Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

undefined

Bayi berak berlendir dan cair disebabkan selsema, alahan susu atau jangkitan usus. Ketahui punca & tanda bahaya yang perlu diberi perhatian

Najis bayi berubah-ubah ikut umur, jenis susu dan juga sistem pencernaan. Bila bayi berak berlendir, ia boleh kelihatan seperti kahak atau lendir jernih atau hijau yang melekat pada najis.

Jenis Najis Bayi: Apakah Warna Normal?

Ramai ibu bapa tak tahu bahawa bayi berak berlendir ada sebabnya dan warna najis boleh berubah-ubah mengikut usia, jenis susu, pemakanan dan kesihatan semasa.

Antara jenis najis yang biasa berlaku pada bayi termasuk:

  • Najis berair atau keras
  • Berwarna hitam (terutamanya selepas lahir)
  • Najis bayi warna hijau, kuning, atau coklat

Bila ibu bapa nampak lendir jernih atau kehijauan seperti kahak dalam najis bayi, ini mungkin menandakan:

  • Proses pencernaan yang belum matang
  • Bayi tertelan lendir dari hidung (jika selsema)
  • Alahan makanan atau susu
  • Jangkitan usus

Jadi, menukar lampin sebenarnya bukan sekadar rutin harian, tapi juga salah satu cara untuk ibu bapa memantau keadaan dalaman anak.

Punca Najis Berlendir Pada Bayi

Berikut antara punca paling biasa kenapa najis bayi boleh berlendir:

1. Selsema atau Jangkitan Pernafasan

Apabila bayi selsema, mereka akan tertelan kahak atau lendir dari hidung. Lendir ini akan keluar semula melalui najis.

2. Jangkitan Usus

Jika lendir disertai dengan cirit-birit, muntah atau demam, ia mungkin tanda jangkitan bakteria atau virus seperti rotavirus. Biasanya disertai muntah dan demam.

3. Alahan atau Intoleransi Susu

Bayi yang tak sesuai dengan susu formula atau mempunyai alahan terhadap protein susu lembu boleh menunjukkan simptom seperti najis berlendir, kembung dan meragam.

4. Perubahan Diet

Apabila bayi mula makan makanan pejal (solids), usus sedang menyesuaikan diri. Ini juga boleh menyebabkan lendir keluar melalui najis.

5. Tumbuh Gigi

Ramai ibu bapa perasan najis bayi jadi lebih cair dan berlendir semasa proses tumbuh gigi. Ini disebabkan peningkatan air liur dan sistem imun yang lemah ketika itu.

Bila Perlu Risau Bila Bayi Berak Berlendir

Lendir dalam najis sekali-sekala biasanya tidak membimbangkan. Tapi ibu bapa perlu lebih berhati-hati jika:

  • Lendir disertai darah
  • Bayi cirit-birit berpanjangan
  • Berat badan bayi turun
  • Bayi demam atau kurang menyusu
  • Najis berbau busuk luar biasa

Keadaan ini boleh menandakan masalah usus, jangkitan serius atau alahan makanan. Jangan tunggu lama, segera bawa bayi berjumpa doktor.

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Buat di Rumah?

Jika bayi kelihatan sihat, aktif dan tiada tanda bahaya, ibu ayah boleh:

  • Teruskan penyusuan badan seperti biasa
  • Elakkan menukar susu formula secara tiba-tiba
  • Pantau makanan pejal yang diberi jika bayi sudah mula makan
  • Pantau perubahan najis selama 1-2 hari
  • Pastikan bayi cukup air/susu
  • Perhatikan jika ada alahan terhadap susu atau makanan baru
  • Catat dan kongsi maklumat najis (warna, kekerapan, tekstur) kepada doktor semasa pemeriksaan

Bayi berak berlendir boleh jadi perkara biasa jika berlaku tanpa gejala lain. Namun sebagai ibu bapa, naluri untuk berjaga-jaga itu penting. Jika rasa risau atau ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor untuk pastikan kesihatan bayi dalam keadaan baik.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Warna Najis Bayi & Jenis Najis Bayi Jadi Petunjuk Jika Si Manja Ada Masalah Kesihatan

Baca juga: Bayi Cirit Birit (Diarrhea): Tanda Bayi Cirit Birit, Punca Bayi Cirit Birit & Jenis Najis Bayi Cirit Birit

Baca juga: Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!