X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Jangan Tambah Bijirin Ke Dalam Botol Susu, Ia Cara Yang Salah Menidurkan Bayi!

4 min bacaan
Ibu Jangan Tambah Bijirin Ke Dalam Botol Susu, Ia Cara Yang Salah Menidurkan Bayi!

Cara menidurkan bayi dengan menambah bijirin ke dalam botol susu adalah tindakan yang salah kerana ia boleh mendatangkan bahaya terhadap si manja

Membesar dalam komuniti orang Asia, pasti ramai ibu muda pernah terdengar cara menidurkan bayi dengan menambah bijirin jagung dan gandum ke dalam botol susu. 

“Eh, Milah anak engkau susah tidur kan? Cuba bancuh susu dia dengan bijirin. Mesti dia cepat kenyang dan akan tidur lena”.

“Anak kau itu lapar Tina, tak cukup susu tambah saja bijirin dalam botol susu dia!” 

Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!

Cara menidurkan bayi: selamatkah jika ibu tambah bijirin ke dalam botol susu?

cara salah menidurkan bayi

Dengar saja orang kata macam ini, mulalah kita pun terikut-ikut. Lebih mengejutkan, ada kajian kata makanan pejal boleh diberi pada bayi tiga bulan. Hal ini membantu si kecil tidur lebih tenang dan tak ganggu tidur malam parents. 

Tapi patutkah ibu bapa mengikut kajian yang macam ‘tak betul’ ini? Adakah ia selaras dengan kehidupan sebenar si cilik itu?

Jom kita analisis dengan lebih terperinci tentang cara menidurkan bayi ini. 

Menurut JAMA Pediatrics, memberi makanan pejal pada bayi seawal enam bulan beri kelebihan pada ibu dan bayi. Malah kajian telah dibuat pada 1,303 bayi tiga bulan dan dibahagikan pada dua kumpulan.  

Keputusan kajian menunjukkan:

  • Bayi tidur lebih lama jika minum susu dibancuh Nestum atau bijirin lain
  • Bayi tidak kerap bangun malam 
  • Bayi kurang masalah tidur berbanding si kecil yang menyusu secara eksklusif selama enam bulan

Apa pandangan anda terhadap keputusan kajian ini? Adakah ia benar-benar selamat dan relevan? 

Menambah bijirin susu si manja adalah cara menidurkan bayi yang SALAH 

cara salah menidurkan bayi

Adakah cara menidurkan bayi dengan letak bijirin dalam botol susu boleh diguna pakai? Jom kita lihat apa implikasi yang mungkin boleh berlaku. 

  • Kemungkinan risiko alahan/alergi 
  • Masalah obesiti 
  • Ketidakselesaan usus dan perut akibat sistem pencernaan tidak matang 
  • Pengurangan susu ibu dan formula akibat terlalu kenyang 
  • Mengurangkan pengeluaran susu ibu 
  • Ganggu pencernaan susu ibu dan susu formula
  • Risiko tercekik dan mengakibatkan kematian 

Cara menidurkan bayi dengan kaedah ini adalah SALAH. Malah kebanyakan pakar pediatrik turut tidak bersetuju jika bijirin diletakkan dalam botol susu semata-mata nak mudahkan anak tidur. 

Apatah lagi perkenalkan makanan pejal terlalu awal sedangkan pencernaan mereka belum bersedia. 

cara menidurkan bayi, tips tidurkan bayi, cara tidurkan bayi, letak bijirin dalam botol susu, letak nestum dalam botol susu, cara tidurkan bayi dengan cepat, cara bayi tidur lama, cara bayi tidur lena, cara bayi tidur nyenyak, tips anak tidur, tips mudah tidurkan anak

Kredit: Red News Wire

Oleh itu, ibu bapa seharusnya tidak melulu ikut cara menidurkan bayi yang salah ini. 

Adakah anda pasti bayi sudah pandai menghisap dan menelan makanan pejal sedangkan usia mereka terlalu awal untuk diberi makanan? 

Seterusnya kalau anda potong lubang susu lagi besar, adakah si kecil itu tahu mengawalnya nanti? 

Ini adalah ciri-ciri paling mustahak anda perlu tahu sebelum perkenalkan anak dengan makanan pejal. 

Panduan yang betul untuk menidurkan bayi 

  • Mewujudkan rutin tidur yang konsisten pada setiap hari 
  • Mnyediakan persekitaran tidur yang selamat, selesa dan nyaman. 
  • Dendangkan lagu berentak perlahan 
  • Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW supaya si kecil terbuai 
  • Menepuk halus punggung bayi sambil bermain-main rambut si kecil itu 
  • Pastikan suhu ruang tidur tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk
  • Melakukan urutan pada seluruh badan bayi selepas mandi
  • Ibu ayah perlu bijak menenangkan si manja ketika dia menangis
  • Elakkan terlalu kerap menukar lampin pada waktu malam
  • Memakaikan bayi dengan pakaian yang selesa
  • Bagi bayi yang baru lahir, ibu ayah boleh membedung si manja bagi mengatasi refleks terkejut sewaktu tidur

Dengan itu, ibu bapa harus lebih bijak menentukan apa yang baik dan tidak pada anak. Letakkan kesihatan dan keselamatan anak sebagai yang UTAMA dalam rutin kehidupan seharian. 

Semoga artikel ini memberi anda informasi yang berguna. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Rosanna Chio. Artikel ini mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Jangan Tambah Bijirin Ke Dalam Botol Susu, Ia Cara Yang Salah Menidurkan Bayi!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham