Tolong! Bayi Asyik Nak Dukung & Bayi Menangis Bila Di Letak! Apa Patut Saya Buat?

Adakah bayi anda akan menangis setiap kali anda meletakkannya atas katil? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan untuk menenangkan si kecil anda ...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tolong! Bayi asyik nak dukung, dan akan menangis bila di letak! Dia mahu melekat dengan saya sepanjang masa!

Anda baru sahaja hanya melahirkan bayi yang comel, dan sempurna! Dia mahu dipeluk dan didukung dan tidak mahu meninggalkan sisimu.

Pada mulanya rasa kasih sayang itu memang tidak terhingga … tetapi lambat laun anda sedar bahawa bayi anda benar-benar MAHU menempek dengan anda setiap masa dan enggan meninggalkan anda!

Dia akan menangis macam kena dera apabila anda meletakkan dia di atas katilnya. Dia hanya akan berhenti menangis apabila anda mendukungnya, sehingga tangan anda rasa kebas dan rasa nak patah.

Pasti anda akan mula risau tentang kerja rumah yang bertimbun kerana tidak dapat melakukan apa-apa. Mesti ada cara lain untuk atasi masalah anak suka menempek ini, kan?

Persoalan Utama – Kenapa Bayi Asyik Nak Dukung & Bayi Menangis Bila Di Letak?

Berikut adalah beberapa pandangan mengapa anak anda enggan meninggalkan pangkuan anda.

Sentuhan ibu, sentuhan yang paling penting untuk bayi baru lahir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Rindu perasaan selamat dalam rahim

Bayi baru dilahirkan telah menghabiskan 9 bulan dalam rahim ibunya. Keadaan dalam rahim sempit dan tempat yang paling selamat untuk bayi, jadi tidak hairanlah anak rindu perasaan yang sama apabila dilahirkan.

Bayi anda cuma ingin berasa selamat. Apabila dia menangis kerana ingin didukung, ia adalah perkara normal dan itu tidak bermaksud yang dia terlalu manja.

Sebenarnya, dia boleh menghidu bau ibunya dan rasa selamat ketika didukung. Cuba anda melihat dari perspektif anak anda. Saat dia keluar dari rahim, dunia luar bagaikan dunia asing untuknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia akan mengalami perubahan persekitaran yang besar – dulu ia gelap dan tenang, kini ia cerah dan huru-hara.

Dengan siapa lagi bayi anda berkongsi hubungan istimewa umbilikal kalau tidak ibunya? Sudah tentu, tidak semua bayi mempunyai kelakuan yang sama.

Sesetengah bayi tidak akan merengek apabila dibiarkan berbaring seorangan (baiknya Ya Tuhan!).

Tetapi jika bayi anda mahu didukung sepanjang masa, ia juga tidak bermakna dia tidak akan mampu untuk baring sorang-sorang dengan tenang dan senang hati satu hari nanti. Dia hanya memerlukan lebih banyak masa untuk bertenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membedung bayi dengan betul boleh membantu dia berasa selamat, hangat dan selamat.

#2 Mengekalkan suhu yang sesuai dengan membedung

Salah satu sebab mengapa bayi anda selalu ingin didukung adalah untuk merasakan hangat dari badan ibu. Itu kata Baby Whisperer Tizzie Hall di laman webnya: Save The Sleep. 

Tanpa rasa hangat dari badan ibu, bayi baru lahir selalunya rasa sejuk. Ia adalah sangat penting mereka berasa nyaman dan selesa.

Cara membedung yang betul boleh membantu bayi anda berasa selamat serta mengekalkan suhu paling optimum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut seorang ibu, Tizzie Hall, 6 helai kain bedung diperlukannya untuk menenangkan si kecilnya. Tetapi, ini adalah jumlah kain bedung yang digunakan di negara yang mempunyai musim dan iklim yang lebih sejuk.

Memandangkan cuasa di Malaysia panas sepanjang tahun dan ada yang tidak suka menggunakan penghawa dingin, satu helai sudah memadai.

Yang penting kain bedung haruslah jenis yang nipis. Bayi baru dilahirkan perlu dibedung dengan sederhana ketat untuk memberi ilusi seperti berada dalam rahim ibu.

Tanya jururawat untuk menunjukkan cara membedung bayi yang betul atau baca artikel ini.

Dapatkan nasihat doktor anda tentang berapa banyak lapisan pakaian / kain bedung yang diperlukan untuk bayi anda (jangan lupa untuk memberitahu doktor jika anda menggunakan penghawa dingin ataupun tidak).

Sebagai langkah keselamatan, jangan gunakan selimut dan jangan tinggalkan pakaian atau mainan yang tidak digunakan berdekatan dengan bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang dikatakan Tizzie Hall, tonton video ini:

#3 Persekitaran yang tenang

Satu lagi sebab mengapa bayi anda mahu didukung sepanjang masa adalah kerana dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu anda tentang rasa tidak senangnya.

Ini adalah fenomena yang sangat normal di kalangan bayi yang baru lahir. Tetapi penyelesaiannya bukan untuk mendukung bayi anda setiap kali dia menangis.

Baca:

“Toddlerwearing”: Mengapa Saya Masih Mengendong Anak Saya

Cuba untuk membuatkan persekitaran di sekelilingnya selesa.

Apabila meletakkan bayi anda dan dia mula menyatakan ketidaksenangannya, cuba mengusap mukanya dan bercakap dengan suara yang lembut untuk menenangkannya.

Gantungkan objek-objek atau permainan menarik di atas katil untuk menarik perhatiannya. Tetapi, anda perlu tukar permainan itu bergilir-gilir dan dengan kerap supaya dia tidak bosan.

Jangan teragak-agak untuk mendukung anak anda jika semua kaedah lain untuk menenangkannya gagal.

Mainkan muzik yang tenang atau nyanyikan lagu yang boleh melegakan bayi anda. Cuba untuk menenangkan dan membantu bayi anda menjadi biasa tanpa didukung.

Jangan lupa anak anda masih kecil. Jika semua usaha untuk menenangkannya gagal, dukunglah dia sehingga dia kembali tenang.

Ibu bapa sekalian, bagaimana anda menenangkan bayi baru lahir anda yang menangis? Kongsi pengalaman anda dengan kami dengan meninggalkan komen.

Baca juga:

Menangani bayi menangis

Penulis

Rosanna Chio