6 cara mudah untuk tanam uri, panduan berguna buat si ayah

Uri perlu diuruskan dengan sebaiknya supaya tidak membusuk. Oleh itu, ayah harus tahu cara tanam uri dan menguruskannya kerana uri sebahagian organ manusia
Selepas bersalin, pihak hospital akan memberi sebungkus plastik berisi uri di dalamnya. Kemudian, menjadi kewajipan ayah untuk menguruskan uri tersebut dengan sehabis baik kerana ia sebahagian daripada organ manusia. Berikut merupakan cara tanam uri sebagai panduan si ayah.
Cara yang ditunjukkan ini sangat mudah dan ringkas. Pasti para suami dapat melakukannya sendiri tanpa rasa ragu-ragu.
Jom kongsikan dengan suami anda, ya!
Sebelum itu, apakah fungsi uri ini?
- Fungsi uri yang pertama adalah untuk membekalkan zat untuk bayi dalam perut. Darah dari ibu akan mengalir masuk ke dalam tubuh bayi melalui uri.
- Darah yang mengalir itu mengandungi oksigen, glukosa dan zat yang penting bagi perkembangan bayi.
- Melalui uri juga bayi dibekalkan oksigen dan membuang karbon dioksida dari tubuhnya
- Sumber hormon estrogen dan progesterone yang penting bagi ibu dan bayi.
Cara tanam uri selepas membasuhnya
Ketika mencuci uri, anda perlu menyediakan lima bahan utama iaitu uri, garam, asam jawa, limau (jika perlu) dan kain putih.
Caram tanam uri #1: Bawa balik uri ke rumah
Bawa balik uri yang diberikan pihak hospital ke rumah. Jika terpaksa menunggu 24 jam sebelum balik, masukkan dahulu uri tersebut ke dalam peti sejuk supaya ia tak busuk.
Cara tanam uri #2: Guna garam kasar
Tengok di dapur ada tak garam kasar, kalau habis beli dulu di kedai. Kemudian guna limau purut jika uri sudah berbau busuk.
Limau itu hanya bertujuan untuk hilangkan bau sahaja. Kalau tak ada sebarang bau, tak payah guna pun tak apa.
Cara tanam uri #3: Buka plastik depan air paip
Basuh uri dan buangkan darah yang terdapat pada uri dengan garam, asam jawa dan limau sehingga darah yang mengalir itu hilang secara menyeluruh.
Cara tanam uri #4: Bungkus uri elok-elok
Setelah selesai membasuh uri, bungkus uri itu elok-elok dengan kain putih dan ikatnya dengan ketat. Kemudian, bawa ke tempat yang nak ditanam.
Pastikan tanah yang hendak ditanam uri itu lembut supaya mudah untuk dicangkul.
Cara tanam uri #5: Cangkul tanah dalam-dalam
Diingatkan para suami untuk cangkul tanah lebih dalam supaya dapat mengelakkan binantang liar daripada terbau uri tersebut.
Paling tidak, tindih tanah itu dengan batu besar supaya binatang liar tak boleh gali semula.
Cara tanam uri #6: Baca bismillah dan selawat
Ketika tanam uri tak perlu menghadap kiblat atau bacaan mantera yang mengarut. Cukup sekadar bismillah dan selawat ke atas Nabi.
Kemudian panjatkan rasa syukur kepada Tuhan yang memberi uri tersebut sebagai peneman bayi ketika dalam kandungan.
Alhamdulillah, selamat sudah si ayah menanam uri tersebut. Kemudian, anda harus menemani isteri sepanjang tempohnya berpantang.
Waktu ini suami harus hargai dan rasai kepenatan isteri menjaga anak dan menguruskan segala keperluan rumahtangga sebagai tanda cinta isteri kepada suaminya.
Semoga cara tanam uri ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share pada pasangan anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: The Vocket
Baca juga:
Retensio Plasenta, waspada komplikasi akibat uri tertinggal dalam rahim