Boleh atau tidak bayi minum air kelapa? Anda pasti terkejut tahu manfaat ini!

lead image

Tahukah anda manfaat bayi minum air kelapa? Di sini, kami berkongsi maklumat penting yang anda perlu tahu jika ingin beri anak minum air kelapa ini.

Nikmatnya bila dapat minum air kelapa muda letak ais atau coconut shake bersama topping ais krim. Fuh! Rasa indahnya hidup. Itu bagi orang dewasa. Bagaimana pula dengan bayi? Bolehkah bayi minum air kelapa ini dan bila? 

Mengikut pengalaman saya, saya berikan air kelapa pada bayi ketika umurnya 6 bulan. Masa itu pun beri minum air kelapa sebab demam campak. Orang tua-tua kata elok kalau bagi minum. 

Malah, masyarakat percaya bayi minum air kelapa boleh merawat pelbagai jenis penyakit, tidak hanya mencegah dehidrasi atau mengurangkan risiko masalah kesihatan lain. Kandungan vitamin dan mineral membuatkan air kelapa menjadi air minuman kesihatan untuk anak.

Apatah lagi, kandungan nutrisi air kelapa membantu tubuh bayi melawan pelbagai penyakit. Bahkan, ketika ibu mengandung pun saat berada di timester ketiga, ibu digalakkan minum air kelapa kerana banyak khasiat yang bagus untuk ibu dan bayi dalam kandungan. 

bayi minum air kelapa, bayi minum air, bayi suka air kelapa, kelapa muda, air kelapa muda, bayi minum air kelapa muda, khasiat buah kelapa muda pada bayi

Bayi minum air kelapa: Bila waktu yang sesuai?  

Pakar kesihatan memberi cadangan yang bayi boleh minum air kelapa sewaktu usianya mencecah 6 atau 8 bulan ke atas. Walaubagaimanapun, menurut pakar, adalah lebih baik ibu hanya menggunakan air kelapa sahaja tanpa isi kelapa dalam menu seharian bayi.

Hal ini kerana, seperti yang kita tahu, bayi mula makan ketika 6 bulan ke atas jadi ketika menyediakan makanan bayi seperti puri atau bubur, ibu boleh menggantikan air kelapa selain air kosong ke dalam makanan itu.

Secara tak lansung anak anda akan dapat nutrisinya. Pasti bayi akan terasa keenakannya malah makan pun bertambah. Kenyang perut si kecil senang la hati bonda! 

Bayi minum air kelapa: Kelebihan dan manfaatnya 

1. Membantu tubuh dari dehidrasi 

 
Tapi tak mengapa sebab air kelapa mengandungi vitamin, mineral dan garam yang sangat membantu tubuh dari dehidrasi. Terutama bila anak semakin aktif setiap hari, jadi dengan air kelapa membantu tubuh mereka dari kering. 
bayi minum air kelapa, bayi minum air, bayi suka air kelapa, kelapa muda, air kelapa muda, bayi minum air kelapa muda, khasiat buah kelapa muda pada bayi

kredit: Hello Sihat

2. Bantu masalah sembelit 

Masalah sembelit juga sering menyerang bayi yang mungkin berpunca dari pemakanannya atau susu formula. Kadang-kadang ibu akan rasa sedikit bimbang bila anak tak buang air besar saban hari ada yang sampai 3 hingga ke 4 hari tak membuang.

Tapi bila bayi minum air kelapa ini, sedikit sebanyak masalah sembelitnya akan berkurangan dan boleh buang air besar seperti selalu. 

3. Bantu masalah bayi muntah 

Apabila bayi minum air kelapa, ia membantu masalah muntah-muntah. Hal ini kerana, kemanisan dan kesedapan air kelapa mengurangkan masalah muntah ini berbanding dengan minum air masak biasa yang tawar.

Bahkan perut bayi akan berasa selesa setelah meminumnya. 

4. Merawat saluran kencing 

Apabila bayi minum air kelapa, ia dapat juga membantu masalah jangkitan kuman pada saluran kencing anak.

Selain itu, air kencing anak akan jadi jernih dan mudah untuk dibuang serta apa-apa bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam tubuh dapat dicegah dengan air kelapa ini.  

Bayi minum air kelapa: 7 kandungan nutrisi air kelapa 

  • Air: Yalah, dah nama pun air kelapa tentulah ada air kan? Tapi, air kelapa mengandungi 95% air di dalamnya dan 5% nutrisi dan mineral. Disebabkan itu, air kelapa menjadi alterantif kedua untuk legakan kehausan dan keletihan. 
  • Rendah kalori: Air kelapa ini tak adalah bebas kalori tapi ia mengandungi kalori yang rendah iaitu sebanyak 42 kalori bersamaan 240g. 
  • Potasium: Ini adalah mineral penting dalam badan untuk otak dan sistem saraf supaya berfungsi dengan lancar. Ada kajian berpendapat, air kelapa menyumbang 13% potasium. 
  • Magnesium: Air kelapa turut mengandungi sebanyak 32% mangnesium yang mencukupi. 
  • Copper: Air kelapa juga terkandung copper sebanyak 11% iaitu membantu metabolisma badan. 
  • Sitokinin: Kandungan sitokinin juga mampu melambatkan perkembangan sel kanser dan proses penuaan. 
  • Antioksida: Kandungan antioksida tinggi dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas. 

Info penting anda perlu tahu: 

  • Minum air kelapa terus dari buahnya. 
  • Minum secara perlahan-lahan dan tak tergesa. 
  • Jangan beri bayi minum air kelapa sekiranya alergi.
  • Jangan berikan minum air kelapa pada bayi ketika makan ubat.
  • Jangan beri isi kelapa pada bayi kerana ususnya belum cukup kuat untuk proses.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia, Mr Tengku Asmadi, Cara Khasiat Manfaat 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda – mengikut umur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner