'Bayi Hantu' Tidur Di Samping Anak Kecil Di Dalam Katilnya Dirakam oleh Monitor CCTV

'Bayi Hantu' Tidur Di Samping Anak Kecil Di Dalam Katilnya Dirakam oleh Monitor CCTV

Pasangan di Britain terkejut dengan rakaman monitor bayi yang kelihatan menunjukkan "bayi hantu" sedang tidur di samping anak mereka di dalam katilnya.

Satu pasangan suami isteri di Britain terkejut dengan rakaman monitor bayi yang menunjukkan “bayi hantu” sedang tidur di samping anak mereka di dalam katilnya.

Laura Haigh telah menceritakan bagaimana dia melihat bentuk tubuh seperti roh yang muncul dalam bilik anak lelaki mereka, Sebastian yang berusia 18 bulan, dan mula tidur di sebelahnya.

'Bayi Hantu' Tidur Di Samping Anak Kecil Di Dalam Katilnya Dirakam oleh Monitor CCTVGambar daripada Laura Haigh/Yahoo! Australia.

Entiti tidak dikenali tidur bersama anak kecil

Ibu kepada empat orang anak dari Devon, di barat daya England, berkata ketika dia dan pasangannya, Dean Evans, memeriksa monitor video, mereka terkejut melihat sesuatu yang kelihatan seperti bentuk tubuh kedua yang berbaring di dalam katil disamping anak mereka.

Encik Evans memberitahu The Sun, dia bergegas naik ke tingkat atas, dan mendapati anaknya berpelukan dengan beruang teddy dan katilnya kosong, sementara entiti yang tidak dapat dijelaskan itu tetap kelihatan dalam monitor.

Dia berkata, bentuk roh itu juga bergerak sekali-sekala selama empat jam, tetapi kekal di sebelah Sebastian ketika si kecilnya sedang tidur, dengan video dicop masa pada 9.21 pada 8 Jun.

“[Dean] agak terkejut kerana tidak jumpa apa-apa di sana, tetapi “roh” itu masih kelihatan di dalam monitor,” kata Haigh.

Sukar untuk mempercayai tentang kehadiran bayi hantu itu

“Dia agak kecewa kerana dia sebenarnya tidak mempercayai alam roh itu dan fenomena ini tidak dapat dijelaskan,” katanya sambil menambah bahawa dia telah memeriksa kamera dan tidak menemui apa-apa yang rosak dengannya.

“Rakan-rakan saya berasa yang ia sangat menyeramkan,” kata si ibu tentang roh kecil yang kelihatan di dalam monitor dan turut “bergerak”, tetapi kemudiannya telah menghilangkan diri apabila Sebastian bangun untuk makan.

Ibu yang berfikiran terbuka tersebut berkata pengalaman paranormal ini tidak mengganggunya.

Selagi tidur anaknya tidak terganggu, si ibu tiada masalah dengan kehadiran entiti tersebut

Ia adalah kerana Sebastian tidak takut dengan kehadiran roh tersebut, malah, Sebastian cukup tenang dan kelihatan tidak terganggu.

Wanita itu berkata dia sering mendengar bunyi di sekitar rumahnya, benda-benda yang asyik hilang, dan kadang-kadang mendapati gambar di dinding telah diterbalikkan atau dijatuhkan dengan sengaja.

“Kami melihat bola aura sepanjang masa dan saya juga telah melihat bayang-bayang di latar belakang gambar kami satu masa dahulu,” katanya.

Wah, meremang juga bulu roma apabila mendengar kisah ibu ini!

Rencana diterjemah daripada Yahoo! Australia.

Gambar daripada Laura Haigh/Yahoo! Australia.

Baca juga:

Video Lucu: Aktiviti ‘Sibuk’ Sepasang Anak Kembar Lelaki Dirakam dari CCTV Bilik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner