Spa untuk bayi menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan buat si manja anda. Ia adalah perawatan menggabungkan kegiatan spa dan urutan badan. Pada sesi pertama, bayi akan dipakaikan pelampung leher dan berendam di dalam air.
Sesi seterusnya pula pakar terapi akan melakukan urutan tubuh badan si manja untuk beberapa minit. Menurut kajian yang dijalankan oleh Jurnal Midwife, spa untuk bayi dapat membantu tidur lebih lena dalam tempoh yang lama.
Spa untuk bayi boleh mendatangkan risiko bahaya
Spa untuk bayi menjadi trend dan pilihan para ibu masa kini untuk membantu bayi lebih santai serta melatih keseimbangan badan si manja.
Walau bagaimanapun, apa yang dilalui oleh wanita ini adalah di sebaliknya. Difahamkan dia membawa bayi berusia satu tahun, Xiao Ai bagi meraikan sambutan hari lahir anaknya.
Ibu Xiao Ai membawanya ke spa bayi di salah sebuat pusat rekreasi di Fuzhou, China. Selepas anak kecilnya dipakaikan pelampung leher, dia diletakkan ke dalam kolam sebesar 10 meter persegi.
Namun ibunya berasa was-was ketika memakaikan pelampung leher pada anaknya kerana saiz yang kelihatan terlalu longgar. Kemudian dia membuka dan meletakkan anaknya ke atas pelampung bulat.
Bayi lemas hanya dalam masa beberapa saat
Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memerhatikan anak mereka apabila menggunakan sebarang jenis pelampung. Kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai kemahiran motor yang terhad.
Walaupun spa bayi nampak menyeronokkan, ia masih satu aktiviti yang berisiko. Tumpuan ibu bapa mudah terganggu semasa menunggu anak-anak berenang di dalam kolam.
Bahaya spa untuk bayi, boleh jadi punca kepada alahan
Setiap aktiviti melibatkan bayi bawah usia 2 tahun boleh mendatangkan risiko bahaya sekiranya ibu ayah bertindak sambil lewa atau lalai dalam memantau pergerakan si manja.
Bukan itu sahaja, bayi juga berisiko mengalami alahan seperti:
#1. Ekzema
Salah satu alahan kulit yang boleh berlaku selepas mengunjungi spa untuk bayi ialah ekzema. Gangguan ini menyebabkan benjolah merah kecil yang kelihatan kulit kering serta bersisik. Pencetus masalah ini adalah panas,, mungkin berlaku ketika anak berenang dalam suhu air yang tinggi.
#2. Dermatitis
Mengunjungi spa bayi turut menyebabkan dermatitis kontak. Ini berlaku kerana sentuhan dengan pencetus alahan semasa mandi atau sesi urutan. Si manja anda akan mengalami beberapa simptom seperti ruam, kegatalan teruk hingga menyebabkan kulit kering atau bersisik.
Justeru, ibu perlu memastikan spa bayi yang anda ingin kunjungi mematuhi standard kebersihan dan jenis minyak yang digunakan semasa mengurut adalah selamat untuk si manja anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber asal ditulis oleh Rosanna Chio dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga: Seorang Kanak-Kanak Hampir Mati Lemas Di Baby Spa