"Anak Ibu Dah Hensem!" Wanita Kongsi Wajah Anak Lepas Pembedahan Mulut Sumbing , Comel Betul!

Memiliki bayi mulut sumbing ternyata mengajar ibu ini erti sabar. Dia berkongsi perjalanan pembedahan anaknya untuk inspirasi kepada ibu bapa lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak cabaran memiliki bayi mulut sumbing. Antaranya termasuklah kena mendengar cakap-cakap orang sedangkan pelbagai rawatan boleh dilakukan seperti pembedahan untuk memulihkan mulut yang sumbing.

Bagaimanapun, persepsi masyarakat yang merasakan jika melahirkan bayi mulut sumbing ini pasti ada perbuatan salah dilakukan ibu atau bapa bayi semasa mereka dalam kandungan kadang kala mendatangkan rasa sedih pada mereka yang mengalaminya.

Mungkin sudah tiba masanya masyarakat mengubah persepsi mereka. Sudah-sudahlah dengan kepercayaan lama yang tiada asasnya itu, adalah lebih baik anda menambah ilmu dengan membaca lebih banyak mengenai perkara ini.

Dulu mulut sumbing, kini dah makin hensem lepas pembedahan!

kredit: azlindaziz87

Berkongsi mengenai perkara itu, pengguna aplikasi TikTok, azlindaziz87 memuat naik mengenai perjalanan pembedahan anaknya. Beliau mengakui memiliki anak yang lahir dengan mulut sumbing mengajar beliau sekeluarga erti sabar. 

Allahuakbar, sungguh indah pemberiannya, hadir kamu mengajar ibu erti sabar.

Menurutnya pembedahan kali ini adalah langkah kedua untuk penyembuhan seterusnya. Sebelum melalui pembedahan ini, beliau turut berkongsi anaknya dipakaikan braces khas untuk mulut sumbing. 

Pendakap khas untuk bibir atau lelangit sumbing

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: azlindaziz87

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir atau lelangit sumbing akan menerima rawatan ortodontik di dalam ‘jalur rawatan sumbing’ sehingga mereka mencapai usia 21 tahun.

Apabila semua gigi dewasa telah keluar (biasanya pada awal tahun remaja), pendakap boleh dipasang untuk memastikan gigi itu lurus.

Mereka yang dilahirkan dengan bibir atau lelangit sumbing yang tidak menjalani rawatan ortodontik ketika mereka masih muda masih boleh mendapat manfaat daripada menjalani rawatan ortodontik sebagai orang dewasa dengan rawatan tertentu. 

Kadang-kala, kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir sumbing akan mempunyai lekukan di gusi depan (alveolar) dan mungkin memerlukan pembedahan cangkuk tulang alveolar. Pembedahan ini akan melibatkan kemahiran pakar ortodontik dan pakar bedah sumbing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai rawatan seiring perkembangan usia

Ketika kanak-kanak semakin meningkat dewasa, wajah mereka akan terus membesar dan berkembang. Sebilangan kanak-kanak yang lahir dengan sumbing mungkin memerlukan pembedahan penjajaran rahang (pembedahan ortognatik) untuk membantu giginya menggigit dengan betul.

Pakar ortodontik bekerjasama rapat dengan anggota pasukan sumbing lain seperti pakar bedah, ahli terapi pertuturan dan bahasa serta psikologi klinikal untuk memastikan bahawa keluarga bersedia untuk menjalani pembedahan dan anak-anak mendapat rawatan pra dan pasca pembedahan terbaik bagi mendapatkan faedah maksimum dari pembedahan.

Peringkat pembedahan sumbing yang perlu anda tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumbing adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu. Menurut laporan Berita Harian, rawatannya memerlukan pelbagai jenis pakar termasuklah pakar ortodontik, pakar telinga, telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar pemakanan, pakar pertuturan, pakar kanak-kanak dan pakar bius.

#1. Pembedahan sumbing bibir

  • Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan hemoglobin dalam darah mencecah 10 gram
  • Berat bayi lima kilogram
  • Umur bayi mencecah 10 minggu

#2. Pembedahan lelangit

  • Apabila bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan

#3. Rawatan susulan selepas sumbing juga penting untuk perkembangan seseorang individu. Antaranya termasuklah:

  • Terapi pertuturan
  • Rawatan gigi
  • Rawatan tampalan gusi
  • Pembedahan hidung dan tulang muka
  • Pembedahan lain sekiranya perlu

Sumbing lebih banyak berlaku pada bayi lelaki berbanding perempuan

Sumbing lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan yang mana nisbahnya adalah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi sumbing termasuklah: 

  • Masalah pemakanan (kesukaran mengunyah dan menelan) tetapi tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.
  • Masalah pendengaran
  • Masalah pertuturan dan bahasa
  • Masalah gigi dan ortodontik
  • Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah
  • Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.
  • Masalah saluran pernafasan

Punca masalah sumbing

Sehingga kini punca utama masih belum diketahui. Bagaimanapun ada beberapa faktor yang mungkin boleh menyumbang kepada sumbing mulut, ia termasuklah:

#1. Faktor genetik

  • Kromosomal trisomy 13 atau 21 (Sindrom Down)
  • Sindorm Van Der Woude
  • Sindrom Treacher Collins
  • Sindrom Stickler
  • Sindrom Velokardiofasial
  • Pierre Robin Sequence

#2. Faktor persekitaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kekurangan khasiat pemakanan – asid folik, vitamin B6
  • Kafein dan alkohol
  • Merokok
  • Ubat : phenytoin ,steroids
  • Infeksi viral : rubella
  • Pendedahan kepada sinar X
  • Altitud tinggi

Jenis sumbing

Sumbing atau klef (cleft) ada pelbagai jenis dan peringkat. Ia termasuklah:

  • Klef bibir mikroform
  • Klef bibir tidak lengkap +/-klef lelangit
  • Klef bibir sebelah kiri +/- klef lelangit (L)
  • Klef bibir sebelah kanan +/- klef lelangit (R)
  • Klef bibir kiri dan kanan +/- klef lelangit (Bilateral cleft lip +/- cleft palate)
  • Klef lelangit penuh ( complete cleft palate)
  • Klef lelangit sekunder ( cleft secondary palate)
  • Klef lelangit submucous ( submucous cleft palate)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: azlindaziz87 

Baca juga: Panduan lengkap cara menyusu bayi yang sumbing (cleft lip)

Baca juga: Jika Sudah Ditakdirkan Bayi Sumbing, Usah Terlalu Risau, Ikut 11 Tips Ini!

Baca juga: 3 Jenis Kecacatan Kelahiran, Simptom Dan Rawatannya, Bakal Parents Mesti Tahu!

Penulis

Lala Annuar