Mengapa bayi saya lambat senyum dan selalu nampak muram saja?

Setiap bayi berkembang pada kadar yang berlainan. Jika bayi anda lambat senyum, baca untuk ketahui cara-cara ibu bapa boleh menggalakkan perkembangan emosi anak agar mereka boleh mula berinteraksi seperti bayi-bayi lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ibu bapa perhatikan muka bayi yang baru usia sebulan, anda akan perasan bayi tidak senyum dan muka mereka selalu macam berkerut dahi.

Nasib baik masih comel, tapi kenapa wajah si kecil selalu nampak muram dan bimbang? Hodoh sangat ke muka ibu berpantang?

Jangan terasa ya ibu-ibu, itu bukan sebabnya. Menurut pakar, muka berkerut itu tanda bayi anda ingin berehat ataupun mereka sudah mengantuk dan penat. Jadi, mengapa bayi tidak senyum lagi?

Bersabar ya ibu bapa, bayi anda akan senyum tidak lama lagi kerana menurut kajian, senyuman bukan sesuatu yang perlu dipelajari.

Ini sebab mengapa bayi tidak senyum

Senyuman sebenar bayi bergantung kepada perkembangan bayi tersebut. Senyuman bayi menandakan penglihatan yang bertambah baik dan dia sudah boleh mengenali wajah ibu bapa. 

Otak dan sistem sarafnya juga sudah cukup matang untuk membezakan senyuman benar dari senyuman refleks. Sekarang si kecil anda sudah mula faham dia boleh menggunakan senyuman sebagai satu cara untuk berhubung dengan orang lain.

Si kecil anda juga tahu emosinya akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya, jadi dia akan tersenyum apabila rasa seronok dan bahagia.

Pada masa yang sama mereka juga akan buat muka berkerut untuk menunjukkan emosi negatif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa tak perlu bimbang kalau bayi tidak senyum lagi. Ini cuma tanda mereka belum lagi mencapai perkembangan-perkembangan ini.

Kalau bayi tidak senyum sekarang, bila pula dia akan mula senyum?

Bayi akan berhenti memberi senyuman refleks sekitar usia 2 bulan. Bergantung kepada perkembangan anak, senyuman sebenar si kecil boleh berlaku antara 1 1/2 – 3 bulan kehidupan.

Cara ibu bapa boleh mengenalinya ialah dengan melihat emosi yang dinyatakan melalui mata bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senyuman refleks adalah lebih pendek dan berlaku secara rawak, terutamanya ketika bayi sedang tidur atau sudah penat.

 Senyuman sebenar pula adalah tindak balas kepada sesuatu, contohnya selepas merenung muka ibu ataupun terdengar suara bapa memanggilnya. 

Tips untuk ibu bapa apabila bayi tidak senyum

Sekiranya bayi tidak senyum dan asyik buat muka kerut je, cuba beberapa tips di bawah untuk menggalakkan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kerap bercakap dengan bayi anda walaupun dia tidak faham dan berikan masa supaya mereka boleh “bertindak balas.”
  2. Kerapkan bonding dan akitiviti yang melibatkan pertembungan mata.
  3. Berikan senyum manis kepada mereka sepanjang hari.
  4. Buat wajah atau suara yang lucu-lucu seperti meniru bunyi haiwan ataupun bermain ba-cak.
  5. Tetapi jangan keterlaluan pula ya ibu bapa, supaya bayi anda tidak ditenggelami rangsangan yang terlalu banyak. Pakar psikologi kanak-kanak David Elkind, Ph.D. menyarankan ibu bapa mula dengan interaksi sedikit demi sedikit kemudian tambahkan mengikut tindak balas bayi anda.

Ibu bapa masih ingat tak bila anak memberi senyuman pertama? Bayi anda senyum awal ataupun senyum lambat? Kongsi bersama kami di ruang komen di bawah.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Fatherly

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comsenyuman-pertama-bayi/

Penulis

Rosanna Chio