Usia baru 1 minggu, tapi bayi ini menghidap 4 masalah jantung dan terpaksa jalani pembedahan!

"Saya tidak berhenti menangis apabila mengetahui anak saya mengalami masalah jantung dan perlu melakukan pembedahan jantung terbuka. Dia baru berusia 7 hari..."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hati ibu bapa pasti akan rasa sayu dan sedih apabila ada bayi masalah jantung. Bayangkan kalau anak kita yang masih kecil dan lemah itu ada masalah jantung dan perlu menjalani pembedahan jantung.

Adakah anak saya akan hidup? Wajar ke kita melakukan pembedahan ini?

Sudah pasti banyak persoalan akan timbul di fikiran ibu bapa. Tapi inilah realiti pahit untuk ibu Aimee Roberts dan pasangannya Alex ketika bayi baru lahir mereka mempunyai masalah jantung.

Bayi masalah jantung

Bayi lelaki pasangan itu yang dinamakan sebagai Leo, telah dilahirkan pramatang dan didiagnosis dengan 4 masalah jantung kongenital.

Walaupun pembedahan jantung adalah satu-satunya jalan keluar untuk bayi masalah jantung, ia masih satu cara rawatan yang penuh dengan risiko.

Harapan Aimee dan Alex hancur apabila mendapat berita bahawa pembedahan jantung terbuka adalah peluang terakhir agar bayi mereka dapat hidup. 

Gambar tangkap layar dari Bristol Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itu adalah keputusan yang paling susah dalam hidup saya. Setiap ibu bapa pasti rasa sedih apabila terpaksa mengamanahkan nyawa anak kepada pakar bedah walaupun tahu ada risiko kematian. 

Saya tidak pernah menangis begitu banyak,” kata Aimee.

Saya betul-betul bingung apabila mereka memberitahu kami tentang risiko kematian, jangkitan, kerosakan saraf tunjang, strok dan pendarahan dalaman, ” tambahnya.

Tapi oleh sebab Leo dilahirkan pramatang, doktor terpaksa menunggu sehingga Leo mencapai berat badan yang selamat sebelum melakukan pembedahan pada bayi masalah jantung itu. 

Doktor berjaya membetulkan 2 dari 4 masalah jantung yang dialami Leo. 2 masalah lain perlu dikaji semula pada akhir Februari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Leo belum pulih seratus peratus, tetapi keadaannya sekarang sangat baik,” kata Aimee dengan gembira.

Aimee dan Alex sangat bersyukur kepada pasukan doktor dan jururawat di Bristol Children’s Hospital kerana berjaya menyelamatkan anak kesayangan mereka.

Gambar tangkap layar dari Bristol Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi masalah jantung : Apakah penyakit jantung kongenital?

Penyakit jantung kongenital atau congenital heart defects (CHDs) adalah sejenis masalah struktur dalam jantung semasa kelahiran.

Penyakit ini mempunyai lebih daripada 40 jenis kecacatan termasuk lubang pada dinding dalam jantung, injap yang sempit, bocor, tiada injap, injap yang tidak terbentuk dengan baik atau saluran darah dan ruang jantung pada kedudukan yang salah.

Untuk setiap 100 bayi, satu bayi akan dilahirkan sebagai bayi masalah jantung, dan ini adalah kecacatan kelahiran yang agak biasa.

 Apabila tidak didiagnosis dan tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan kematian. Punca utama mengapa bayi masalah jantung tidak diketahui, tetapi kira-kira 15 – 20% mungkin disebabkan oleh genetik serta faktor alam sekitar yang boleh dikawal.

Faktor alam sekitar yang boleh meningkatkan bayi masalah jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar tangkap layar dari Bristol Post

1. Rubella atau Campak Jerman 

Sebelum hamil, wanita perlu melakukan ujian untuk memastikan mereka mempunyai imuniti dari penyakit Rubella atau Campak Jerman. Sekiranya anda tidak mempunyai imuniti ini, dapatkan vaksin sebelum cuba untuk hamil.

2. Kencing Manis

Jika ibu hamil mengalami diabetes gestasi atau lebih dikenali sebagai kencing manis semasa hamil, ini biasanya tidak akan menyebabkan bayi masalah jantung. Tetapi jika ibu itu sudahpun mengalami kencing manis sebelum hamil, ini mungkin boleh meningkatkan risiko bayi masalah jantung. Oleh itu, sebelum merancang untuk hamil, pastikan kesihatan diri dulu dan bincang dengan pakar wanita anda.

3. Minum alkohol dan merokok

Ibu mengandung harus mengelakkan dari minum alkohol dan merokok kerana ini boleh meningkatkan risiko bayi masalah jantung.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: Fox NewsBristol PostMayo Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Berapa Bacaan Kuning Bayi Yang Normal? Berapa Pula Yang BERBAHAYA?

Penulis

Rosanna Chio