Bayi Ini Digelar 'Baby Hippo', Dilahirkan Pada Usia Kandungan 38 Minggu, Dengan Berat Bayi 6.35 KG!

Saiz bayi yang dilahirkan juga amat penting untuk menjamin keselamatan ibu dan bayi. Jika bayi yang dilahirkan besar dari usia kandungan juga berisiko.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita ini melahirkan bayi pada usia kandungan 38 minggu. Namun berat bayinya sudah mencecah 6.35 kilogram! Wanita ini nyata terkejut dengan berat bayinya kerana dia rasa biasa-biasa saja ketika mengandung.

Bayi berkenaan yang diberi gelaran ‘baby hippo’ oleh ibunya menarik perhatian apabila menjadi antara tiga bayi terbesar yang dilahirkan di United Kingdom setakat ini.

Dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu, ‘baby hippo’ jadi perhatian

Bayi ini merupakan anak keempat kepada pasangan suami isteri daripada United Kingdom. Ibunya memberitahu, semua yang ada dalam bilik bersalin ketawa ketika kepalanya dikeluarkan kerana dia sangat besar.

Bayi berkenaan dilahirkan secara ceaserean. Doktor percaya bayi itu besar kerana ibunya suka makan makanan manis ketika mengandung. Bagaimanapun ibu bayi ini tidak menghidap GDM. 

Menurut wanita itu, perutnya tidaklah kelihatan terlalu besar, jadi dia langsung tidak menyangka akan melahirkan bayi seberat itu.

Risiko melahirkan bayi besar

Melahirkan bayi yang besar memang berisiko. Antaranya termasuklah:

#1. Bayi tersangkut bahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu, jika doktor dapati bayi besar, mereka akan menyarankan untuk si ibu melahirkan secara ceaserean bagi mengelak berlakunya bayi tersangkut bahu atau distosia bahu.

Keadaan itu berlaku apabila kepala bayi sudah keluar, tetapi sebelah bahunya tersangkut pada belakang tulang pubik ibu. Situasi ini akan menyebabkan proses kelahiran menjadi lebih panjang bagi mengeluarkan keseluruhan badan bayi.

Sekiranya perkara ini terjadi, pertolongan tambahan segera perlu diberikan oleh pasukan perubatan untuk melepaskan bahu bayi yang tersangkut. Bagaimanapun jangan terlalu risau kerana dalam kebanyakan kes, bayi dapat dilahirkan dengan selamat,

#2. Ibu letih dan tidak boleh meneran

Ibu akan letih dan tidak mampu meneran kerana keadaan bayi yang terlalu besar. Jadi ia dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya fetal distress yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu, adalah amat penting untuk doktor memantau keadaan jantung bayi sepanjang proses bersalin kerana jika berlakunya fetal distress mereka akan dapat mengesannya awal.

#3. Bayi mungkin ditahan di wad lebih lama

Jika ibu ada GDM, bayi mungkina kan ditahan di wad lebih lama selepas dilahirkan untuk pemeriksaan susulan. Jadi ada kemungkinan ibu terpaksa balik rumah terlebih dulu dan bayi perlu ditinggalkan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonatal untuk melalui rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah); sokongan pernafasan; penukaran darah, fototerapi dan fisioterapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Bayi ada risiko kencing manis

Bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan. 

Jadi disebabkan itu doktor sangat ambil berat apabila ibu hamil menghidap GDM kerana ia memberi kesan yang sangat banyak kepada bayi dan ibu jika tidak dikawal. 

#5. Warna kulit bayi sangat merah

Boleh terjadi sekiranya bayi dilahirkan besar daripada usia kandungan sepatutnya, kulitnya akan kelihatan terlalu merah. Dia juga kemungkinan akan lebih tinggi risiko alami kulit sensitif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Kecacatan semasa lahir

Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi (bayi lemas dalam kandungan) dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.

Elak bayi besar dari usia kandungan

Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting. Antara perkara yang perlu dilakukan bagi mengelak bayi dalam kandungan lebih besar daripada usia sepatutnya termasuklah:

  • Memantau berat ibu semasa hamil
  • Memastikan penyakit seperti diabetes terkawal semasa hamil
  • Memantau tumbesaran bayi
  • Rancang kelahiran yang selamat

Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Alat Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Baca juga: Bayi Besar, Ibu Susah Bersalin Sebab Makan Vitamin Diberikan Doktor? Takutnya!

Baca juga: Melahirkan Bayi Besar, Ini 6 Perkara PENTING Yang Perlu Para Ibu Take Note & Waspada

Penulis

Lala Annuar