Rupanya Banyak Manfaat Merangkak Pada Bayi! Ini 5 Cara Rangsang Bayi Cepat Merangkak

Merangkak sebenarnya ada banyak manfaat buat si kecil. Sebab itu, ibu ayah harus terus memberi rangsangan pada bayi untuk melalui fasa ini!

Ramai ibu bapa bimbang apabila bayi lambat merangkak. Sebenarnya, kemampuan bayi merangkak bermula di awal umur enam bulan sehingga 10 bulan. Namun begitu, setiap bayi memiliki perkembangan berbeza.

Ada juga bayi yang tidak melalui fasa merangkak tapi terus boleh berjalan. Bukan itu sahaja, cara merangkak juga ada perbezaannya iaitu merangkak menggunakan tangan dan kaki. Jangan terkejut, tapi ada juga bayi yang merangkak secara bergeser perut dan menggunakan punggung serta kaki!

Tahukah anda yang fasa bayi merangkak ini ada banyak kebaikannya? Sebab itu sebagai ibu bapa, anda boleh merangsang bayi lambat merangkak. 

Ada beberapa faktor jika bayi lambat merangkak atau tidak melalui fasa ini seperti: 

Tip merangsang bayi lambat merangkak, ini 6 cara yang patut anda lakukan

Kredit: Alo Dokter

  • Selalu biarkan bayi meniarap sejak awal adalah salah satu rangsangan terbaik kerana dari situ bayi dapat mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perutnya. 
  • Sediakan alas comel bagi merangsang si kecil merangkak dan bermain. Elakkan penggunaan baby walker, tapi biasakan anak bermain di ruang yang luas dan bersih. 
  • Letakkan permainan di hadapan si kecil. Secara tak langsung, dia mula tertarik untuk memegang mainan tersebut. 
  • Berikan pujian jika bayi sudah boleh mencapai mainan tersebut kerana bermula saat itu dia akan berusaha untuk terus merangkak. 
  • Merangkak bersama bayi sekaligus membuatnya ikut perbuatan anda itu. 
  • Jika merangsang tidak mencukupi untuk bayi merangkak, anda boleh mulakan fisioterapi di atas nasihat doktor. 

Bayi lambat merangkak? Jangan risau! Ketahui dahulu kelebihan ini jika bayi lalui fasa merangkak 

Kredit: Sirap Limau

  1. Dapat menguatkan otot leher, tangan dan kaki.
  2. Pergerakan yang berulang kali itu mampu merangsang neuron sekaligus otak dapat mengawal bahagian kognitif di mana ia bagus untuk memori dan tumpuan.
  3. Dapat mengerakkan kedua-dua kaki dan tangan secara tak langsung menguatkan otak kiri dan kanan.
  4. Melatih koordinasi mata yang sangat penting supaya si kecil dapat membaca dan menulis apabila dewasa kelak. 
  5. Membangunkan penglihatan binokular iaitu bantu melihat dari jarak jauh. 

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Buat ibu bapa dengan bayi lambat merangkak, jom kita galakkan mereka lagi! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit: Kumparan.com

Sumber rujukan: Anak Ibu

Baca juga: Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Terlalu Montel Pun Boleh Jadi Sebab Bayi Merangkak Lambat!