Kes buang bayi antara perkara yang boleh dikatakan sering berlaku di negara ini. Ada bayi baru lahir dibuang di merata tempat malah lebih menyedihkan masih lagi bertali pusat.
Terbaru, bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan kerana masih lagi bertali pusat dijumpai seekor anjing di dalam semak! Apakah nasib bayi itu?
Anjing jumpa bayi baru lahir dibuang dalam semak! Masih bertali pusat lagi
Bayi perempuan itu ditinggalkan pada waktu malam tanpa pakaian dan tali pusatnya masih terikat di wilayah Chattisgarh, India. Dia ditemui dengan keadaan meringkuk dengan anjing itu dan anak-anaknya memberi perlindungan pada bayi itu dengan memanaskan badannya.
Seorang penduduk tempatan berkata anjing liar itu menyelamatkan nyawa anak kecil itu. Menurut mereka, besar kemungkinan kehangatan daripada anak anjing dan ibu mereka menyebabkan bayi itu terus bernyawa walaupun dalam keadaan sejuk berikutan suhu rendah pada waktu malam lebih-lebih lagi pada bulan Disember.
Ditemui dalam keadaan meringkuk
Gambar yang menunjukkan bayi bertuah itu yang meringkuk bersama anak anjing dalam jerami menarik perhatian ramai. Pemeriksaan terhadap bayi itu mendapati tidak tidak mengalami sebarang kecederaan dan kehadirannya disedari selepas penduduk berhampiran mendengar tangisan bayi itu.
Sebaik dijumpai, warga tempat memaklumkan sebuah badan kerajaan tempatan, Panchayat untuk dilaporkan kepada pihak polis. Penduduk tempatan memaklumkan panchayat, sebuah badan kerajaan tempatan, yang menghubungi polis.
Bayi berkenaan juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor. Dia kemudian dinamakan Akanksha dan dirujuk ke Projek Talian Kanak-Kanak.
Siasatan juga sedang dijalankan, dan polis sedang mencari ibu bapanya.
Buang bayi, panik atau memang jenis tak berhati perut?
Jika dibuang di tempat selamat seperti baby hatch mungkin harapan untuk bayi diselamatkan cerah, namun ada juga yang jenis tidak berfikir panjang membuang makhluk tidak bersalah ini di tempat pembuangan sampah, di semak-samun, longkang dan sebagainya yang mendedahkan bayi itu kepada bahaya.
Mungkin panik atau mungkin memang tidak berhati perut, nyawa bayi ini seolah-olah tiada nilai bagi mereka. Kenapa ia terjadi?
Menurut portal myhealth, pembuangan bayi biasanya terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Apakah kesan pembuangan bayi?
Kesan dari sudut:
#1. Perubatan
Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna.
Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
- Kehilangan darah
- Jangkitan kuman
- Kecederaan sewaktu bersalin
#2. Psikologi dan sosial
- Murung
- Hilang keyakinan diri
- Rasa bersalah
- Resah atau gelisah
- Masalah emosi dan hubungan interpersonal
#3. Sosial
- Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
- Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Apa nak buat jika anda jumpa bayi dibuang?
Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran untuk menemui bayi yang dibuang. Tetapi perkara seperti ini tidak terjangka dan boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Ramai juga yang pernah menemui bayi di hadapan rumah mereka, dalam semak, dalam longkang, di masjid dan sebagainya. Tetapi jika terpaksa juga menghadapi keadaan itu, apa yang patut anda buat?
- Jangan panik. Apa pun yang berlaku, anda perlu tenang.
- Angkat bayi, pastikan dia bersih dan tiada sebarang binatang atau serangga padanya kerana ada bayi yang jika di buang di kawasan pembuang sampah, tepi longkah semak samun dan sebagainya ada yang dihurungi semut dan sebagainya.
- Pastikan bayi tidak kesejukan. Biasanya bayi yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berbaju malah lampin pakai buang jauh sekali. Jadi jika anda sudah check dia tidak dihurung serangga dan sebagainya, pastikan anda selimut dan pastikan dia sentiasa hangat.
- Bersihkan bayi. Mandikan dia dengan berhati-hati. Bayi baru lahir yang dibuang ini biasanya masih lagi berdarah dan berlendir badannya kerana tidak dimandikan dan terus dibuang.
- Jika masih bertali pusat, sepit saja tali pusat itu, Adalah lebih baik untuk bawa dia ke hospital dan biar pihak hospital yang uruskan.
- Bawa kepada polis. Jangan selesaikan sendiri atau sorok, anda perlu buat laporan kepada pihak polis.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit photo : SWNS
Baca juga: Baby Hatch menyelamatkan 147 bayi dari menjadi mangsa kes pembuangan bayi
Baca juga: Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah – Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!
Baca juga: Tergamak Si Ibu Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Tepi Jalan Gara-Gara Tak Mampu Menjaga