Deria Bau Bayi Mula Berkembang Seawal Dalam Kandungan Ibu. Sebab Itulah Bau Badan Ibu Jadi Favourite Si Kecil Ini!

Deria bau bayi anda mula berkembang di dalam rahim, sebab itu bayi boleh berhenti menangis sebaik mencium bau ibunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Deria bau adalah salah satu daripada lima pancaindera yang dikurniakan buat setiap manusia dan ianya adalah amat istimewa. Malah, kehidupan anda juga akan lebih bermakna dan ceria dengan memiliki kebolehan mengecapi pelbagai stimuli bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

Malah, untuk sesetengah organisma – deria bau merupakan keperluan untuk kemandirian spesis. Bagi setiap manusia, deria bau adalah penting untuk meningkatkan lagi kualiti hidup seseorang itu. Deria bau juga dikatakan pemangkin sebuah perhubungan di antara individu di dunia ini – bayi bayi kepada ibunya, suami atau isteri dan lain-lain, ini kerana deria bau amat dikaitkan dengan emosi.

Pendek kata, deria bau adalah suatu anugerah daripada Yang Maha Esa.

Deria Bau Bayi

 

Percaya ataupun tidak setiap ibu di dunia ini memiliki kelebihan dan kehebatan tersendiri buat anak-anak. Sejak dari proses kehamilan sehingga kelahiran, anda berdepan pelbagai pengalaman mengujakan.

Antara detik yang tidak boleh dilupakan apabila bayi dapat mengecam bau badan wanita bergelar ibu meskipun mereka masih kecil.

Jika anda perasan, bayi baru lahir secara automatik akan berhenti menangis apabila ibu mendukung dan membelainya. Respon si manja bersahaja, seolah-olah mereka faham bahawa ibu sedang memujuknya.

Deria Bau: Bayi Kenal Bau Ibu Sejak Dalam Kandungan

Untuk pengetahuan anda, deria bau bayi anda berkembang di dalam rahim dan pada masa mereka dilahirkan, bayi sudah mula boleh bau seperti orang dewasa. Kerana deria bau berkait rapat dengan rasa, ia mempengaruhi apa yang bayi anda lakukan dan tidak suka makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bau biasa, termasuk bau anda dan aroma tempat kegemaran mereka akan menghiburkan bayi anda dan memainkan peranan dalam ikatan dengan anda. Selain itu, bau semula jadi seperti lavender boleh membantu menenangkan bayi anda.

Deria bau bayi anda memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka. Ia berkait rapat dengan deria rasa mereka, jadi ia mempengaruhi apa yang mereka suka makan. Tetapi bau juga mempunyai hubungan yang kuat dengan emosi bayi anda dan memainkan peranan penting dalam proses ‘bonding’ bersama orang tua mereka.

Sebab itulah anda selalu nampak bayi baru lahir akan tidur seperti ‘koala’ di atas ibu mereka. Mereka sememangnya mengenali bau badan ibu. Kalau ditukar dengan orang lain, pasti akan terjaga dan tak mahu tidur selepas itu!

Deria Bau: Kelebihan Bau Badan Wanita Bergelar Ibu

Sebuah video rakaman bayi yang berhenti menangis apabila dia terhidu bau ibunya, telah menyentuh hati netizens di seluruh dunia. Video rakaman yang menerima 19 juta tontonan itu telah dimuat naik di DailyMail.

Ibu bayi ini telah meninggalkan anak dalam jagaan ayahnya untuk beberapa hari, kerana terpaksa melakukan tugasan luar. Bayi kecil itu telah menangis mencari ibunya, mungkin disebabkan rindu.

Anda boleh tonton video penuh di link ini.

Kelebihan Deria Bau: Bayi Berhenti Menangis Bila Membau Ibunya

Dalam rakaman itu, seorang ayah telah menghulurkan sehelai baju ibu yang belum dibasuh. Apabila terhidu bau ibunya, bayi berkenaan terus mengalih muka menghadap punca bau itu, sambil menghadap baju ibunya dengan kuat. Luluh hati ramai melihat karenah bayi ini.

Ramai pengguna Facebook telah memberi komen seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ikatan antara ibu dan anak tiada bandingan” – Deepa KD

“Suami saya telah diarah untuk kembali ke pangkalan tentera ketika anak perempuan kedua kami bakal dilahirkan. Sebelum dia pergi, saya telah memintanya untuk memakai baju yang sama selama 3 hari.

“Kemudian saya masukkan baju itu ke dalam beg ziplock dan bawa ke dalam beg hospital saya. Selepas anak kami dilahirkan, saya meminta jururawat untuk membalut anak kami dengan menggunakan baju suami saya. Anak saya terus kenal bau ayahnya, ketika dia pulang 3 bulan kemudian.” – Tiffany Encinias.

Seorang lagi telah berkongsi beberapa tips yang bermanfaat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jika bayi anda seperti ini, dapatkan dua cebisan kain atau kemeja-T yang lama. Lampirkan satu kain pada badan sendiri sebelum tidur, dan kain yang lain pada bayi. Apabila tiba masa untuk meninggalkan bayi anda, tukarkan kedua-dua kain itu supaya anda dapat menghidu bau bayi anda, dan bayi dapat menghidu bau ibunya.

“Amalan ini digunakan untuk bayi yang berada dalam ICU dan kini ia digunakan di seluruh dunia untuk kegiatan sehari-hari.” – Mike Barnby.

Pada pendapat saya, tip ini sangat bagus dan mungkin boleh memberi manfaat kepada ibu menyusu, terutamanya ibu-ibu yang mengepam susu di tempat kerja. Cara ini sedikit sebanyak mungkin dapat merangsangkan pengeluaran susu ibu. Ibu dapat menghidu bau bayi dan ini boleh menyumbang kepada pengaliran susu yang lebih lancar.

Fakta Mengenai Deria Bau Bayi Baru Lahir

“Deria penglihatan bayi boleh mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Tetapi deria bau adalah deria yang paling peka ketika mereka lahir,” jelas Seema Csukas, M.D., Pengarah Promosi Kesihatan Kanak-Kanak di Children’s Healthcare Atlanta.

  1. Sebelum lahir, janin sudah boleh menghidu. Satu kajian telah mendapati bayi yang berumur 3 hari, sudah boleh mengenali bau cecair amniotik ibu mereka.
  2. Saat bayi baru lahir, dia akan tertarik dengan bau susu ibu. Apabila berusia 2 minggu, bayi boleh membezakan antara bau susu payudara ibunya, daripada susu ibu lain.
  3. Mengikut kajian terbaru Swiss, bauan yang biasa dihidu, dapat menenangkan bayi anda.
  4. Dua bulan selepas lahir, bayi akan lebih suka bau ibunya dari bau orang lain. Walaupun ibu berpeluh-peluh dan belum sempat mandi, anaknya masih akan rasakan bau ibu, bau terharum di dunia.

Bayi juga mudah untuk mengenali bau susu ibu dan bau badan ibu mereka. Bila ditekap sahaja untuk sesi menyusu, meskipun mata mereka terpejam – mereka tahu ke mana kepala mereka perlu ditoleh untuk mendapatkan susu ibunya. Hebat juga deria bau bayi ini sebenarnya.

Bolehkah Bau Tertentu Mampu Menenangkan Bayi Saya?

Jawapannya, boleh.

Bau yang paling disukai oleh anak kecil adalah bau ibu dan ayah mereka. Ia sebenarnya amat menenangkan dan mereka akan berasa lebih selesa. Bayi juga boleh meneka sama ada mereka sedang berada di dalam kereta, kereta sorong (stroller), di rumah, di dalam bilik ataupun di mana sahaja – hanya dengan mengggunakan kuasa deria rasa yang dimiliki oleh mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika bayi anda inginkan ketenangan, anda boleh membawa mereka ke tempat kegemaran mereka dengan bau yang biasa mereka bau. Perkara ini juga boleh membantu si kecil ini untuk kekal tenang dan selesa.

Kadangkala, bau selimut pun boleh buat bayi lebih tenang. Sebab itulah boleh ‘bergaduh’ kalau anda pergi basuh selimut kesukaan mereka. Habis hilang bau! Jawabnya menangis pula si kecil ini.

Satu lagi kajian mendapati bahawa aromaterapi menggunakan lavender dan minyak badam manis mengurangkan tekanan pada bayi pramatang.

Apabila menggunakan minyak pati, jangan letakkannya terus pada kulit bayi anda. Sesetengah minyak boleh mengundang berbahaya, dan bayi dan kanak-kanak boleh menjadi lebih sensitif terhadap kesannya. Sebaliknya, gunakan losyen bayi atau pencuci bayi dengan bauan yang menenangkan seperti lavender dan chamomile.

Sebagai alternatif, letakkan beberapa titis minyak dalam diffuser dan simpan dengan selamat daripada capaian bayi anda. Bau minyak akan dikeluarkan secara beransur-ansur di rumah. Cuba minyak pati yang berbeza dan lihat bau yang mana menjadi pilihan mereka.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dakapan Ibu Merangsang Perkembangan Bayi, Sebab Itu Si Comel Selesa Dalam Pelukan Ibu

Baca juga: Bayi Enggan Dengan Orang Lain Kerana Dia Sangat Sensitif Terhadap Bau? Ini Apa Ibu Perlu Tahu

Baca juga: Ragam Unik & Menarik Ibu-Ibu Baru, No.3 Mesti Semua Ibu Mengalaminya!

Penulis

Rosanna Chio