TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas

13 Mar, 2019
Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas

Tanpa rasa belas kasihan, ibu muda yang berusia awal 20-an ini sanggup buang bayi yang baru dilahirkan dalam mangkuk tandas di sebuah hospital.

Kejadian ibu buang bayi semakin meruncing kini. Contohnya seperti yang berlaku di Hospital Selayang baru-baru ini apabila seorang wanita warga tempatan ditahan polis selepas disyaki membuang bayi lelaki di dalam mangkuk tandas di hospital terbabit.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang apabila tindakan wanita tersebut disedari seorang pekerja kilang berusia 39 tahun kerana dia berada dalam tandas yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, sebaik menyedari tindakan wanita itu, dalam keadaan terketar-ketar dan terkejut, pekerja kilang itu bergegas meminta pertolongan pengawal keselamatan yang berada di luar.

Sementara itu, bayi lelaki tersebut berjaya diselamatkan dan berada di zon merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. Bayi malang itu disahkan dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan serius.

Suspek yang dipercayai ibu kandung bayi tersebut ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan. Walau bagaimanapun, suspek tidak mahu dan mengelak untuk bekerjasama apabila disoal siasat.

Namun begitu siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan siasatan diteruskan bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana sembunyikan kelahiran dengan niat untuk buang bayi.

Cara menangani kes ibu buang bayi

ibu buang bayi, buang bayi, buang bayi dalam mangkuk tandas, buang bayi dalam tandas, kes buang bayi, kes pembuangan bayi, kes buang bayi oleh ibu sendiri

Berdasarkan rekod yang tertulis dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2010 hingga 2015 sebanyak 323,047 kes anak tidak sah taraf direkodkan.

Manakala kes kehamilan remaja belum berkahwin dari tahun 2012 hingga 2015 adalah sebanyak 16,270 orang. Lebih mengejutkan dan menyedihkan, rata-rata kes ibu buang bayi ini membabitkan wanita Islam.

Maka sudah tiba masanya satu kaedah sebagai cara menangani isu ini secara menyeluruh harus dirangka secepatnya supaya kes sebegini tidak lagi menjadi racun dalam masyarakat.

Berikut cara menangani kes ibu buang bayi ini:

ibu buang bayi, buang bayi, buang bayi dalam mangkuk tandas, buang bayi dalam tandas, kes buang bayi, kes pembuangan bayi, kes buang bayi oleh ibu sendiri

  • Pihak berkuasa kerajaan mengadakan kempen kesedaran bagi membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini. Kempen juga harus dilaksanakan secara berterusan dan mencapai sasaran objektif.
  • Peranan media dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan.
  • Mempromosikan penggunaan “baby hatch” untuk mengelak bayi yang dilahir tidak dibuang merata tempat dan tidak berkesempatan untuk hidup.
  • Masyarakat harus menyokong terhadap kempen kesedaran yang dianjurkan.
  • Terapkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak terutamanya tentang risiko kehamilan luar nikah.
  • Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak.
  • Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak.

Semoga bayi malang itu sihat dan membesar menjadi anak yang baik.  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Mstar 

Sumber: Kosmo , Utusan , Keusahawanita

Baca juga:

Baby Hatch menyelamatkan 147 bayi dari menjadi mangsa kes pembuangan bayi

Stories Rakan Kongsi
Parents, Here’s How You Can Help Your Children with Asthma!
Parents, Here’s How You Can Help Your Children with Asthma!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Memupuk Nilai Wang: Memahami Perbezaan Antara Kehendak dan Keperluan
Memupuk Nilai Wang: Memahami Perbezaan Antara Kehendak dan Keperluan
Revitalize your skin during and after pregnancy
Revitalize your skin during and after pregnancy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham