X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Ditemui Masih Hidup Dalam Longkang Selepas Tercampak Keluar Dari Kereta Yang Terlibat Dalam Kemalangan

22 Sep, 2021
Bayi Ditemui Masih Hidup Dalam Longkang Selepas Tercampak Keluar Dari Kereta Yang Terlibat Dalam Kemalangan

Keadaan boleh jadi sangat lain untuk bayi ini, tetapi syukur nasib menyebelahinya. Sesungguhnya bayi ajaib.

Keajaiban terjadi dan nasib sangat menyebelahi si kecil ini! Di Arkansas, seorang bayi ditemui hidup selepas dia terkeluar dari kereta apabila terlibat dalam kemalangan, lapor CNN.

Sebuah treler-traktor telah berlanggar dengan kereta yang dinaiki Bryce, bayi berusia 8 bulan itu dan keluarganya. Kereta mereka hilang kawalan dan berputar melanggar penghadang jalan rasa, menyebabkan bayi itu terkeluar.

Ibu bayi tersebut, Jakesia Colson mencari anaknya ibu selama hampir 30 minit. Apabila dia tidak dapat mendengar sebarang tangisan atau jeritan, dia mula panik.

Tetapi, syukur kerana bayi ditemui oleh pihak berkuasa dalam keadaan selamat di dalam longkang banjir 25 kaki dari tempat kejadian. Selain daripada kesan calar di dahinya, dia tidak mempunyai sebarang kecederaan lain.

"Dia tidak menangis, dia tidak menjerit, dia hanya duduk diam di sana menunggu kami"

"Dia seolah-olah menghulurkan tangannya, bersedia untuk diangkat," Kapten Charlie Smith memberitahu CBS News. "Terlalu banyak kejadian yang tidak baik bila kami keluar. Dan di kala musim percutian hampir tiba, kejadian yang positif - ia rasa sungguh bagus."

"Bayi itu sedang duduk dan melihat ke atas, menanti kami mengangkatnya," kata pegawai bomba Josh Moore.  "Dia tidak menangis, dia tidak menjerit, dia hanya duduk diam di sana menunggu kami. Ini pasti ketentuan Tuhan untuk dia berakhir dalam keadaan yang OK."

bayi ditemui

Pihak berkuasa fikir bayi itu telah tergolek ke bawah bukit dan ke dalam longkang. Bayi itu dan keluargnya di bawa ke hospital. Kecuali pemandu kereta itu yang masih dalam pemulihan, mereka yang lain boleh keluar dari hospital.

Polis memberitahu yang bayi ditemui berada di dalam tempat duduk bayi (cara seat), tetapi tali tidak dipasang dengan betul. Tempat duduk bayi (car seat) juga tidak dipasang dengan betul, namun keluarga itu tidak di dakwa. Pemandun traktor yang telah melanggar kereta tersebut telah didakwa kerana menukar laluan dengan cara yang salah.

"Dia boleh mati, namun dia masih hidup dengan tiada kecederaan," Colson memberitahu CBS News. "Saya rasa seperti Tuhan telah mengangkat dia keluar dari kereta dan meletakkan dia di situ. Dia masih hitam. Dia bayi ajaib saya."

bayi ditemui

Tips Memasang Car Seat Dengan Betul

Dengan hanya meletakan bayi anda di dalam tempat duduk bayi (car seat) sahaja tidak cukup untuk memastikan keselamatannya. Anda harus memastikan 'car seat' itu dipasang dengan betul, dan tali pingggang keselamatan telah dipasang dengan baik.

73% 'car seat' yang digunakan tidak dipasang dengan betul, jadi pastikan anda membaca manual 'car seat' itu dan menggunakan ia dengan betul. Ini adalah beberapa tips bagi memastikan penggunaan 'car seat' yang betul.

1. Beli 'car seat' yang betul

bayi ditemui

Sentiasa periksa label bagi memastikan ia sesuai dengan umur, berat dan tinggi anak anda. 'Car seat' juga mempunyai tarikh luput - bahan akan rosak dan standard keselamatan menurun mengikut masa - jadi pastikan label menyatakan ianya masih selamat untuk digunakan.

2. Gunakan tempat duduk belakang

Pastikan semua kanak-kanak di tempat duduk belakang - secara jeneral, ia tempat paling selamat ketika kemalangan - sehingga mereka lebih kurang 13 tahun.

3. Pandang belakang atau pandang hadapan?

Anak anda sepatutnya berada di dalam keadaan pandang belakang hingga dia berusia lebih kurang 2 tahun. Apabila andak anda sudah terlalu besat untuk 'car seat', barulah tukarkan dia ke pandang hadapan.

4. Ujian inci

Bayi Ditemui Masih Hidup Dalam Longkang Selepas Tercampak Keluar Dari Kereta Yang Terlibat Dalam Kemalangan

Sesudah memasang 'car seat', cuba tunda / tarik ia di bahagian laluan tali pinggang keselamatan. Anda sepatutnya tidak dapat menggerakan ia lebih dari 1 inci sama ada ke tepi, ke hadapan, atau ke belakang.

5. Ujian cubit

Periksa manual 'car seat' anak anda dan pastikan tali pinggang keledar melalui slot yang betul. Pastikan juga tali pinggang keledar itu dalam keadaan yang ketat. Klip dada patut berada di paras ketiak anak. Cuba cubit tali pinggang keledar di atas bahu anak; jika tidak dapat dicubit, maka anda memasang dengan betul.

6. Belajar memasang 'car seat' dengan betul

Sentiasa membaca manual dahulu. Anda juga boleh mendapatkan nasihat yang lebih pakar untuk kepastian.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan

Baca juga: Sayu, Ibu & Bayi Berusia 6 Bulan Maut Dalam Nahas Jalan Raya Babitkan Dua Kenderaan

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Baca juga: Dugaan Berganda: Seorang Ibu Hilang Suami & Anak Yang Maut Dalam 2 Kemalangan Berbeza!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Ditemui Masih Hidup Dalam Longkang Selepas Tercampak Keluar Dari Kereta Yang Terlibat Dalam Kemalangan
Kongsikan:
  • Setelah rahsianya ditemui polis, gadis 18 tahun yang hilang selama 24 tahun ditemui

    Setelah rahsianya ditemui polis, gadis 18 tahun yang hilang selama 24 tahun ditemui

  • Bayi Maut Selepas Bermain Dengan Telefon Pintar Yang Sedang Mengecas

    Bayi Maut Selepas Bermain Dengan Telefon Pintar Yang Sedang Mengecas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Setelah rahsianya ditemui polis, gadis 18 tahun yang hilang selama 24 tahun ditemui

    Setelah rahsianya ditemui polis, gadis 18 tahun yang hilang selama 24 tahun ditemui

  • Bayi Maut Selepas Bermain Dengan Telefon Pintar Yang Sedang Mengecas

    Bayi Maut Selepas Bermain Dengan Telefon Pintar Yang Sedang Mengecas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.