Normal ke kalau bayi kurang menyusu lepas ambil makanan pejal? Ini kata pakar

Adakah anda patut bimbang jika si kecil kurang menyusu selepas enam bulan? Pakar ada jawapannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu mula bimbang bila bayi kurang menyusu selepas mengambil makanan pejal pada umur enam bulan.

Apatah lagi, si kecil itu menunjukkan selera dan minat terhadap bubur atau puri yang disediakan oleh ibu, tapi mereka tak mahu menyusu.

Atas sebab itu, ibu bimbang anak tak cukup kalsium untuk tumbesaran dan perkembangannya. Selain itu, ibu juga mungkin akan mengalami bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan gara-gara bayi kurang menyusu.  

Bagi membincangkan isu berkenaan, Dr Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC berkata pengeluaran susu ibu haruslah berpadanan dengan permintaan bayi ketika itu.

Bahkan, permintaan nutrisi bayi pada peringkat umur ini boleh dilengkapkan dengan makanan keluarga. Sebab itu, bayi kurang menyusu. Ia sekaligus mempengaruhi penghasilan susu.

Kajian juga mengatakan, pengambilan susu ibu tidak akan berubah mengikut umur dan berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan.

Apa ibu perlu buat jika bayi kurang menyusu? Ibu tetap perlu beri susu ibu pada bayi

Disebabkan bayi sudah mula makan pada umur enam bulan, jadi, adalah normal jika si kecil itu akan kurang menyusu.

Namun, ibu tetap harus terus memberi bayi susu ibu kerana zat dan manfaat susu ibu adalah terbaik disepanjang tahun pertamanya.

Amaun minum susu yang harus diberi selepas usia anak enam bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Babab.net

  • 7 bulan : 30 onz bersamaan 875ml sehari
  • 11 hingga 16 bulan: 19 onz bersamaan 550ml sehari
  • 12 bulan hingga 24 bulan: 14 onz hingga 19 onz bersamaan 400 ml hingga 550 ml sehari.
  • 24 hingga 36 bulan: 10 onz hingga 12 onz bersamaan 300 ml hingga 360 ml sehari

Pastikan bayi sudah kenyang, tapi jangan sampai overfeed

Kredit: Mommyasia

  • Ibu perlu tahu, amaun susu ibu yang diambil bayi setiap hari akan berbeza-beza.
  • Jangan beri anak minum susu terlalu banyak. Bimbang jika dia overfeed, terutama selepas makan.
  • Perhatikan wajah atau petunjuk bayi jika dia sudah kenyang seperti menolak susu, tak buka mulut dan lain-lain.
  • Jika bayi kurang menyusu, sediakan botol dan puting yang sesuai supaya bayi tidak minum terlalu banyak terutama jika si kecil berada di rumah pengasuh.

Tips untuk ibu jika bayi kurang menyusu

  • Susu ibu yang berlebihan itu boleh digunakan dan menjadi perasa dalam puri atau bubur bayi.
  • Sekiranya berlaku bengkak susu, ibu boleh melegakannya dengan memerah dengan lebih kerap.

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Abi Ummi.Com 

Kredit: Majalah PAMA

Baca juga: 

Stres betul bila bayi taknak menyusu, tapi ibu tahu 12 sebab bayi taknak menyusu ini tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan