Stimulasi Agar Bayi Cepat Duduk Dan Merangkak, Seawal Usia 7 Bulan Ibu Dah Boleh Bantu Mereka!

Stimulasi agar bayi cepat duduk dan merangkak dapat membantu si manja melalui proses perkembangan seiring dengan usia mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap perkembangan yang berlaku pada si manja menunjukkan hari-hari begitu pantas berlalu. Jika dahulu masih dalam gendongan, kini bayi semakin bersedia meneroka dunia sekelilingnya. Justeru apa kata anda lakukan beberapa stimulasi agar bayi cepat duduk dan merangkak ini!

Melihat anak membesar di depan mata merupakan nikmat terbesar bagi mana-mana ibu ayah. Bermula dari menyusu, makan, memberi respon, meniarap, duduk, bayi belajar merangkak, berjalan, bercakap dan sebagainya.

Ini membuatkan kita rasa bangga melihat semua perkembangan tersebut.

Stimulasi agar bayi cepat duduk dan merangkak

Melihat sahaja perkembangan anak orang lain yang begitu cepat berbanding anak kita, kadang-kadang membuatkan ramai ibu berasa risau.

Tidak salah jika ibu mengajarkan bayi duduk terlebih dahulu. Ini kerana si manja perlukan senaman bagi menguatkan ototnya. Antara tanda bayi sudah bersedia untuk duduk adalah:

  • Bahagian leher dan kepala semakin kuat
  • Pandai berguling

Menurut Baby Center, ketika bayi berusia 4 bulan, leher bayi sudah kuat dan boleh ditegakkan dengan sendiri. Bayi boleh mengangkat kepalanya semasa sedang meniarap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini juga bermaksud, dia sudah mula belajar untuk duduk. Sesetengah bayi boleh mula duduk pada umur 4 bulan, tetapi ada juga yang baru belajar untuk menyeimbangkan diri.

Keadaan ini normal kerana setiap bayi mempunyai kebolehan berbeza mengikut kemampuan dan berat badan mereka.

Berikut beberapa cara untuk stimulasi agar bayi cepat duduk dan merangkak yang boleh ibu cuba di rumah:

#1: Duduk dalam pangkuan riba

Stimulasi agar bayi cepat duduk dan merangkak yang pertama adalah meletakkannya dalam pangkuan riba.

Semasa anda duduk, letak bayi di riba anda dalam keadaan duduk. Pastikan tangan anda memegang bayi sepanjang masa, ini untuk membuatkan bayi membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Duduk dalam riba dalam keadaan bersila

Cara stimulasi agar bayi cepat duduk dan merangkak yang seterusnya adalah letakkannya duduk dalam riba secara bersila.

Bayi yang mempunyai leher yang sudah tegak (kuat) lebih mudah untuk dilatih duduk sendiri. Tetapi, jangan lupa untuk memangku punggungnya yang masih lemah.

Pangku bayi di riba dalam keadaan anda sedang duduk kerana cara ini bayi lebih stabil, malah anda berada berdekatan untuk mengawal bayi sepanjang masa.

#3. Letak bayi duduk di atas sofa

Apabila bayi sudah biasa, dudukkan di sofa pula. Tapi, untuk seketika sahaja dan mereka harus sentiasa dalam pengawasan anda, kerana bayi masih tidak dapat menyeimbangkan dirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permukaan sofa yang lembut dapat menampung bayi untuk duduk sendiri sementara waktu sebelum bayi mulai hilang keseimbangan. Namun sekiranya bayi tidak selesa, jangan dipaksa pula ya!

Bahaya bayi duduk sebelum waktunya

Walau bagaimanapun, ibu ayah hendaklah elak letakkan bayi duduk dengan terlalu awal. Hal ini mengundang bahaya bayi duduk sebelum waktunya iaitu:

  • Kesan terhadap kawalan mata atau koordinasi deria lain. Penggunaan kerusi bayi adalah postur yang kurang sesuai untuk bayi kerana kepala mereka terlalu ke hadapan dan dadanya terletak di belakang pelvis
  • Menghalang kemampuan fizikal si manja. Bahaya bayi duduk sebelum waktunya boleh menyebabkan pergerakan bayi menjadi terbatas kerana bayi menggunakan tangannya untuk menstabilkan tubuh
  • Cenderung untuk tidak merangkak. Umumnya bayi perlu diberikan kebebasan bergerak dan mencapai sesuatu objek. Bahaya bayi duduk sebelum waktunya adalah berisiko melangkau perkembangan lain seperti merangkak.

Bayi merangkak umur berapa?

Bagi ibu ayah baharu pasti tertanya-tanya bayi merangkak umur berapa sepatutnya? Sebenarnya bayi akan mula merangkak apabila mereka memasuki usia 6 ke 10 bulan.

Apabila bayi sudah masuk ke usia 11 bulan, bayi sudah mampu merangkak dan menjelajah ke seluruh rumah anda!

Satu hal yang ada perlu tahu, lebih lama tempoh bayi merangkak, lebih bagus untuk perkembangannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara melatih bayi merangkak

Ada beberapa cara melatih bayi merangkak yang boleh anda praktikkan iaitu:

1. Tummy time atau latihan meniarap

Cara melatih bayi merangkak yang paling populor adalah tummy time.

Ketika bayi tidak tidur, letakkannya dalam posisi meniarap. Latihan meniarap boleh dilakukan walaupun bayi belum bersedia untuk merangkak.

Dan ketika dalam posisi meniarap, ibu ayah bermainlah dengannya. Mengangkat kepala dan menggerakkan kaki di dalam posisi ini akan melatih bahagian otot perut yang amat penting semasa merangkak nanti.

2. Umpan dengan mainan

Cara melatih bayi merangkak seterusnya adalah menggunakan alat mainan. Jadikan mainan lembut (soft toys) sebagai umpan untuk menarik perhatian bayi anda sedang cuba merangkak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara ini akan memberi motivasi kepadanya untuk terus cuba merangkak. Namun, hati-hati, proses ini nampak remeh tapi sebenarnya ada risiko terjatuh kerana bayi terlalu teruja.

Cara melatih bayi merangkak ini tidak hanya menguat otot si manja, tetapi juga dapat melatih pendengaran dan penglihatan mereka.

Gunakan umpan muzik, suara panggilan, tepuk tangan bagi merangsang deria pendengaran. Selain itu objek dengan warna kontras turut mampu melatih penglihatan si manja.

3. Tempat yang selamat

Pastikan tempat mereka belajar merangkak adalah selamat dan rata agar tidak menyukarkan mereka mencapai keseimbangan.

Jangan biarkan bayi berlatih merangkak di atas tilam yang terlalu lembik hingga mereka menjadi tidak seimbang.

Simpan barangan bahaya seperti elektrik, objek kecil atau alatan tajam kerana bayi cenderung memasukkan segala benda yang dijumpainya ke dalam mulut.

Bayi merangkak atau duduk dulu

Bagi anda yang tidak tahu sama ada bayi merangkak atau duduk dulu, jawapannya adalah biasanya bayi akan belajar duduk dahulu sebelum boleh merangkak.

Kekuatan dan keseimbangan yang diperlukan untuk duduk dengan atau tanpa sokongan biasanya berlaku antara umur 6 dan 8 bulan, manakala kemahiran untuk merangkak biasanya berlaku ketika umur 7 dan 10 bulan.

Namun ingat bahawa setiap bayi adalah berbeza, dan bayi anda mungkin mengembangkan kemahiran tertentu sedikit cepat atau lambat berbanding bayi lain.

Tanda bayi akan merangkak

Tahap bayi merangkak adalah berbeza-beza. Ada yang mula dengan menggerakkan dada, perut, jari kaki malah kepala. Berikut ada beberapa tanda bayi akan merangkak:

  • Bayi tidak mudah menyerah kalah dalam mencuba sesuatu baru. Jadi, jangan panik melihat mereka terjatuh atau terhantuk semasa hendak cuba bergerak.
  • Tanda bayi akan merangkak: Berjaya duduk tanpa sokongan atau bantuan orang lain
  • Si manja berusaha mengimbangkan badan dalam posisi merangkak hingga mereka betul-betul dapat merangkak.
  • Gemar bermain di atas lantai
  • Tertarik pada objek yang jauh daripadanya
  • Tanda bayi akan merangkak: Menarik badannya sendiri menggunakan lengan

Apa perlu dilakukan jika bayi tidak mahu merangkak?

Bayi anda belum menunjukan tanda-tanda ingin mula merangkak? Usah terlalu risau pada peringkat awal.

Seperti kita mula-mula mempelajari perkara baru, bayi juga memerlukan masa untuk mencuba gerakan baru di dalam pertumbuhannya.

Sebelum menguji kekuatan tangan dan kaki, mereka akan mencuba dengan pelbagai cara lain dahulu. Lihat video bayi 6 bulan yang mula belajar merangkak ini:

Cara gerakan merangkak setiap bayi tidak sama

Perlu diingatkan di sini setiap bayi menggunakan cara gerakan merangkak yang berbeza.

Begitu juga dengan peringkat umur mula merangkak, jadi jangan tetapkan di dalam minda yang bayi harus sama seperti bayi orang lain.

Tetapi, jika hingga mencapai usia 10 bulan, bayi tidak menunjukkan cara gerakan merangkak atau tanda-tanda belajar merangkak, dapatkan nasihat daripada doktor.

Mungkin ada masalah dengan otot atau perkembangan badan mereka yang perlu diberi perhatian. Selalunya, bayi pramatang cenderung mengalami masalah lambat merangkak, tetapi tidak semuanya.

Cara melatih kecerdasan bayi usia 7 bulan

#1. Main peekaboo sebalik langsir

Sebelum ini sudah pasti si manja anda sudah terbiasa dengan permainan peekaboo. 

Antara manfaat aktiviti ini ialah meningkatkan daya ingin tahu si kecil dengan cuba mencari ibu ayah di sebalik kain langsir.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi latihan untuk bayi terbiasa berpisah sementara waktu dengan anda.

#2. Jarakkan alat mainan

Ada sesetengah bayi sudah mula merangkak pada usia 6 atau 7 bulan, ada yang mampu melakukannya menghampiri usia 9 bulan.

Untuk menggalakkan si kecil anda bergerak, letakkan mainan kegemaran jauh sedikit darinya, kemudian galakkan mereka bergerak ke arah itu.

Jika bayi belum boleh merangkak lagi , ini akan memaksa dirinya bergerak dan belajar merangkak. 

#3. Bermain buih sabun

Bermain dengan buih sabun boleh menjadi cara melatih kecerdasan bayi usia 7 bulan yang menyeronokkan.

Hal ini kerana ia dapat merangsang deria bayi dalam menjejak objek (buih), serta mengembangkan koordinasi tangan-matanya semasa menyentuhnya.

#4. Mengambil foto keluarga

Ambil beberapa keping gambar keluarga. Dudukkan bayi di atas riba dan tunjukkan kepadanya wajah ahli keluarga yang terdekat.

Pertama sekali, perkenalkan bayi kepada nama atau nama panggilan pada setiap muka, seperti “papa”, “mama”, “kakak”, “atuk”, “nenek”, dan lain-lain (jika ada). Kemudian, tunjukkan muka yang sama berulang kali.

Permainan ini bertujuan untuk memperkenalkan anak kecil anda kepada wajah ahli keluarga terdekatnya, memahami ciri-ciri wajah asas dan persepsi visual.

#5. Tepuk tangan

Cara melatih kecerdasan bayi usia 7 bulan adalah dengan bertepuk tangan.Ibu dan bayi duduk menghadap antara satu sama lain. Kemudian nyanyikan lagu sambil bertepuk tangan.

Perhatian anak kecil anda akan tertumpu pada tangan anda yang bertepuk dan telinganya ‘sibuk’ mendengar irama lagu.

Galakkan dia sama-sama bertepuk tangan juga dan menari mengikut irama yang anda nyanyikan.

Permainan bertepuk tangan ini dapat meningkatkan kebolehan kognitif (koordinasi tangan), melakukan aksi yang mereka lihat dan sekaligus menjadi salah satu cara melatih kecerdasan bayi usia 7 bulan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Tahap Perkembangan (Milestone) Bayi 0-12 Bulan Dalam Jadual

Baca juga: Anak Lambat Berjalan? Ini Mungkin Sebabnya

Baca juga: Fasa Bayi Memasukkan Benda Ke Dalam Mulut – Bagaimana Pastikan Keselamatannya?