X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

"Toddlerwearing": Mengapa Saya Masih Mengendong Anak Saya

4 min bacaan
"Toddlerwearing": Mengapa Saya Masih Mengendong Anak Saya

Selagi bahu dapat memikul beratnya, saya akan terus mengendong anak saya.

Anak bongsu saya akan berumur 3 tahun pada bulan Jun tahun ini. Kadang-kadang saya masih mengendong dia dan apabila orang melihat ini mereka selalu bertanya:

“Anak dah besar nih! Masih nak gendong ke?”

“Kamu ni terlalu besar untuk digendong sayang…”

“Anak you kuat lekat ek?”

Pernah terlimpas difikiran tak yang mungkin saya yang teria-ia menikmati setiap saat dengan anak bongsu saya? Sebelum ini, masa kami hanya beranak seorang, tugas harian di rumah masih mudah diuruskan. Sekarang beranak dua, rumah pun dah macam kandang.

Kalau masalah ini dapat diselesaikan tanpa halangan dengan mengendong anak saya, “why not kan?”. Semua kerja rumah siap. Makanan siap masak. Saya boleh meluangkan masa dengan kedua-dua anak saya pada masa yang sama. Semua orang pun happy.

Kebaikan mengendong anak 

Untuk Keselamatan

mengendong, mengendong anak, mengendong bayi, mengendong kanak-kanak, dukung bayi, dukung anak

Babywrap.com.my – Lollipop

Kalau di bawa berjalan-jalan, tak payahlah saya nak kecoh memastikan dia selamat dari aliran trafik. Tak yah lah nak risau orang yang tidak dikenali akan mengacau anak kamu kerana dia mendakap kat dada dalam wrap atau carrier.

Nak keluar sorang-sorang ke pasar malam yang berhampiran? Orang ramai? Nak pergi dari lokasi A ke B dengan cepat?  Tiada masalah. Saya tidak perlu bimbang orang dewasa akan terlanggar anak saya. Saya tidak akan kehilangan dia di khalayak ramai kerana dia selamat dalam carrier.

mengendong, mengendong anak, mengendong bayi, mengendong kanak-kanak, dukung bayi, dukung anak

Carrier Stork, Snuggbaby

Mungkin ada yang akan berkata,”Pakailah stroller tu. Kan dah beli?”

Ya, betul. Memang saya boleh pakai stroller dan sebenarnya saya tak benci pun pakai stroller. Cuma saya berpendapat babywearing ni lebih sesuai dan selamat, terutamanya apabila saya selalu keluar ke pusat membeli belah sendirian.
 
Biasanya kalau keluar seorangan saya akan cuba meletakkan kereta dekat pintu masuk. Bayangkan kalau kereta tak dekat pintu dan barang yang dibeli kena dimuatkan ke dalam kereta. Lebih-lebihan, saya keluar dengan anak berdua. Kalau bawa stroller, saya kena masukkan kanak-kanak dalam kereta terlebih dulu. Lepas tu, muatkan semua barang yang dibeli dan lipatkan stroller di belakang kereta, sebelum saya boleh masuk dalam kereta sendiri. Tak sukalah nak lama-lama kat tempat letak kereta.
 
Dengan mengendong anak bongsu saya, ini membolehkan saya masuk terus ke dalam kereta sekaligus, siap dengan anak saya yang seorang lagi dan barang dibeli semua. Kereta memang saya kuncikan sejurus masuk.
 

Kebebasan

mengendong, mengendong anak, mengendong bayi, mengendong kanak-kanak, dukung bayi, dukung anak

Kredit : Foster Fadalini Photography, Wrap ini boleh ditempah melalui laman web HappyFluffy

Saya masih ingat lagi cuti keluarga kami ke Legoland tahun lepas. Semua selasai dalam satu hari – anak yang sulung puas bermain. Kalau tunggu anak bongsu berjalan jangan harap satu hari cukup. Selain itu, tidak semua tempat di Malaysia menyediakan kemudahan untuk ibubapa yang membawa stroller. Tangga dan eskalator, hanya beberapa contoh halangan.

Di setiap pusat membeli-belah yang sesak, jarang ada orang yang akan memberi laluan kepada ibu bapa yang membawa stroller. Semua malas nak naik eskalator, semua nak naik lif. Ibubapa yang tiada pilihan lain terpaksa bawa stroller naik eskalator pulak. Saya pasti anda juga tahu cara ini memang tidak selamat langsung.

 

Mengeratkan Hubungan

mengendong, mengendong anak, mengendong bayi, mengendong kanak-kanak, dukung bayi, dukung anak

Wrap Etch Neptune, Ankalia

Sebahagian daripada perbualan kecil-kecilan bersama anak bongsu saya berlaku semasa digendong. Dia akan menyentuh muka saya dan dengan jari penunjuk kecil, dia akan arahkan perhatian saya kepada apa sahaja yang telah menarik minatnya. Kami akan membincang tentang apa sahaja, biarpun cuaca atau bunga yang kita jumpa semasa berjalan-jalan di taman pagi tadi. Saya tidak akan lupakan semua detik-detik manis seperti ini.

Kadang-kadang perbuatan sederhana seperti memeluk anak tersayang, terutamanya selepas sehari stress bekerja, boleh menyenangkan hati.

 

Cerai Susu Ibu

mengendong, mengendong anak, mengendong bayi, mengendong kanak-kanak, dukung bayi, dukung anak

wrap “Into The Woods”, CarryOm Handwovens

Kedekatan dan ikatan emosi inilah yang menjadikan proses bercerai susu badan fasa yang mencabar. Tiba masa menyusu, kena banyakkan memujuk dan menenangkan anak. Peluk dan usap dengan penuh kasih sayang, dan cuba alih perhatian ke benda yang mereka suka, tetapi adakalanya lemah tangan mendukung anak untuk masa yang lama.

Sekurang-kurangnya dengan adanya alat gendong atau wrap, kita boleh terus memberi kasih sayang tanpa rasa letih atau melepaskan tugas-tugas harian kita.

Anak Cepat Membesar

mengendong, mengendong anak, mengendong bayi, mengendong kanak-kanak, dukung bayi, dukung anak

wrap eksklusif Happy Fluffy bernama Haiqal dari babywrap.com.my

Tiba hari anak dah besar, dia tidak akan mahu didukung lagi. Dalam masa yang singkat anak kecil anda akan membesar menjadi kanak-kanak prasekolah. Saya tahu ada kanak-kanak prasekolah yang masih digendong ibubapa mereka, tetapi bahu saya memang tak larat.

Sebenarnya, masa mengedong anak ni,  masa yang singkat sahaja dan bukan untuk selamanya. Setiap pengalaman ber- babywearing akan mencapai penghujungnya (pasti semua suami akan mengeluh rasa lega kerana isteri berhenti bershopping wrap atau carrier cantik-cantik).

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Tetapi inilah sebab utama mengapa saya masih mengendong anak saya. Selagi bahu dapat memikul beratnya, saya akan terus mengendong anak saya.

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • "Toddlerwearing": Mengapa Saya Masih Mengendong Anak Saya
Kongsikan:
  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham