Bayi Demam Kuning Lama/ Prolonged Jaundice, Ini Punca & Petua Berkesan Untuk Ibu Cuba

Jaundice atau demam kuning bayi adalah perkara kerap berlaku beberapa minggu selepas kelahiran. Ia memerlukan anda kerap ulang alik ke klinik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Prolonged jaundice itu apa? Pasti ibu ayah ada mendengar pelbagai petua tradisional untuk mengurangkan masalah kuning atau prolonged jaundice (jaundis) pada bayi baru lahir kan?

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk kuning bayi turun cepat dan mengapakah anak sendiri boleh terkena kuning?

Di sini kami menghuraikan punca dan cara rawatan yang betul untuk mengatasi baby kuning lama atau prolonged jaundice pada bayi baru lahir.

Baby kuning lama atau prolonged jaundice

Prolonged jaundice ialah penyakit baby kuning yang berpanjangan. Biasanya masalah ini disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah dan berlanjutan terjadi kepada bayi berusia lebih dari 2 minggu (matang) atau 3 minggu (pra-matang)1.

Apabila baby kuning lama atau prolonged jaundice, kulit atau mata putih mereka akan menjadi kekuningan secara tidak langsung pasti cetus kebimbangan kepada ibu bapa.

Punca baby kuning lama

  • Susu ibu (breast milk jaundice):  Bacaan kuning bayi tinggi yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional. Bayi selalunya aktif, berat badan meningkat dan najis berwarna kuning.
  • Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat (Biliary Atresia). Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
  • Punca kuning bayi: Kekurangan hormon tiroid (congenital hypothyroidism): Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat2.

Bacaan kuning bayi

Bacaan kuning bayi normal adalah kurang daripada 5 mg/dL. Sebarang bacaan lebih daripada 5 mg/dL dianggap sebagai jaundis.

Sebagai panduan ibu baharu, berikut bacaan kuning bayi normal mengikut hari yang biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.

  • Newborn <1 hari <6.0 mg/dL @ 102.6 umol/L
  • Bacaan kuning bayi normal: Usia 1-2 hari <8.7 mg/dL @ 148.8 umol/L
  • Usia 2-3 hari <10.0 mg/dL @ 171.0 umol/L
  • Normal jadual bacaan kuning bayi mengikut hari: Usia 3-4 hari <11.0 mg/dL @ 188.1 umol/L
  • Bacaan kuning bayi normal Usia 4-5 hari <12.0 mg/dL @ 205.2 umol/L
  • Bacaan kuning bayi normal: Usia 5-14 hari <10.0 mg/dL @ 171.0 umol/L
  • Usia 14-28 hari <2.0 mg/dL @ 34.2 umol/L

Fototerapi mungkin diperlukan sekiranya bacaan kuning bayi kkm jauh lebih tinggi dengan mengambil kira berapa hari bayi sudah lahir, kadar kenaikan bacaan bilirubin, berat badan bayi dan lain-lain lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun ibu ayah perlu merujuk doktor terlebih dahulu untuk memastikan jika demam kuning bayi memerlukan fototerapi.

Tempoh kuning bayi yang dianggap prolonged jaundice?

Bagi bayi yang dilahirkan 37 minggu dan ke atas dan bacaan kuning bayi masih melebihi 5mg/dl selepas 14 hari bayi tersebut mengalami prolonged jaundice.

Manakala bagi bayi pra-matang, bacaan kuning bayi melebihi 5mg/dl selepas 21 hari dikira bayi tersebut mengalami prolonged jaundice.

Kuning bayi yang berpanjangan biasanya tidaklah bahaya, tetapi boleh menjadi tanda masalah hati yang serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Golongan bayi berisiko mengalami demam kuning lama

Ada beberapa kumpulan bayi berisiko dan lebih mudah mengalami demam kuning yang begitu lama. Antaranya:

  • Bayi pramatang berisiko demam kuning
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi yang kekurangan G6PD berisiko tinggi mengalami demam kuning
  • Bayi yang tidak mempunyai kumpulan darah sama dengan ibunya
  • Ibu mempunyai masalah Rhesus Negatif (RH-Ve)
  • Ibu dari kumpulan darah O

Simptom demam kuning bayi yang lama 

Sekiranya penyakit kuning bayi terjadi pada si manja anda yang baru lahir dengan beberapa simptom berikut, segeralah membawanya ke pusat perubatan untuk rawatan.

  • Kurang aktif, tidak sihat dan demam kuning
  • Demam kuning bayi tinggi sehingga ke paras pusat
  • Penyakit kuning bayi membuatkannya jadi enggan menyusu
  • Penyakit kuning bayi membuatkannya mengalami kekejangan
  • Penyakit kuning bayi melebihi 14 hari
  • Najis bayi menjadi pucat atau air kencing berwarna kuning

Mitos bayi kuning yang ibu ayah tidak boleh percaya

  • Memberi susu kambing
  • Memberi air kepada bayi
  • Mitos bayi kuning: Memberi bayi jus anggur atau madu asli
  • Pendedahan kepada cahaya matahari
  • Mitos bayi kuning: Menyapu herba tertentu pada kulit bayi
  • Mengelakkan herba, halia dan kunyit yang terkandung dalam makanan ibu
  • Berhenti menyusu badan sehari ke dua hari untuk mengurangkan bayi kuning

Rawatan bayi kuning lama atau prolonged jaundice

Kalau ibu dan ayah hendak tahu, sebenarnya cara paling mudah untuk turunkan bacaan bayi kuning dengan cepat ialah beri bayi penyusuan yang berterusan supaya si manja kerap untuk membuang. Ini adalah fakta yang diperakui oleh pakar kesihatan sendiri.

Dengan meningkatkan penyusuan ketika bayi kuning, bilirubin dalam darah bayi akan diproses melalui hati dikeluarkan melalui najis kencing dan berak.

Terdapat dua jenis rawatan untuk bayi kuning lama iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Rawatan fototerapi

Fototerapi bertujuan untuk meningkatkan pembuangan bilirubin daripada darah. Ia juga merupakan pendedahan tubuh badan dengan cahaya panjang gelombang yang tertentu3.

Bacaan kuning bayi tinggi biasanya akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Diingatkan supaya jangan biarkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana membahayakan bayi anda.

#2. Pertukaran darah

Jika kadar bilirubin dalam darah bayi terlalu tinggi, rawatan terakhir adalah pertukaran darah perlu dilakukan. Rawatan ini adalah cara yang terakhir jika bayi masih mengalami bacaan kuning tinggi yang berpanjangan4.

Kalau dibiarkan ia akan menyebabkan kerosakan pada otak bayi. 

Cara hilangkan kuning bayi mengikut orang lama

  • Cara hilangkan kuning bayi: Susukan bayi dengan kerap.
  • Mandikan bayi dengan air daun inai. Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis.
  • Petua hilangkan kuning bayi: Elakkan makan jamu & herba. Apabila anak terkena jaundis, para ibu dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jamu & herba seperti lada hitam, kunyit, dan halia kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan jaundis lambat pulih.
  • Petua hilangkan kuning bayi: Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi. Awal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja, lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik.
  • Cara turunkan kuning bayi: Mandikan dengan air rebusan pokok dukung anak. Ambil secekak pokok daun anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam & mandikan bayi anda. Insya Allah kuning akan berkurangan.
  • Cara hilangkan kuning bayi paling berkesan: Mandikan bayi dengan air teh. Cara hilangkan kuning bayi paling berkesan dan paling mudah. Apabila mandikan bayi, masukkan sedikit air teh.

Cara hilangkan kuning bayi dalam islam

Seorang ibu berkongsikan cara hilangkan kuning bayi dalam Islam yang diperoleh daripada seorang ustaz ketika mereka kebetulan berjumpa semasa masuk wad hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ambil beberapa tali agar-agar (jenis bertali) rendamkan semalaman
  • Keesokkannya guna air rendaman agar-agar tadi untuk mandikan anak
  • Sebaiknya tenggelamkan badan anak kena kuning dalam bath tub 10-15min
  • Jangan dibilas airnya,biarkan kering pada badan anak
  • Jangan lupa semasa siapkan air mandian anak, bacalah Al-Fatihah dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW.

Memohon supaya memberikan kesembuhan untuk anak ats ikhtiar yang kita lakukan.

Cara mengelakkan bayi kuning ketika hamil

Ada beberapa cara turunkan kuning bayi yang boleh ibu cuba di rumah sebagai ikhtiar untuk mengurangkan risiko daripada bayi mendapat prolonged jaundice:

#1. Makan kurma ketika umur kandungan enam hingga sembilan bulan

Buah kurma mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat. Buah kurma mengandungi vitamin, mineral dan serat yang dapat menjauhkan daripada penyakit berbahaya.

#2. Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan

Susu kambing merupakan makanan sunnah. Makanan sunnah merupakan makanan yang diamalkan oleh Rasullullah. Sangat bagus jika ibu amalkan minum susu kambing semasa hamil terutama pada tempoh akhir kehamilan.

Susu kambing juga mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi. Malah mengandungi sodium yang rendah dapat menstabilkan tekanan darah ketika hamil.

#3. Amalkan pengambilan suplemen vitamin B

Pengambilan suplemen seperti vitamin B sepanjang kehamilan amat bagus untuk ibu yang sedang hamil. Sebagai contoh vitamin B-9 dapat membantu mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan kelahiran termasuk spina bifida dan kecacatan tiub saraf5.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah pengambilan vitamin B juga membantu menghasilkan sel darah merah dan menambah tenaga pada ibu sepanjang kehamilan yang sekaligus dapat mencegah bayi yang lahir mengalami masalah demam kuning atau penyakit lain.

#4. Amalkan minum jus pegaga

Buat para ibu, jus pegaga diminum bertujuan untuk perbanyakkan susu ibu. Selain mengambil vitamin sebagai makanan tambahan ibu dinasihatkan untuk lebihkan pengambilan sayuran hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan sayuran hijau yang lain.

#5. Elakkan minum kopi dan teh berlebihan

Bagi anda seorang yang sukakan minuman kafein dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan ketika hamil. Para ibu perlu memastikan mengambilan kafein tidak melebihi 200 miligram (mg) setiap hari.

Gantikan minuman berkafein ini dengan jus buah-buahan atau minuman tanpa kafein. Kafein bukan sahaja terdapat di dalam kopi tetapi ada dalam makanan lain seperti teh, coklat dan minuman tenaga.

#6. Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba

Dapatkan nasihat doktor yang sebelum para ibu mengambil ubat-ubatan terutama yang dijual di luar. Ubat sebarangan boleh mempengaruhi kesihatan bayi semasa dalam kandungan.

Oleh itu, ibu hamil perlu lebih peka dan buat kajian lebih awal terhadap ubat yang mahu diambil. Jika tidak pasti, rujuk doktor atau jururawat terlebih dahulu.

Adakah jaundis bayi baru lahir boleh dicegah?

Tidak ada cara untuk mencegah jaundis bayi baru lahir yang paling biasa. Kebanyakan kes berlaku kerana hati bayi tidak cukup matang untuk menyingkirkan bilirubin dalam aliran darah. Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan risiko jaundis bayi anda dengan:

  • Mendapat suntikan RHo-GAM jika jenis darah anda dikenal pasti sebagai Rh-negatif semasa kehamilan dan sekali lagi 72 jam selepas bersalin jika bayi anda Rh-positif
  • Memberi minum susu kepada bayi anda sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari, yang membantunya membuang air besar secara teratur dan mengeluarkan bilirubin daripada badannya.

Walaupun penting untuk memerhatikan simptom jaundis dan berbincang dengan pakar pediatrik anda dengan segera jika anda mengesyaki bayi anda mungkin menghidapnya, jaundis adalah keadaan yang boleh dirawat, terurus dan ringan yang mungkin akan hilang dalam masa beberapa minggu.

Semoga bermanfaat.

  1. National Center for Biotechnology Information. (2004, September 9). Prolonged neonatal jaundice: When to worry and what to do. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2724143/
  2. BMJ Journal (n.d.). Prolonged neonatal hyperbilirubinaemia in a case of congenital hypopituitarism. casereports.bmj.com/content/12/2/bcr-2018-228793
  3. The Royal Children’s Hospital Melbourne (n.d.). Jaundice in early infancy. www.rch.org.au/clinicalguide/guideline_index/Jaundice_in_early_infancy/
  4. National Center for Biotechnology Information. (2016, June). Exchange Transfusion for Severe Neonatal Hyperbilirubinemia: 17 Years’ Experience from Vojvodina, Serbia. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4789007/#:~:text=Exchange%20transfusion%20(ET)%20provides%20rapid,blood%20%5B4%2C%205%5D.
  5. Healthline (n.d.). How Important Are B Vitamins in Pregnancy?. www.healthline.com/health/pregnancy/b-vitamins

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi berisiko terkena penyakit kuning jika dilahirkan oleh ibu dengan darah jenis O?

Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!

Baca juga: Suami Dibenarkan Teman Isteri Bersalin Dalam Fasa Endemik, Ini SOP Terkini Perlu Dipatuhi!