Keluarga Silap Kebumi Mayat Bayi Orang Lain, Ini 3 Cara Uruskan Jenazah Janin Gugur

Tersilap beri mayat anak orang lain kepada satu keluarga yang lain, pihak hospital tampil mohon maaf.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, Presiden sebuah hospital di Winniped, Ottawa meluahkan rasa kesal apabila berlakunya kesilapan dari pihak hospitalnya kerana menyerahkan mayat bayi meninggal pada sebuah keluarga yang lain.

Kedua-dua bayi baru lahir yang diberi nama Tony Alagalak dan Alice Kinak itu meninggal selepas dilahirkan pada April lalu. 

Pihak hospital tersilap hantar bayi meninggal pada keluarga lain 

Insiden berlaku apabila pihak hospital menghantar mayat bayi lain kepada keluarga di Arviat yang menyangka akan mengebumikan anak mereka. Selang beberapa minggu dari insiden berlaku, pihak hospital tampil menjelaskan tentang situasi yang terjadi dan mengakui kecuaian mereka.

Kes bayi meninggal, hospital tampil mohon maaf 

Atas sebab itu, Presiden Hospital St Boniface, Martine Bouchard memohon maaf kerana pihaknya telah menyedari mereka menghantar mayat bayi meninggal yang salah kepada keluarga yang lain.

Sejurus menyedari kesilapan itu, dua jururawat telah terbang ke Arviat pada 21 Mei  yang lalu. Menurutnya lagi, insiden itu pertama kali berlaku sepanjang 33 tahun beliau dalam industri tersebut.

Kami dari pihak theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah kepada kedua-dua buah keluarga mangsa. Kehilangan janin yang keguguran, atau lahir mati bukanlah mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ibu dan ayah masih terpaksa menerima cabaran dan hakikat ini. Bagi membantu anda yang mungkin tengah mengalami situasi yang sama, di bawah ini kami sediakan panduan langkah menguruskan janin yang keguguran atau lahir mati.

3 Langkah Mudah Uruskan Janin Keguguran 

#1. Bacakan niat

Baca niat, Sahaja aku mandikan janin ini kerana Allah SWT.

Kemudian ratakan air bersih di seluruh badan janin. (Boleh juga tambah air sabun atau cendana, ia sekadar sunat wangian).

#2. Letakkan 3 helai lapisan kain putih

Setelah itu letakkan tiga helai lapisan kain putih dan sedikit kapas sekiranya ada serta 3 utas tali yang dipotong dari helaian kain putih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas mandikan janin, letakkan atas kain putih dan tutup sehelai demi sehelai.

#3. Gali kubur sedalam satu atau 2 kaki

Kemudiannya, gali kubur sedalam satu atau dua kaki sebagai syarat untuk tidak mengeluarkan bau atau digali binatang.

Selepas itu, letakkan jenazah janin dengan kedudukan sama seprti jenazah dewasa dan letakkan papan lahad dan kambus hingga selesai. 

Nota tambahan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Dapakan permit mengubur dari pihak Forensik Hospital atau balai polis kerana jika kebumi tanpa permit, kemungkinan boleh didakwa kerana sembunyikan kematian. 
  • Janin yang mati dalam kandungan tak perlu disolatkan. Tapi jika bayi dilahirkan hidup, kemudian meninggal maka wajib solat jenazah ke atasnya. 
  • Kaedah sama seperti tanam uri tapi ibu ayah kena minta permit terlebih dahulu. 

Semoga bermanfaat.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Astro AwaniOh bulan

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comtrauma-tumpul-kes-kematian-bayi/web-view/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan