TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Arah Dah, Ibu Terpaksa Bawa Buai Masuk Kedai Makan Sebab Anak Meragam Tak Henti!

10 Nov, 2021
Tiada Arah Dah, Ibu Terpaksa Bawa Buai Masuk Kedai Makan Sebab Anak Meragam Tak Henti!

Anak meragam tak henti menyebabkan ibu ini terpaksa membawa buai masuk ke kedai makan! Nak buat macam mana, terpaksalah tebalkan muka demi anak.

Ragam setiap anak lain-lain. Jadi kali ini ada ibu yang terpaksa bawa buai masuk restoran kerana anaknya tidak berhenti meragam. Perkongsian ibu ini membuka mata semua bahawa tidak semua bayi sama.

Wanita ini yang berkongsi di laman TikTok mengenai kisahnya yang terpaksa membawa turun buai ke restoran buat ramai yang tampil mengatakan mereka juga pernah alami kejadian sama.

Tetapi tidak kurang juga yang mengecam kenapa perlu makan di kedai jika anak meragam.

Terpaksa bawa buai masuk restoran, anak meragam tak henti

Apa pun, ibu ini pasti ada alasannya tersendiri. Malah dia lebih kenal anaknya sendiri disebabkan itu dia bertindak demikian. Tidak mengapalah terpaksa bersusah payah sedikit bawa keluar buai masuk ke restoran asalkan anak berhenti meragam.

Ragam bayi bukan boleh dijangka, ada bayi yang mudah kita handle, tapi ada bayi yang mungkin high need baby. Jadi faham-faham sajalah jika selepas ini adalah lagi kejadian bawa buai keluar. Mungkin ibu ayah itu dah tak sanggup nak menghadap anak menangis.

Ada yang kata anak meragam sebenarnya berpunca daripada kita, benarkah?

meragam

Ada kalanya, mungkin benar juga anak meragam itu berpunca daripada ibu bapa sendiri cuma kita saja yang kadang kala tidak perasan. Antaranya termasuklah:

#1. Terlalu banyak aktiviti dalam sehari

Kita rasa kita dah gembirakan anak-anak. Jadi bawalah jalan-jalan sepuasnya. Tetapi rupa-rupanya anak dah penat sangat kerana terlalu banyak aktiviti dalam sehari.

Jadi sebab itulah dia meragam! Semak kembali apa yang anda dan anak buat sepanjang hari sejak dia mula-mula bangun tidur. Apa aktiviti yang anda buat bersamanya. Ada kemungkinan terlalu banyak aktiviti yang menggunakan tenaga hingga buat dia penat betul! Jadi apa lagi, meragamlah dia ya ibu.

#2. Masa bermain tidak mencukupi

meragam

Anak kecil memang lumrahnya banyak bermain. Jadi bawalah dia main. Jika anda bawa dia berjalan-jalan, masukkan elemen yang ada dia untuk bermain. Dengan bermain mereka dapat mengembangkan pelbagai kemahiran baharu seperti berkawan, berdaya imaginasi dan meneroka pelbagai ilmu baharu.

Itu memang kegemaran mereka. Bayangkanlah jika anda tidak dapat apa yang anda gemari dalam sehari, silap-silap anda juga mengamuk juga kan?

#3. Sikap ibu bapa

Sikap anda kadang kala akan buatkan anak meragam juga. Pernahkan anda perasan, jika mood anda tidak baik, mood anak-anak juga tiba-tiba datang lah tidak baiknya. Pelikkan? 

Tetapi itulah hakikatnya. Mood ini boleh berjangkit kerana ia seolah-olah ada getaran. Jadi pastikan mood anda elok ketika bersama anak. Cuba wujudkan mood yang seelok-eloknya ketika menjaga anak.

Sebab itu ramai yang kata jaga anak ketika WFH amat mencabar kerana ketika kita tension dengan kerja pejabat, masalah itu jugalah anak nak buat perangai. Menguji kesabaran betul kan?

#4. Tidak cukup tidur, tidur malam lambat

meragam

Ini juga salah satu perkara yang buat anak meragam. Bila tak cukup tidur, badan jadi penat. Jadi mulalah nak marah-marah. Sama saja dengan orang dewasa, kita kalau tidak cukup tidur pun rasa nak telan orang juga kan?

Jadi tak jauh bezalah dengan anak. Anak-anak juga memerlukan tidur yang lebih panjang daripada orang dewasa, jadi disebabkan itulah mereka akan meragam jika tidak cukup tidur. Jadi kalau anak meragam cuba semak waktu tidur mereka cukup atau tak. 

#5. Persekitaran baharu

Stories Rakan Kongsi
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Alarming Facts About Your Child’s Formula Milk Powder
Alarming Facts About Your Child’s Formula Milk Powder
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient

Mungkin balik kampung, dibawa ke persekitaran baharu buat anak tidak selesa. Jadi faham-faham sajalah. Kita pun jika bertukar ke persekitaran baru ambil masa juga untuk sesuaikan diri. Jadi bersabarlah jika anak buat perangai lebih daripada biasa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Anda Kuat Meragam? Kajian Meminta Para Bapa Melayan Ibu Dengan Lebih Baik!

Baca juga: 10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

Baca juga: 3 perangai normal anak yang selalu DISALAH ANGGAP sebagai masalah tingkah laku

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tiada Arah Dah, Ibu Terpaksa Bawa Buai Masuk Kedai Makan Sebab Anak Meragam Tak Henti!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham