itu.

“Allahuakbar” itulah jeritan bapa mangsa apabila panik melihat bayi 9 bulan yang mati dalam kereta.

Bayi 9 bulan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya dalam kenderaan miliknya di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota di sini pada tengah hari tadi.

Kejadian di tapak meletak kenderaan kompleks itu disedari bapa mangsa apabila hendak keluar dari pejabat dan mahu memasuki dalam keretanya.

Bayi 9 bulan mati dalam kereta, polis masih buat siasatan

bayi 12 bulan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamed Noor Yusof Ali semasa dihubungi pihak media mengesahkan kejadian, namun kes masih menunggu laporan penuh siasatan.

Semasa kejadian, setelah menyedari bahawa anaknya berada dalam kereta bapa mangsa yang ketika itu panik hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam yang berhampiran kawasan itu.

Mangsa kemudiannya dibawa orang awam ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota dengan menaiki motosikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Fungsi Child Lock dalam kereta

child lock

 

Boleh dikatakan masih ramai pengguna kenderaan khususnya kereta tidak tahu akan fungsi  Child Lock pintu yang biasa terdapat pada pintu di belakang sama ada kanan mahupun sebelah kiri.

Fungsi  Child Lock itu sebenarnya adalah supaya penumpang yang berada di kerusi belakang yang biasanya diduduki anak kecil agar tidak boleh membuka pintu dari dalam kenderaan.

Hal ini kerana, bimbang semasa kenderaan sedang bergerak, anak-anak membuka pintu kereta hingga mengakibatkan bahaya pada pengguna jalan raya yang lain mahupun dirinya sendiri.

Kerana sifat anak kecil yang aktif itu mempunyai rasa ingin tahu yang membuak-buak maka biasanya mereka suka bermain dan memegang lock kunci kereta hingga tak sedar mereka cuba membuka pintu kereta tanpa ibu bapa sedari.

Atas kesedaran itu, setiap kenderaan yang dikeluarkan mestilah dilengkapi dengan  System Child Lock ini.

Child Lock ini terletak pada tengah pintu kereta dan terdapat tuas kecil yang boleh dinaik dan diturunkan. Biasanya, ia dilabel dengan petunjuk  Lock dan  Unlock.

Jika tuas itu ditekan pada posisi Lock maka pintu tidak boleh dibuka dari dalam kereta tapi ia hanya boleh dibuka di luar kenderaan.

Sekiranya anda menukar posisi tuas pada unlock maka pintu akan kembali normal dan boleh dibuka sama ada dari dalam mahupun di luar kenderaan itu.

Sekararang, cuba tengok kenderaan anda, adakah  Child Lock ini telah dipasang dengan betul?

Cara nak elak lupa anak dalam kereta

bayi mati dalam kenderaan

Untuk mengekang kes terlupa atau tertinggal anak dalam kenderaan sehingga mengakibatkan kematian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggaris beberapa panduan untuk ibu bapa.

Langkah pencegahan yang disarankan adalah meletakkan kanak-kanak atau bayi di dalam kerusi khas di tempat duduk depan.

Seterusnya, kanak-kanak yang sedikit besar diwajibkan memakai tali pinggang kaledar dengan kemas selain tidak boleh diletakkan di tempat duduk belakang khususnya di belakang kerusi pemandu kerana ini adalah titik buta.

Selain itu, ibu bapa juga disarankan meletakkan barang penting seperti beg tangan, telefon bimbit, beg duit atau apa saja di bahagian belakang atau di ruang kaki penumpang.

Jika tidak letakkan beg anak di tempat duduk hadapan supaya mengingatkan anda tentang kehadiran anak dalam kenderaan.

Stories Rakan Kongsi
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
Quick and Easy Mealtime Solutions For Busy Mums
Quick and Easy Mealtime Solutions For Busy Mums

***************

Dalam kita sibuk tentang coronavirus, demam Influenza dan car seat baby, rupa-rupanya insiden kematian anak dalam kereta masih lagi berulang seperti kejadian hari ini.

Pesanan kami, jangan lupa tag dan share kan artikel ini bersama suami atau isteri anda supaya kita saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang kepentingan keselamatan anak semasa berada dalam kenderaan. 

Apapun, kami di theAsianparent Malaysia berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi di kemudian hari dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah.

Bayi 9 Bulan Ditemui MATI Dalam Kereta, Tips Berkesan Elak Lupa Anak Dalam Kenderaan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sinar Harian, Kompasiana, Xtra 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-meninggal-dalam-kereta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi 9 Bulan Ditemui MATI Dalam Kereta, Tips Berkesan Elak Lupa Anak Dalam Kenderaan
Kongsikan:
  • Mommy, Jangan Malas Kira Gerakan Bayi, Aktor Twilight Ini Juga Alami Kematian Bayi Dalam Kandungan

    Mommy, Jangan Malas Kira Gerakan Bayi, Aktor Twilight Ini Juga Alami Kematian Bayi Dalam Kandungan

  • Kerana Kecewa Bersalin Bayi Perempuan, Wanita Ini Sanggup Bunuh Bayi Yang Baru 10 Hari!

    Kerana Kecewa Bersalin Bayi Perempuan, Wanita Ini Sanggup Bunuh Bayi Yang Baru 10 Hari!

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Mommy, Jangan Malas Kira Gerakan Bayi, Aktor Twilight Ini Juga Alami Kematian Bayi Dalam Kandungan

    Mommy, Jangan Malas Kira Gerakan Bayi, Aktor Twilight Ini Juga Alami Kematian Bayi Dalam Kandungan

  • Kerana Kecewa Bersalin Bayi Perempuan, Wanita Ini Sanggup Bunuh Bayi Yang Baru 10 Hari!

    Kerana Kecewa Bersalin Bayi Perempuan, Wanita Ini Sanggup Bunuh Bayi Yang Baru 10 Hari!

  • "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

    "Pangku Bayi Di Riba Adalah Kesalahan Terbesar Aku..." Bayi Alami Pendarahan Otak Akibat Tak Diletakkan Di Car Seat

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.