Rupa-Rupanya, Ini Sebab Kenapa Bayi Anda "Tersenyum" & Ketawa Semasa Tidur!

Panik dan terkejut juga bila tiba-tiba si kecil ketawa semasa tidur. Adakah dia sedang bermimpi hingga membuatnya tertawa atau ada sebab lain?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak ada perasan bayi ketawa semasa tidur? Setelah melihat si kecil itu tersenyum dan ketawa, dengan pantas anda berlari ke arahnya bimbang kalau dia terjaga dari tidur.

Tapi pernah tak anda terfikir kenapa bayi ketawa dalam tidurnya? Adakah ia berkaitan dengan kitaran tidur bayi atau dia sedang bermimpi sesuatu perkara yang indah?

Jom kita teliti lebih mendalam kenapa bayi ketawa semasa tidur ini. 

Kitaran tidur bayi: Kenapa bayi ketawa semasa tidur?

Kredit: Healthline

 

Pertama sekali, anda perlu tahu yang orang dewasa juga ada yang ketawa semasa tidur! Mungkin anda pernah terdengar pasangan anda sama ada suami atau isteri sedang ketawa ketika tidur, kan?

Jadi, bayi ketawa semasa tidur bukanlah sesuatu yang pelik dan tiada alasan yang jelas tentang situasi ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi ada beberapa teori mengatakan kenapa bayi ketawa semasa tidurnya.

2 teori kenapa bayi ketawa semasa tidur

1 – Ia adalah reflex semula jadi

Sebenarnya, bayi sudah mula bermimpi sejak dari awal berada dalam kandungan ibunya lagi. Perkara ini akan berlanjutan sehingga dia dilahirkan.

Akan tetapi si kecil ketawa semasa tidur itu bukanlah hanya disebabkan mimpi sahaja, tapi ia juga berkaitan dengan kitaran semulajadi yang disebut tidur aktif.

Disebabkan itu, semasa tidur bayi, mungkin mereka akan membuat beberapa pergerakan yang menjadi punca si kecil tersenyum dan ketawa saat tidur.

Tip:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Namun begitu ada keadaan yang mungkin terjadi di mana bayi ketawa tanpa dapat dikawal tapi ia jarang berlaku dan anda tak perlu bimbang.
  • Bayi ketawa semasa tidur boleh berlaku selama 20 saat sehingga usianya mencapai 10 bulan.
  • Jika si kecil kerap sangat ketawa semasa tidur, bangunkannya dan usap lembut bahunya. Jika berasa bimbang, dapatkan nasihat pakar pediatrik.

2 – Memproses maklumat

Dalam beberapa bulan selepas dilahirkan, bayi sedang dalam fasa perkembangan. Si kecil itu sedang belajar membuka mata, tersenyum dan menangis.

Tanpa anda sedar,sebenarnya dia sedang memproses maklumat baru.

Untuk itu, anda boleh tambahkan cahaya lampu, persekitaran yang berbunyi dan memberi pemandangan yang berbeza. Dari situ, si kecil akan menggunakan semua deria tubuhnya.

Tapi apabila tiba masa tidur,otak kecil mereka masih berfungsi untuk memproses maklumat tersebut. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan ketawa atau menangis dalam tidurnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, dalam beberapa bulan perkembangan mereka ini, si kecil belajar tentang emosi yang diterjemahkan melalui ketawa dan menangis.

Tip:

  • Jangan kejutkan si kecil bangun dari tidur apabila dia sedang ketawa kerana ia boleh menganggu kitaran tidurnya.

Cuba fahami kitaran tidur bayi

Bayi mempunyai kitaran tidur yang lebih pendek berbanding orang dewasa.

Untuk orang dewasa, ini kitaran tidur kita: Peringkat pertama adalah non-rapid eye movement atau (NREM) sementara tahap kelima pula adalah rapid eye movement (REM)

Sementara itu untuk bayi pula, kitaran tidurnya adalah selama 30 hingga 50 minit. Namun, kitaran ini akan beransur meningkat sehingga mereka menjelang usia kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip:

  • Perlu tahu setiap kanak-kanak mempunyai corak tidur yang berbeza. Ada bayi yang boleh tidur cepat dan ada yang tidak.
  • Ada juga bayi yang menjalani kitaran tidur ringan selama 20 minit sebelum waktu tidur sebenar.

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Sarah Voon. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Jangan Terkejut Jika Bayi Senyum Ketika Tidur! Adakah Mereka Sudah Boleh Bermimpi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan