Ayda Jebat Risau Kulit Anak Merah & Bengkak, Doktor Kata Mungkin Bayi Alergi Ubat

Bayi alergi ubat atau alah terhadap sesuatu makanan biasanya dapat dilihat apabila timbul ruam merah pada bahagian muka atau kulit si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon, Ayda Jebat berkongsi kerisauan mengenai keadaan kulit anaknya, Ana Nayla yang tiba-tiba bengkak dan naik tompok merah. Rupanya-rupanya menurut doktor mungkin bayi alergi pada ubat. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Bayi alergi ubat, kulit naik tompok merah dan bengkak
  • Masalah bayi alergi: kulit anak Ayda Jebat beransur pulih
  • Tanda bayi alah pada sesuatu

Berkongsi di laman instagram, @annanaylaofficial beliau pada mulanya nampak kesan seperti tompok-tompok merah pada kulit anaknya dan kemudian segera membawa bayi itu berjumpa doktor. 

Bayi alergi ubat, kulit naik tompok merah dan bengkak

Ibu mana yang tidak risau bila anak yang sihat tiba-tiba badannya naik tompok-tompok merah dan membengkak. Begitulah yang dialami Ayda Jebat apabila kulit bayinya yang berusia 10 bulan menunjukkan tanda tidak normal daripada biasa.

Dia kemudiannya membawa bayi itu berjumpa doktor dan menurut doktor, ada kemungkinan bayi berkenaan mempunyai alahan kepada ubat memandangkan bayi itu demam, batuk dan selesema.

"Update keadaan sekarang. Dekat muka semakin banyak. Doctor kata maybe allergic ubat yang baby makan (sebab baby demam, flu and batuk) or apa yang mommy makan. Alhamdulillah masih boleh tersenyum. Doakan baby cepat sembuh ya semua."

Sebab lain yang diberikan doktor adalah mungkin bayinya juga alah kepada makanan yang dimakan ibunya memandangkan dia masih menyusu badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah bayi alergi: kulit anak Ayda Jebat beransur pulih

Terkini, menerusi perkongsian terbaharunya, Ayda memaklumkan yang kulit anaknya sudah beransur pulih dan berkongsi apa yang dilakukannya berdasarkan nasihat doktor. 

Miracle harini skin baby baik total! Alhamdulillah ya Allah, doctor Azizi & semua yang doakan baby. Swipe untuk tengok list ubat yang baby guna semalam! Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sapukan cream QUORBYX di atas kulit
  2. Sapukan cream Xepacort nipis sahaja di atas kulit
  3. 3 titik Zyrtec bagi baby minum (semalam masukkan dalam food baby) 3 drops only ya
  4. Mommy minum air kelapa sebelum bagi baby ubat

Semoga cepat sembuh Ana Nayla!

Tanda bayi alah terhadap sesuatu

Anak akan menunjukkan reaksi jika dia alah pada sesuatu. Jadi untuk mengesannya cuba check  di beberapa bahagian ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lihat reaksi kulit - ruam, gegata, naik bengkak, bintik merah
  • Awasi simptom perut dan saluran pencernaan - cirit birit, sakit perut, senak perut, muntah
  • Perhatikan pernafasan anak - hidung berair, batuk, wheezing , bibir bengkak
  • Lihat seluruh badan (Anafilaksis) - tindak balas yang melibatkan pelbagai sistem organ dan menyebabkan penurunan tekanan darah. Antara tindak balasnya termasuklah kesukaran bernafas, kulit pucat, pening dan tidak sedar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  8 Tanda Bayi Alami Alahan Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Susu Bayi!

Baca juga:  10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham

Baca juga:  Senarai Susu Untuk Anak Ekzema, No #3 Paling Sesuai, Boleh Guna Cegah Alahan Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar