Pernahkah anda mendukung si manja dan menyedari mereka seakan-akan tidak selesa? Ini mungkin kerana si manja sensitif terhadap sentuhan dan bukan kerana si manja tidak menyenangi anda. Ketahui punca dan bagaimana untuk mengawalnya!
Setiap manusia mempunyai 5 deria. Antara deria yang sensitif ialah deria sentuhan di mana manusia, haiwan malah tumbuh-tumbuhan juga mempunyai deria yang satu ini. Di kalangan manusia, bayi mempunyai deria sentuhan yang paling sensitif disebabkan oleh kulit mereka yang nipis.
Anda mungkin pernah menyedari si manja menunjukkan riak muka atau gerak-geri yang menandakan ketidakselesaan apabila disentuh oleh ibu bapa mereka sendiri, atau didakap oleh orang lain. Ini bukan bermakna si manja tidak menyukai anda, tetapi deria sentuhan mereka masih terlalu sensitif.
Tetapi, agak sukar untuk para ibu bapa untuk mengetahui jika anak mempunyai sensitiviti terhadap sentuhan jika mereka tidak meneliti tanda-tanda yang ditunjukkan oleh si manja.
Tanda-tanda Si Manja Anda Sensitif Terhadap Sentuhan
- Menjadi gatal-gatal apabila dipakaikan baju
Antara simptom yang ketara adalah apabila anak anda merasa tidak selesa ialah ketika mereka memakai sesuatu pakaian. Pakaian yang di jahit sendiri atau diperbuat dari bulu mungkin menyebabkan rasa gatal. Ini kerana mereka sensitif terhadap bahan yang digunakan. Oleh itu, agak sukar untuk si ibu atau bapa untuk mencari pakaian yang sesuai bagi kulit si manja.
- Bayi kelihatan stres apabila terdapat kontak
Selain itu, bayi juga mungkin akan rasa stres apabila kontak secara langsung dibuat dengan mereka. Stres ini mungkin tidak ketara tapi dapat dilihat melalui riak wajah mereka. Jadi, pastikan orang lain tidak menyentuh anak anda sesuka hati, dan biarkan si manja membiasakan diri bersama mereka dahulu sebelum membenarkan ia didukung atau didakap orang lain.
- Bayi Mudah Terganggu Apabila Berasa Sentuhan
Pernahkah anda cuba berinteraksi dengan si manja tetapi mereka seolah-olah tidak mempedulikan usaha anda untuk menjalinkan hubungan antara ibu bapa dan anak? Ini bukan bermakna si manja mempunyai masalah yang lebih serius. Janganlah anda terus memikirkan worst case scenario. Ia mungkin disebabkan si manja yang sensitif terhadap sentuhan merasakan bahawa terdapat sesuatu yang menyentuh mereka.
Mengapa Si Manja Saya Sensitif Terhadap Sentuhan?
Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab. Pernahkah anda terfikir apa punca-punca yang menyebabkan anak anda sensitif terhadap sentuhan? Anak anda mungkin menghidap penyakit atau mengalami kecelaruan.
Ahli saintis telah menemui beberapa penyakit yang menyebabkan rasa sensitif terhadap sentuhan. Antara penyakit yang ditemui adalah autism, ADHD, disleksia, OCD dan pelbagai lagi. Penyakit-penyakit tersebut mungkin menyebabkan gangguan terhadap saraf otak yang mengakibatkan deria sentuhan menjadi sensitif.
Bagaimana Saya Boleh Membantu Si Manja Saya?
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Oleh sebab itu, kami juga akan berkongsi kepada anda cara-cara anda boleh membantu si manja yang sensitif terhadap sentuhan untuk dapat menghilangkan sensitiviti terhadap sentuhan tersebut.
Disebabkan masalah sensitif terhadap sentuhan ini berpunca dari defisit integrasi deria motor, ia tidak dapat dirawat menggunakan ubat-ubatan. Langkah terbaik untuk mengatasi masalah deria rasa yang sensitif ialah dengan merujuk doktor pakar kanak-kanak. Mereka dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh anak anda dan dalam masa yang sama doktor juga dapat mengaturkan terapi terbaik untuk merawat masalah anak anda.
Secara menyeluruh, sebagai ibu bapa anda perlu mengenal pasti masalah yang hidapai oleh anak anda mahupun di rumah ataupun ketika berada di luar.
Jangan biarkan anak anda hadapi masalah tersebut seorang diri dan janganlah juga anda mendiagnosis masalah sensitiviti bayi dengan sendiri kerana diagnosis secara sendiri mungkin akan membawa komplikasi.
Jadi, bantulah anak anda supaya mereka dapat membesar dengan sihat dengan membawa mereka ke terapi seawal yang mungkin sebaik sahaja anda perasan akan tanda-tanda sensitiviti yang si manja tunjukkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Mental Health Matters
Baca juga: Tips Menjaga Kulit Bayi Baru Lahir, Parents WAJIB Tahu