Bayi Tidur Meniarap, Nampak Selesa Namun BERBAHAYA! Ibu Ayah Sila Alert

Posisi bayi tidur meniarap sememangnya sangat popular. Namun posisi tidur itu sebenarnya bahaya untuk si kecil dan ramai ibu ayah yang masih belum sedar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila baru menjadi ibu ayah, salah satu perkara yang mampu menenangkan hati dan dapat memberi kepuasan adalah apabila melihat si kecil tidur nyenyak dalam katilnya. Namun, adakah posisi bayi tidur meniarap menjadi pilihan anda disaat cuba melenakan mereka?

Posisi bayi tidur meniarap ini memang boleh dikatakan favorite semua bayi, bahkan mungkin menjadi posisi kegemaran ramai ibu ayah untuk bayi mereka. Namun, adakah ia selamat?

Sebenarnya, posisi tidur ini ada bahayanya yang tersendiri dan sangat penting untuk diketahui agar anda tidak terus melakukannya. Teruskan membaca perkongsian di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Risiko Bayi Tidur Meniarap

Sebelum kita berbincang tentang apa bahaya baby tidur meniarap atau dalam bahasa pasarnya tidur menonggeng, ini antara beberapa perkara tentang posisi tidur bayi yang setiap ibu bapa PERLU TAHU:

  1. Katil bayi harus rata dan tiada bonggol. Ia boleh menyebabkan bayi lemas
  2. Bayi harus tidur dalam posisi terlentang.
  3. Katil bayi harus ada dalam bilik ibu bapa. Tapi, jangan tidurkan bayi dalam katil yang sama dengan anda
  4. Jangan letak sebarang permainan, bantal, ataupun selimut dalam katil bayi.

Cakap memang senang, tapi lama-lama, selepas bayi makin membesar, mereka pula semakin suka tidur meniarap!

Jadi, agak susah untuk ikut peraturan #2. Bila kita risau bayi tidur dalam posisi yang bahaya, mulalah kita pun tak boleh tidur malam juga.

Tapi jangan risau… Ketika umur 4 bulan nanti, bayi akan sudah boleh bergolek. Jadi, tidak mengapa jika bayi berguling dan meniarap. 

Namun, pastikan pada mulanya, anda beri mereka tidur terlentang. Ini kerana, ketika di awal kehidupan bayi, tidur meniarap adalah berisiko untuk mereka. Mengapa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi tidur meniarap bahaya kerana ia boleh mendatangkan risiko kematian mengejut atau SIDS. Selalunya, kes ini melibatkan bayi kelemasan. 

Meskipun SIDS masih sangat jarang berlaku iaitu dengan kadar kejadian adalah 0.035 peratus, atau 35 kematian dalam 100,000 kelahiran hidup, namun kajian menunjukkan bahawa baby tidur secara meniarap boleh meningkatkan risiko SIDS sehingga 12.9 kali ganda.

Jadi, adalah penting untuk anda ajar mereka untuk tidur terlentang sejak kecil sehingga sekurang-kurangnya berumur 1 tahun. Bagaimanapun, bayi yang berusia 4 bulan ke atas akan boleh bergolek ketika tidur.

Jika keadaan ini berlaku, menurut panduan keselamatan tidur bayi, tidak mengapa jika ibu membiarkan bayi itu tidur. Janji tiada sebarang risiko bayi kelemasan.

Contohnya, tiada bantal, selimut atau permainan dalam katil bayi tersebut. Dan ibu tak perlu mengalihkan bayi. 

Mengapa Bayi Suka Tidur Meniarap?

Meniarap in english bermaksud tummy sleeping, bahasa mudahnya. Mengapa ya kebanyakan bayi dilihat sangat suka dan seolah-olahnya selesa dengan posisi tidur ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar berpendapat, bayi cenderung untuk tidur lebih nyenyak di atas perut mereka mungkin kerana ia dapat mengurangkan tindak balas rangsangan mereka. Biasanya, ia boleh menghalang mereka daripada bangun atau terjaga semasa tidur, dan seterusnya boleh bernafas dengan corak pernafasan yang normal sepanjang waktu tidur itu. 

Tidur di atas perut atau bahkan tidur mengiring juga boleh menetapkan peringkat untuk “bernafas semula,” di mana bayi menghirup udara yang dihembusnya sendiri, menyebabkan paras oksigennya menurun dan paras karbon dioksidanya meningkat. Pernafasan semula mungkin lebih berkemungkinan berlaku jika bayi tidur di atas tilam empuk atau dengan selimut, bantal atau patung berhampiran mukanya.

Akibatnya, tidur meniarap atau mengiring juga boleh menyukarkan badan bayi anda untuk mengeluarkan haba yang berlebihan. Itu boleh menyebabkan terlalu panas dan seterusnya menyumbang kepada faktor lain, iaitu SIDS untuk lebih mudah berlaku.

Berapa Bulan Baru Bayi Boleh Tidur Meniarap?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai ibu ayah yang sudah mula menyedari risiko posisi bayi tidur meniarap ini. Jadi, lebih bagus jika teruskan atau tetapkan posisi tidur terlentang pada bayi anda dengan memakaikan bedung untuk lebih selesa dan selamat.

Seperti yang anda mungkin sudah tahu juga, bayi hanya boleh menukar posisi tidur mereka secara sendiri apabila sudah berusia empat hingga ke lima bulan. Jadi, sebelum tempoh ini, anda tidak digalakkan untuk membiarkan bayi anda tidur meniarap terutamanya jika mereka keseorangan dan tanpa pengawasan anda. 

Jika anda mahu juga bayi anda tidur meniarap, sila pastikan ia bukannya dalam tempoh yang panjang atau mereka berseorangan. 

Jadi sebaiknya, anda boleh ‘mengizinkan’ si manja anda untuk tidur meniarap hanya apabila mereka sudah pandai menukar posisi tidur mereka sendiri ya. 

Ini bagi mengelakkan risiko SIDS daripada berlaku dan seterusnya membahayakan nyawa si kecil anda. 

Anak yang semakin besar akan lebih aktif berbanding bayi. Ketika ini, mereka juga akan mula bermimpi dan mengalami mimpi ngeri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi sebab itu mereka banyak bergerak. Walaupun begitu, anda harus tetap perlu mengajar anak untuk tidur terlentang

Tapi tidak mengapa jika mereka ubah gaya tidur selepas itu. Apa yang penting – pastikan katil mereka selamat. Tiada permainan atau selimut.

Posisi Tidur Bayi yang Selamat

Jika tidur tiarap kurang selamat untuk bayi, apakah pula posisi tidur yang tidak merisikokan nyawa mereka?

Ini jawapannya wahai ibu ayah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Posisi tidur yang paling selamat untuk bayi anda sudah tentulah tidur secara terlentang. Bahkan, ramai pakar mengesyorkan agar bayi tidur secara terlentang sepanjang tahun pertama kehidupan mereka. Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan (NICHD) Amerika Syarikat juga telah melabelkan posisi tidur ini sebagai posisi tidur yang PALING SELAMAT untuk bayi. Namun, ada juga risikonya yang tersendiri iaitu:

  • Plagiocephaly atau sindrom kepala rata – keadaan yang dicirikan oleh herotan asimetri (meratakan satu sisi) tengkorak. Ia disebabkan oleh kedudukan terlentang terlalu lama.
  • Brachycephaly – bahagian belakang tengkorak rata.

Walaupun begitu, posisi tidur telentang adalah sangat berkesan bagi mengurangkan risiko SIDS sehingga 50%. Jika anda bimbang bayi kerap tidur terlentang boleh menyebabkan tengkora kepala bayi anda rata, anda hanya perlu tahu teknik kedudukan semula (reposisi) yang penting ini:

  • Selang seli bahagian kepala bayi anda apabila diletakkan untuk setiap kali tidur.
  • Tukar kedudukan bayi anda dalam buaian atau kedudukan buaian supaya dia tidak sentiasa melihat perkara yang sama dalam satu arah.
  • Tukar kedudukan untuk objek yang menarik. Contohnya lampu untuk menggalakkan bayi anda melihat ke arah lain.

Selain menggunakan teknik reposisi ini, perkara yang anda lakukan apabila mereka sudah terjaga juga akan membantu menghalang kepalanya daripada menjadi rata, seperti:

  • Menambahkan masa ‘tummy time’(di bawah pengawasan) – ia sangat bermanfaat untuk bayi anda kerana masa yang dihabiskan untuk perutnya dengan mengangkat kepala dan menendang kakinya akan mengurangkan tekanan di belakang kepalanya. Ia juga membantu menguatkan leher, lengan dan bahagian atas badannya untuk perkembangan fizikal yang sihat. Tambahan pula, aktiviti itu pasti akan membantu si kecil anda tidur lebih lena!
  • Menggendong atau memegang bayi anda dan bukannya membiarkannya duduk di tempat duduk kereta atau stroller sepanjang masa – Ini kerana membiarkannya duduk untuk tempoh masa yang lama akan memberi tekanan pada bahagian belakang kepalanya, menyebabkan ia menjadi rata.
  • Jika anda menyusu, suapkan dia pada kedua-dua payudara bagi meletakkan bahagian kepalanya yang berbeza pada lengan anda. Jika anda menggunakan botol susu, tukar sisi untuk setiap penyusuan. Contohnya, jika anda memegang bayi anda di lengan kiri anda semasa penyusuan terakhirnya, pastikan anda memegangnya di lengan kanan anda semasa penyusuan seterusnya!

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber

What to Expect (June 23, 2022). Baby Sleeping on His Side? How to Encourage Your Little One to Sleep on His Back. www.whattoexpect.com/first-year/how-to-get-baby-to-sleep-on-back

Flo (n.d). Should babies sleep on their back or stomach? Here’s the truth. flo.health/being-a-mom/your-baby/baby-sleep/should-babies-sleep-on-their-back-or-stomach

The Lullaby Trust (n.d). The best sleeping position for your baby. www.lullabytrust.org.uk/safer-sleep-advice/sleeping-position/

National Library of Medicine (n.d). Preventing flat heads in babies who sleep on their backs. www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2805996/

Artikel ini asalnya ditulis oleh Dr. Anay Bhalerao dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Mitos Masalah Tidur Bayi Dan SIDS Serta Fakta Sebenar Dari Pakar

Baca juga: Baring Terlentang Adalah Posisi Bayi Tidur Paling Baik, Elak Lemas & Mati Mengejut!

Baca juga: 5 Cara Bayi Tidur Yang Melambangkan Personaliti Mereka, Parents Wajib Tahu!

Penulis

Ayu Idris