X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jika Sudah Ditakdirkan Bayi Sumbing, Usah Terlalu Risau, Ikut 11 Tips Ini!

4 min bacaan
Jika Sudah Ditakdirkan Bayi Sumbing, Usah Terlalu Risau, Ikut 11 Tips Ini!

Mungkin ada ibu bapa di luar sana buntu apabila dapat tahu bayi sumbing. Jangan putus asa, kami kongsikan tips untuk anda hari ini!

Mungkin ada ibu bapa yang terus rasa down bila dapat tahu bayi yang akan atau sudah dilahirkan adalah bayi sumbing atau klef. Tetapi segalanya sudah ditentukan.

Apa kata anda positif dan gali ilmu sebanyak mungkin mengenai sumbing atau klef ini supaya anda boleh bantu bayi anda mendapat kehidupan lebih baik.

Apa yang penting, dapatkan nasihat pakar dan doktor kerana bayi sumbing ini bukanlah selamanya mereka akan sumbing kerana ada rawatan tertentu yang boleh memulihkan mereka.

Bayi sumbing bukan sepanjang hayat

bayi sumbing

Kredit: alodokter

Bayi yang dilahirkan dengan keadaan bibir sumbing dan lelangit merekah mempunyai harapan cerah tampil sempurna melalui pembedahan plastik dan rawatan terapi.

Bagaimanapun, rawatan pemulihan mungkin mengambil tempoh panjang sehingga 20 tahun kerana usaha itu perlu dijalankan secara berperingkat.

Proses rawatan pula, membabitkan pelbagai bidang kepakaran iaitu Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), pergigian, pembedahan plastik, terapi pertuturan dan kaunseling klinikal genetik untuk keluarga.

Kaedah penyusuan bayi sumbing

bayi sumbing

Kredit: theasianparent

Salah satu kebimbangan ketara di kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi yang lahir dengan masalah sumbing adalah bagaimana cara untuk menyusukan bayi mereka.

Pada 24 jam pertama kelahiran, bayi klef akan diberi minum susu melalui tiub oro-gastrik. Selepas itu, jururawat laktasi klef, pakar kanak-kanak dan/atau pakar pergigian pediatrik akan membantu ibu dengan memperkenalkan cara penyusuan bayi yang diubah suai untuk bayi sumbing.

Ini akan memastikan bayi mendapat nutrisi yang sewajarnya dan mengurangkan perasaan stres di kalangan ibu.

Bolehkah mereka menyusu secara normal?

bayi sumbing

Kredit: mediaindonesia

Bukaan ke dalam mulut dari hidung kerana klef menyebabkan kebocoran udara dan menjejaskan hisapan yang berkesan. Bayi yang hanya mempunyai klef bibir boleh menghisap dengan baik dari botol atau buah dada.

Sekiranya klef melibatkan bibir dan gusi,hisapan bayi berkemungkinan akan berkurang dan bayi akan memerlukan bantuan dengan menggunakan botol yang lembut dan boleh dipicit atau puting yang laju aliran susunya.

Cadangan penyusuan botol bayi sumbing

Ada botol susu yang direka khas untuk bayi sumbing jadi anda boleh cuba dapatkannya untuk memudahkan penyusuan anak anda. 

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
  1. Penyusuan kerap (setiap 3 jam) adalah merupakan perkara biasa dalam 3 minggu pertama kelahiran
  2. Beri ibu dan bayi sedikit masa untuk mempelajari cara penyusuan yang mungkin akan mengambil lebih sedikit masa. Cuba hadkan penyusuan kepada 30 minit sahaja dengan penambahan 10 minit lagi utuk sendawa
  3. Bayi akan didukung pada posisi separuh menegak (sudut 45 darjah) untuk menghadkan jumlah cecair memasuki hidung.
  4. Kepala dan bahu bayi ditampung dengan satu tangan dan botol dipegang dengan tangan yang satu lagi. Letakkan sehelai selimut yang dilipat atau bantal di bawah siku sekiranya ibu selesa mengendong bayi di sikunya.
  5. Cuit bibir bawah bayi atau di sudut mulutnya dengan puting dan letakkannya di atas lidah sejurus sahaja kepala bayi berpusing ke arah puting dan membuka mulut dengan sendirinya
  6. Setelah puting berada di dalam mulut bayi, biarkan bayi menghisap dan bernafas beberapa kali sebelum memicit botol. Mulakan dengan picitan yang lembut dan perlahan-lahan menambah tekanan picitan
  7. Puting botol harus diletakkan selari dengan lantai mulut supaya mulut bayi tidak penuh dengan susu untuk beberapa telanan pertama.
  8. Sejurus bayi selesa bernafas dan menelan, botol boleh ditegakkan sedikit lagi untuk puting dipenuhi susu.
  9. Ibu tidak perlu risau untuk melihat sedikit lelehan susu keluar dari lubang hidung. Sekiranya jumlah cecair banyak di dalam rongga hidung, atau keluar dari mulut, palingkan bayi ke depan atau ke sisi.
  10. Susu lebihan akan keluar mengikut tarikan graviti
  11. Keluarkan puting dari mulut bayi sekiranya kelihatan tanda-tanda kesukaran penyusuan seperti batuk, tidak bernafas selepas 3-4 hisapan atau tanda-tanda cemas di muka bayi. Setelah bayi kembali tenang , mulakan semula penyusuan perlahan-lahan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: myhealth, berita harian

Kredit foto: honestdoc, bukareview

Baca juga:  Panduan lengkap cara menyusu bayi yang sumbing (cleft lip)

Baca juga: Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan ‘Terkenan’

Baca juga: Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jika Sudah Ditakdirkan Bayi Sumbing, Usah Terlalu Risau, Ikut 11 Tips Ini!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham