X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi Istimewa Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia Pada Usia 2 Tahun

24 Sep, 2021
Bayi Istimewa Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia Pada Usia 2 TahunBayi Istimewa Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia Pada Usia 2 Tahun

Bayi istimewa ini menghidap kongenital arhinia, sejenis penyakit tanpa hidung yang amat jarang berlaku. Meninggal dunia selepas 3 bulan mencecah usia 2 tahun, Eli sungguh hebat kerana berjaya mengharungi satu keabnormalan yang luar biasa!

Dua tahun lalu, seorang wanita – Brandi McGlathery terkejut selepas doktor meletakkan bayi yang dilahirkannya di atas dada. Lama wanita itu merenung anaknya yang baru lahir.  Beliau mula panik. Ada sesuatu yang tak kena, bisik hati kecilnya. Bayi cacat istimewa tersebut diberi nama Eli.

Eli dilahirkan tanpa hidung! Bayi istimewa ini disahkan menghidap sejenis penyakit yang jarang sekali berlaku, iaitu kongenital arhinia. 

Kisah hidup bayi istimewa ini telah menarik perhatian seluruh dunia. Akan tetapi, pada tanggal 3 Jun lalu, si kecil ini tidak dapat diselamatkan.

Bayi Istimewa Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia Pada Usia 2 Tahun

Kredit gambar: Sharon Steinmann

Meninggal dunia selepas 3 bulan mencecah usia 2 tahun, bayi ini nyata sungguh hebat kerana berjaya mengharungi satu ketidakupayaan yang luar biasa!

Semoga kau tenang di sana, wahai bayi comel yang istimewa.

Kongenital arhinia itu apa?

Kongenital arhinia adalah sejenis penyakit yang amat jarang berlaku. Sebuah laporan doktor pakar pada tahun 2012 mendedahkan hanya 41 orang mengalami keabnormalan ini!

bayi cacat

Kredit gambar: Sharon Steinmann

Kongenital arhinia dilihat sebagai satu keabnormalan muka di mana tiada hidung luaran, rongga hidung dan deria menghidu berjaya dikesan pada seseorang pesakit. Dalam erti kata lain, mereka dilahirkan tanpa saluran hidung!

Bayi cacat ini dilahirkan pada minggu ke-37, di Hospital South Baldwin, Alabawa. Biasanya, hidung dan terusan pernafasan yang bertulang akan terbentuk pada janin ketika minggu ketiga hingga minggu kelapan kandungan. 

Namun begitu, pesakit dengan kongenital arhinia gagal memproses pembentukan ini, mengakibatkan penyelewengan kromosom.

Bagaimana bayi Eli bernafas?

Eli bernafas melalui mulutnya. Akan tetapi, beliau akan menghadapi kesukaran untuk bernafas ketika makan dan minum susu ibu. Doktor telah membina trakeotomi pada bayi ini ketika beliau berusia 5 hari.

Trakeotomi adalah usaha membuat saluran pernafasan dengan menebuk lubang (stoma) pada trakea seseorang. 

Akan tetapi, trakeotomi ini membuatkan bayi Eli sukar untuk bercakap. Akibatnya, beliau terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.

Menurut bapanya, Jeremy – Eli suka makan biskut. Setiap pagi, dia akan meminta satu keping biskut daripada mereka. 

Proses mengandung dan bersalin yang normal

Eli adalah anak sulung kepada pasangan ini. Ketika disoal tentang proses kehamilan dan bersalin yang dilalui Brandi, tiada apa yang luar biasa sepanjang proses itu.

Namun, ketika kandungan berusia 17 minggu, Brandi mengalami loya dan muntah-muntah yang teruk.

bayi cacat

Eli bersama kedua-dua ibu bapanya. Kredit gambar: Jeremy Finch

Ketika itu juga, beliau kehilangan lebih kurang 10 pound berat badan. Proses bersalin akan Eli juga biasa saja. Tetapi, Brandi mengalami kesakitan sebanyak tiga kali berturut-turut.

Doktor pakar yang menjalankan pemeriksaan ultrasound ke atas Brandi, Dr Brown mendedahkan tiada tanda-tanda luar biasa ketika pemeriksaan dijalankan. Bayi Eli juga didapati memiliki tulang hidung!

Kematian yang tidak diduga

Dalam kes yang luar biasa seperti ini – doktor pakar akan “membina” hidung dan sinus pada mana-mana bayi yang lahir tanpa hidung.

Tetapi, proses ini harus dijalankan apabila bayi sudah cukup besar untuk mengendali sesebuah pembedahan.

Bayi Istimewa Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia Pada Usia 2 Tahun

Eli ketika berusia 2 tahun. Kredit gambar: Jeremy Finch

Sedih benar apabila mendengar bayi cacat istimewa ini tidak sempat melalui pembedahan yang dinanti-nantikan. Beliau juga menghadapi beberapa masalah dan kesukaran lain, seperti lelangitnya terlalu lembut dan tidak berkembang dengan baik.

Selain itu, otak Eli juga berada dalam kedudukan yang lebih rendah berbanding kepalanya, dan kelenjar pituitari beliau tidak berfungsi.

Namun tanggal 3 Jun, bapa kandung beliau – Jeremy Finch mengumumkan bayi istimewa ini meninggal dunia secara tiba-tiba. Pengumuman dibuat menerusi akaun Facebooknya.

Kami di theAsianparent mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga mangsa. Bayi Eli adalah bayi yang istimewa, dan kini beliau tenang menanti kedua ibu bapanya di pintu Syurga. 

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

Sumber rujukan: Today, Facebook Jeremy Finch dan US National Library of Medicine National Institues of Health

Kredit gambar: Sharon Steinmann

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya…

Baca juga: 6 Tanda Awal Untuk Kenalpasti Anak Istimewa Yang Memerlukan Pendidikan Khas

Baca juga: Mencari Tadika Untuk Anak Autisme/ADHD? Ini Tadika Yang Menawarkan Kemahiran Khusus Buat Anak-Anak Istimewa Ini Di Malaysia!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Istimewa Lahir Tanpa Hidung Meninggal Dunia Pada Usia 2 Tahun
Kongsikan:
  • Adalia Rose, Kanak-Kanak Istimewa Dengan Penyakit Progeria, Anda Tahu Tentang Penyakit Ini?

    Adalia Rose, Kanak-Kanak Istimewa Dengan Penyakit Progeria, Anda Tahu Tentang Penyakit Ini?

  • Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih

    Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Adalia Rose, Kanak-Kanak Istimewa Dengan Penyakit Progeria, Anda Tahu Tentang Penyakit Ini?

    Adalia Rose, Kanak-Kanak Istimewa Dengan Penyakit Progeria, Anda Tahu Tentang Penyakit Ini?

  • Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih

    Penting Bersihkan Hidung Bayi, Jangan Sampai Tersumbat & Selsema Baru Nak Bersih

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.