Bayi Susah Tidur Bila Balik Lewat Malam, Ibu Ini Kongsi Adab Sebelum Masuk Rumah Elak Gangguan

Keluar rumah atau balik lewat malam boleh jadi punca bayi susah tidur malam dan menangis tanpa sebab. Mungkin ini salah satunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak tidak dengar pesan orang tua-tua dulu, jangan keluar rumah pada waktu Maghrib atau dan jangan kerap balik lewat malam? Rupa-rupanya, ada kaitan dengan punca bayi susah tidur malam.

Seperti pengalaman misteri yang diceritakan oleh seorang ibu, Aiza Abd Rahman menerusi aplikasi Thread yang mana mengalami kejadian anak susah tidur malam kerana mengalami gangguan makhluk halus.

Bayi Susah Tidur Malam Dan Menangis Tanpa Sebab

Ini macam misteri sedikit, tapi saya nak kongsi pengalaman saya. Masa anak saya masih bayi, saya sangat tegas untuk keluar rumah, terutama waktu hampir maghrib atau pulang malam atau lewat sangat.

Mungkin inilah antara sebab bayi susah tidur malam dan asyik menangis.

Setiap kali selepas saya bersalin, bila saya keluar rumah walaupun hanya pergi ke kedai depan rumah, sebelum melangkah kaki kanan masuk rumah, saya akan bagi salam dan baca ayat kursi.

Ada satu ketika, masa anak saya berumur 2 bulan, selepas pulang dari checkup, saya terus masuk rumah tanpa baca ayat kursi atau bismillah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malam itu, anak saya tak boleh tidur. Mata melilau-lilau, asyik pandang atas. Dia tak nak susu, popok tak basah, perut tak kembung, pampers pun okay, tapi tetap tak nak tidur dan asyik merengek. Semua serba tak kena.

Dah pukul 2 pagi, minyak telon dah sapu, zikir semua dah buat. Saya dah letih, hampir putus asa dan rasa nak tantrum. Naluri ibu terdetik mungkin sebab tak baca ayat kursi atau bismillah.

Jadi, saya terus baca ayat kursi 7 kali, 3 qul dan surah Al-Insyirah, selawat, dan hembus ke ubun-ubun dan seluruh badan anak saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak sampai 5 minit, anak saya terus tenang, tak pandang atas lagi, menguap dan tidur nyenyak tanpa bunyi. Alhamdulillah, semua itu kuasa Allah.

Saya syak ada hantu atau syaitan yang mengganggu anak saya. Mak saya selalu pesan, kalau ada bayi yang belum boleh bercakap, mereka boleh nampak benda-benda ghaib.

Pesanan Buat Ibu Ayah Yang Ada Anak Kecil

  1. Nak dekat maghrib, tutup tingkap, pintu, dan tirai.
  2. Kalau balik selepas petang senja, baca ayat kursi dan hembus ke seluruh badan anak-anak.
  3. Elakkan bawa bayi pergi ke hutan, camping, atau tempat yang ‘keras’ seperti laut dan tasik kerana bayi masih lemah dan mungkin mudah terjangkit penyakit.
  4. Kalau balik kerja, sebelum sentuh anak, baca ayat kursi dan cuci tangan atau gunakan sanitizer. Kalau sempat mandi pun bagus, bukan sahaja untuk hal-hal ghaib tetapi juga kerana bakteria.
  5. Pesan kepada orang yang datang nak jenguk bayi, jangan terus terkam dan cium bayi. Faham, mereka mungkin teruja nak tengok cucu atau anak buah, tapi baca ayat kursi dulu atau rehat 5-10 minit, bagi salam sebelum jumpa bayi. Kita tak tahu apa yang kita bawa dari luar.

Apa-apa pun, semua ini pesan mak saya. Kalau kita nak keluar ke mana-mana, berhati-hatilah, terutama kalau ada bayi kecil. Selalu baca ayat kursi dan bagi salam sebelum masuk rumah. Jangan lupa berdoa, kerana sebagai ibu bapa, pasti Allah mendengar doa kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Tidak Boleh Berenggang Tanda Anak Yang Sihat, Pakar Kongsi Cara Atasinya

Baca juga: Tiada Arah Dah, Ibu Terpaksa Bawa Buai Masuk Kedai Makan Sebab Anak Meragam Tak Henti!

Baca juga: Anak Tantrum Bukan Salah Parents, Doktor Kongsi Cara Atasi Tantrum Dengan Berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah