Adakah anda tahu kenapa bayi tidur tak lena kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah pada kesihatan si kecil sekiranya kurang tidur pada waktu malam.
Kurang kekuatan imun badan dan pertumbuhan dan pembangunan fizikal yang terjejas adalah antara masalah yang boleh timbul akibat tidak cukup tidur.
Malah, kekurangan tidur juga mempunyai kesan ke atas pertumbuhan dan perkembangan otak bayi, terutamanya keupayaan untuk si kecil anda berfikir dan memproses maklumat apabila mereka matang kelak.
Kalau anda hendak tahu, hormon yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan hanya berlaku apabila bayi berada dalam keadaan tidur, ini termasuk hormon pertumbuhan otak.
Kekurangan tidur akan mengubah tahap hormon yang bertanggungjawab untuk menguruskan kelaparannya.
Malah, kekurangan tidur juga memberi kesan kepada keupayaan badan untuk memetabolismekan gula, sekali gus meningkatkan risiko diabetes.
Oleh itu, penting untuk anak anda mendapatkan tidur yang cukup. Ia memberikan banyak kesan positif untuk perkembangan bayi anda.
Sebaik-baiknya, kanak-kanak berusia antara 6 ke 23 bulan memerlukan kira-kira 13 jam tidur setiap hari.
Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan insomnia di kalangan bayi dan jalan penyelesaiannya.
Bayi tidur tak lena, ini punca dan jalan penyelesaiannya
#1. Selesema atau batuk
Jika bayi anda mengalami selesema atau batuk, maka dia tidak akan tidur nyenyak, kerana dia akan batuk dan tersedar dari tidur sekali- sekala.
Hidungnya juga akan sentiasa tersumbat, menjadikan ia sukar bagi si kecil anda untuk bernafas.
Penyelesaian:
Cuba untuk mengekalkan kedudukan kepala bayi anda supaya ia lebih tinggi daripada kaki mereka.
Jangan lupa untuk memberinya minuman lebih (susu untuk bayi kurang dari 6 bulan dan air untuk bayi di atas 6 bulan) untuk keselesaan kerongkongnya.
Jika hidungnya tersumbat, anda boleh menyedut hingus daripada hidungnya dengan penyedut khusus untuk bayi.
Sapukan krim balsam pada dada mereka. Gunakan balsam khusus untuk kanak-kanak kerana ini akan membantu melegakan hidung tersumbat.
#2. Kolik
Kira-kira 20% bayi yang sihat akan mengalami kolik atau ketidakselesaan perut. Keadaan ini biasanya berlaku antara minggu 2 dan 4 selepas kelahiran.
Jika anda sedang menyusukan anak, anda harus mengelakkan produk tenusu dan makanan yang menyebabkan gas seperti kubis, bawang, dan bawang putih.
Untuk mencegah sakit perut apabila anda memberikan formula bayi, tanyalah doktor anda jika anda perlu menggantikannya dengan formula tanpa susu atau bebas laktosa.
Kolik adalah sebahagian daripada fasa pertumbuhan bayi; ia perkara biasa. Ia akan berhenti sendiri apabila anak anda sudah besar sedikit.
Klik untuk membaca lebih lanjut tentang Kolik.
#3. Dahaga atau lapar
Biasanya, bayi anda akan menjadi resah jika mereka lapar atau dahaga. Bayi umumnya tidur lebih baik apabila perutnya penuh.
Penyelesaian: Cuba beri bayi anda makan 1 jam sebelum tidur. Jika bayi masih meminum susu ibu, biarkan mereka menghisap susu sehingga mereka tidur.
#4. Lampin Basah
Secara purata, bayi yang berumur 6 bulan dan ke bawah akan basah lampin mereka kira-kira 5-7 kali setiap malam.
Anda perlu menukar lampinnya dengan segera supaya bayi anda dapat tidur dengan lebih baik dan si kecil itu akan berasa lebih selesa sepanjang malam.
#5. Ruam Lampin
Ruam lampin adalah perkara biasa di kalangan bayi yang berumur 4-15 bulan.
Antara sebab berlakunya ruam adalah anak anda kerap membuang air kecil, kebersihan napkin yang tidak terjaga, atau mungkin juga kerana bayi anda menerima antibiotik melalui susu badan ibu.
Malah, jika bakteria dalam air kencingnya terurai menjadi ammonia, ruam ini boleh menjadi lebih teruk.
Sudah tentu, keadaan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa pada anak anda. Jadi, ia akan menjejaskan kualiti tidurnya.
Jika bayi anda mempunyai ruam lampin yang sangat serius, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
- Menggantikan lampin basah secepat mungkin.
- Elakkan daripada menggunakan tisu basah kerana ia boleh merangsang kulit mereka lagi.
- Gunakan air untuk membersihkan bayi dan keringkan mereka dengan menepuk kulit mereka secara perlahan. Jangan sesekali menggosok kulit bayi.
- Gunakan krim lampin, lumur dengan nipis pada kulit bayi.
- Elakkan daripada menggunakan lampin yang terlalu ketat.
- Pilih lampin kain yang menyerap peluh atau gunakan lampin pakai buang.
#6. Bermain Terlalu Banyak
Jika anda biarkan anak anda bermain pada waktu tidur, maka sudah tentulah si kecil itu akan keberatan untuk tidur.
Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, anda perlu memberi perhatian pada aksi mereka.
Jika bayi anda mula menggosok matanya, menguap dengan kerap, atau menarik telinganya, ia adalah kemungkinan besar bahawa dia mengantuk.
Hentikan aktivitinya dan wujudkan suasana yang membolehkan bayi anda tidur dengan lena.
Letakkan bayi anda di atas katil, tutup lampu dan padamkan semua jenis peralatan yang berbunyi seperti TV , telefon bimbit , mainan bayi dan lain-lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Tips Bayi
Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu