Walaupun masih terbaring di atas katil kerana baru sahaja melahirkan bayi, ia tidak menghalang seorang ibu menjual bayinya. Mungkin tidak sampai 24 jam pun bayi itu dilahirkan, wanita itu sudah jual bayi berkenaan.
Mudah sangat agaknya dia bersalin, sehingga begitu cepat mahu menjual bayi yang dikandung sendiri selama 9 bulan.
Menurut laporan Harian Metro, walaupun masih terbaring di atas katil di klinik bersalin, seorang wanita dari Kalimatan Barat sanggup menjual bayi yang baru dilahirkan dengan harga 30 juta rupiah (RM8,500).
Jual bayi lepas bersalin wanita terima padah
Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia ditahan sepasukan polis kerana terbabit dalam kegiatan pemerdagangan bayi. Selain wanita berkenaan, lima wanita termasuk pembeli ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketika wanita itu ditahan, polis turut menemui sejumlah wang tunai dipercayai hasil daripada penjualan bayi berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dipastikan atas tujuan apa bayi itu diperdagangkan dan ke mana ia akan dibawa pergi. Wanita berkenaan kini masih lagi mendapatkan rawatan di hospital di wilayah itu.
Kenapa bayi dijual?
Kredit foto: Confidencial Digital
Antara sebab yang paling selalu kita dengar alasan kenapa bayi dijual adalah kerana dia adalah anak tidak sah taraf atau anak luar nikah. Jadi kelahirannya ditutup dengan menjual bayi berkenaan kepada orang lain yang lebih mahukan kehadirannya untuk dibuat sebagai anak angkat.
Tetapi ada juga bayi yang dijual supaya mereka boleh dijadikan peminta sedekah oleh sindiket di pasaran gelap. Jadi banyak faktor yang mendoroang kepada penjualan seorang bayi.
Murah sangatkah harga diri mereka hingga dijual begitu saja? Ibarat barangan pula sedangkan mereka adalah makhluk yang bernyawa.
Antara sebab paling popular bayi dijual adalah kerana dia adalah anak luar nikah. Jadi bagaimana jika anda atau ahli keluarga mengandungkan anak luar nikah? Apa yang patut dilakukan?
Terlanjur hamil anak luar nikah, apa yang boleh dilakukan?
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, perlulah cari jalan penyelesaian terbaik. Jika pasangan ingin bertanggungjawab sekalipun, ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi seperti sokongan dan penerimaan keluarga, pandangan orang sekeliling, kebajikan anak, prosedur hospital dan banyak lagi.
Buat anda yang tersepit dengan tindakan lalu dan kini mengandungkan janin yang tidak berdosa. Jangan berdiam diri dan memakan hati. Ambillah tindakan sebaik mungkin untuk masa depan dan nyawa anda dan anak.
Panduan untuk ibu hamil anak luar nikah
- Jangan gugurkan. Itu pasti perkara pertama yang bermain di fikirankan? Bayi tidak berdosa itu hanya ada anda saja tempat bergantung harap.
- Paling penting, beritahu kepada ‘si bapa’ supaya dia tahu yang dia perlu bertanggungjawab!
- Jika masih mempunyai ibu bapa maklumkan kepada mereka kerana mereka berhak tahu. Mengenai penerimaan atau takut dimarahi, cuba dulu! Kadang kala orang lebih tua lebih rasional pemikirannya.
- Lebih adil, beritahu kepada ibu dan ayah ‘si bapa’. Anak yang tidak berdosa itu darah daging mereka juga!
- Jangan lupa buat buku merah di klinik kesihatan berdekatan. Ia dokumen penting untuk anda dan bayi.
- Jika ibu bapa menolak, teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab dan anda benar-benar buntu. Dapatkan bantuan di rumah perlindungan yang sememangnya membuka tangan menerima anda.
- Jika anda rasa tidak mampu dan tetap mahu ‘membuangnya’. ‘Buang’ ditempat yang sepatutnya, ada baby hatch disediakan untuk kes seperti anda. Guna khidmat baby hatch untuk meninggalkan bayi dengan betul (dan tidak mengundang bahaya pada si kecil itu). Jangan risau, tiada tindakan akan diambil pada anda jika menggunakan khidmat baby hatch ini.
Kredit foto: Good News
Panduan untuk ibu bapa yang mempunyai anak hamil anak luar nikah
- Terima mereka seadanya walaupun anda terlalu marah dan kecewa! Anda patut bersyukur mereka cari anda. Ini bermakna mereka percaya kepada anda.
- Ketepikan perasaan malu dan terima ia sebagai ujian yang anda sekeluarga perlu lalui. Tiada gunanya terlalu melayan perasaan tetapi tiada penyelesaian.
- Masa depan anak anda masih cerah jika anda membantu mereka dengan penyelesaian yang sepatutnya.
- Pekakkan telinga dengan cakap-cakap sekeliling, jika anda tidak membantu anak, siapa lagi mahu bantu?
- Adakan perbincangan dengan anak, dia mungkin ada pendapatnya.
- Jika ‘si bapa’ ingin bertanggungjawab, restuilah. Mungkin itu jalan terbaik supaya anak yang dikandung ada masa depan cerah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Harian Metro
Baca juga:
Bayi mati dibuang di tempat pelupusan sampah – Hentikan pembuangan bayi dengan baby hatch!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!