Bayi Tolak Minum Susu Badan Melalui Botol? Cuba 5 Tips Mudah Ini!
Setelah penat mengepam susu badan masuk ke dalam botol susu, si manja anda tidak mahu minum pula. Aduh! Apa yang patut ibu buat? Cuba baca 5 tip ini.
Bagi ibu-ibu menyusu yang hampir mengakhiri cuti bersalin, selalunya mereka akan mula mengajar bayi mereka untuk minum susu badan melalui botol susu. Dan sudah tentu antara masalah utama dalam hal ini ialah bayi enggan minum susu botol atau minum susu badan menggunakan botol susu.
Ibu-ibu pasti sedih, setelah penat lelah mengepam susu, tapi si kecil itu tidak mahu minum pula kerana mereka lebih mahu minum terus dari badan anda.
Pastinya ibu tidak mahu susu badan yang penuh khasiat itu terbazir kerana bayi anda tidak mahu meminumnya hanya kerana mereka menolak penggunaan botol susu.
5 Tips Atasi Bayi Enggan Minum Susu Botol
Berikut adalah 5 tip tentang bagaimana untuk menangani masalah bayi enggan minum susu botol ini.
1. Berikan botol susu ketika mengantuk
Ketika bayi memasuki fasa mengantuk, mereka akan menjadi mamai dan lebih mudah menerima. Berikan botol susu ketika ini. Atau ketika mereka baru bangun tidur.
2. Cuba pelbagai jenis puting
Kadang-kala, bayi tidak suka dengan puting yang digunakan. Jadi, cuba pelbagai puting yang berlainan tekstur, bentuk dan saiz, jika ia menepati bayi anda.
Lama-lama, mereka akan pilih untuk minum dari botol susu.
3. Beri botol susu ketika mandi
Ketika mandi dengan air yang suam, bayi akan lebih relaks dan lebih menerima apa yang ditawarkan kepadanya.
Jadi, gunakan peluang ketika mereka relaks untuk cuba mengenalkan botol susu kepadanya.
4. Pelbagai posisi
Kadang-kala, disebabkan posisi memberi susu botol adalah sama seperti posisi diberikan susu badan, mereka enggan menerima botol susu.
Cuba pelbagaikan posisi agar mereka tidak keliru dengan posisi menyusu badan.
Contohnya memberi botol susu ketika mereka sedang baring.
5. Dapatkan bantuan orang lain
Sebenarnya ibu ada bau susu yang kuat hingga menyebabkan mereka akan mencari susu badan. Jika keempat-empat cara di atas masih tidak berjaya, cuba dapatkan bantuan orang lain seperti suami anda.
Sebab tiada bau susu, bayi akan lebih memilih untuk menerima sahaja botol susu yang dihulurkan.
Semoga tip-tip menangasi bayi enggan minum susu botol ini dapat membantu memudahkan usaha anda memperkenalkan botol susu kepada bayi anda.
Selamat mencuba 🙂
Sumber: theAsianParent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Alamak! Dah Nak Mula Berkerja, Bayi Pula Tak Mahu Menyusu Botol? Cuba Tips Ini
Baca juga: Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 7 Jenama Botol Susu Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!
Baca juga: Berapa banyak bayi perlu minum susu? Jangan sampai dia TAK KENYANG!