Memiliki bayi di bawah umur satu tahun memerlukan ibu ayah untuk lebih prihatin dan belajar banyak perkara ia termasuklah mempelajari teknik menidurkan bayi susah tidur malam.
Mungkin ada beberapa perkara yang ibu ayah lakukan secara tidak langsung tanpa disedari menyebabkan berlakunya masalah bayi susah tidur malam.
Walaupun pelbagai cara sudah dilakukan, anda masih bermata ‘panda’ di pagi hari kerana anak tidak mahu tidur malam.
Bayi sudah tidur malam boleh berpunca beberapa sebab ini
Menurut perkongsian Dr Nur Hidatul Husna Ruslan, ada beberapa kesilapan yang biasa ibu ayah lakukan ketika menidurkan anak di bawah umur satu tahun. Ia termasuklah:
#1. Guna tilam lembut
Penggunaan tilam lembut adalah bahaya untuk bayi. Anda perlu gunakan tilam keras untuk bayi di bawah satu tahun ini kerana tilam lembut tidak menyokong badan bayi yang masih lembut.
#2. Bayi tidur meniarap
Anda perlu menidurkan bayi dalam keadaan terlentang kerana tidur dalam keadaan meniarap meningkatkan risiko untuk bayi tersedak susu.
#3. Ibu dan ayah tidur sekatil dengan bayi
Ini juga berbahaya dibimbangi risiko tertindih bayi dan sebagainya. Seeloknya bayi dan ibu tidak berkongsi katil
#4. Tidurkan bayi secara rutin dalam car seat/stroller
Bayi sepatutnya ditidurkan dalam baby crib atau katil bayi. Ini juga boleh meningkatkan risiko tersedak susu pada bayi.
Tips untuk bayi mudah tidur malam
Ada beberapa cara untuk buat bayi lebih mudah tidur dan lena pada waktu malam. Antaranya termasuklah:
#1. Bedung
Bayi baru lahir sehingga 3 bulan wajib berbedung. Bukan untuk elak sejuk. Tapi untuk bayi itu rasa ‘kemas’ dan dipeluk seperti dalam rahim.
Jadi anda perlu bedungkan mereka. Tidak perlulah terlalu ketat, cukup untuk buat bayi rasa dipeluk dan selamat.
#2. Pacifier, puting tiruan
Ibu boleh perkenalkan puting tiruan jika bayi susah tidur. Ibu ayah perlu tahu untuk menenangkan bayi dan memudahkannya tidur adalah dengan menghisap jari.
#3. White noise
Ibu disarankan menggunakan bunyi yang hampir sama dalam alam rahim. Contohnya bunyi aliran sungai, ombak dan wajib dipasang sepanjang malam. Ataupun paling mudah, buat ‘shusshhh’ dengan suara yang kuat.
Ramai yang salah anggap bayi perlu tidur dalam keadaan sunyi sepi. Tidak sebenarnya, anda boleh perkenalkan bunyi white noise pada anak kerana ia adalah lebih kurang sama seperti bunyi dalam perut ibu semasa mereka dalam kandungan.
#4. Ayunan
Ayunan. Ia tidaklah semestinya bermaksud masukkan dalam buaian. Namun, ia adalah bagaimana ibu mendodoikan anak. Ada pelbagai jenis ayunan di pasaran.
Ada yang jenis ke kiri dan ke kanan dan sebagainya. Apa yang pasti ibu ayah itu sendiri perlu tahu tabiat tidur anak mereka supaya boleh baca pattern tidur anak itu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam
Baca juga: Mudah Rupanya Nak Bagi Bayi Tidur Lena, Ibu, Cuba Ikut 8 Tips Ini!
Baca juga: Hormon Ini Buat Bayi Tidur Lena, Padanlah Bila Bayi Menyusu Kenyang Tidur Pun Sakan!