Anak Malu Ke Kantin Ketika Bulan Puasa, Ini 7 Resepi Bekal Anak Ke Sekolah Yang Enak

Menu bekal anak sekolah sebulan boleh dijadikan panduan buat para ibu yang ingin memastikan anak ambil makanan sihat dan mengenyangkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan sesi persekolahan tahun ini jatuh pada minggu sama dengan bulan puasa, ibu-ibu hendaklah buat beberapa persedian yang lebih rapi. Bagi anak yang bersekolah rendah, menu bekal anak sekolah sebulan ini boleh dijadikan panduan.

Untuk pengetahuan ibu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan tiada keperluan untuk menutup operasi kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan.

Menu bekal anak sekolah sebulan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana adalah tidak wajar memaksa murid-murid untuk berpuasa jika melihat rakan-rakan mereka yang beragama Islam melakukan ibadah tersebut.

“Dalam konsep Malaysia Madani, kita hendaklah bersifat inklusif dalam menghormati bulan Ramadan, jadi kita perlu memaklumkan pada anak-anak bahawa Ramadan adalah bulan ibadah.

“Jadi untuk ‘non muslim’ (bukan Islam) ini juga perlu diberi ruang untuk mengikuti ibadah ini tapi dalam masa yang sama perlu disokong dan disantuni oleh pihak sekolah,” katanya.

Anak yang belum baligh tidak diwajibkan untuk berpuasa. Memandangkan sesi persekolahan kali ini dalam bulan Ramadhan, mereka mungkin berasa malu untuk turun ke kantin.

Justeru beberapa menu bekal anak sekolah sebulan ini boleh ibu sediakan kepada mereka.

Resepi bekal anak ke sekolah

#1. Nasi goreng telur dan sosej

Bahan-bahan untuk resepi bekal anak ke sekolah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
  • Sedikit jagung
  • 1 sudu makan perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

Bahan sampingan

  • 3 batang sosej goreng dipotong dua
  • Buah anggur
  • Tomato ceri

Cara memasak menu bekal anak sekolah sebulan

  1. Panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur ke dalamnya. Kemudian kacau sehingga menjadi hancur.
  2. Masukkan nasi, sos tiram dan kacau rata.
  3. Tambahkan di dalamnya jagung dan tomato, gaul lagi.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Setelah masak, tutup api dan masukkan nasi ke dalam bekas bekal.
  6. Masukkan salad dan tuangkan sedikit sos. Tambah buah-buahan dan siap bekal anak ke sekolah!

#2. Bebola nasi dan ayam tariyaki

Bahan untuk menu bekal anak ke sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 cawan nasi putih dimasak bersama 1/4 beras pulut
  • 1/4 cawan beras pulut
  • Sedikit hirisan seaweed
  • 1 batang sosej rebus dan dicincang halus
  • Sedikit daun ketumbar dan daun bawang
  • 1 sudu teh minyak bijan

Bahan untuk bekal anak ke sekolah

  • 6 ketul drumet ayam
  • 1 sudu teh kicap cair 
  • 1 sudu teh halia muda
  • 1 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu teh cuka
  • Garam secukup rasa

Bahan tambahan bekal makanan anak

  • Jagung rebus
  • Daun salad

Cara memasak 

  1. Untuk menyediakan bebola nasi, satukan sosej dan semua bahan hirisan dan perasakan dengan minyak bijan.
  2. Gaul rata dan kepal seperti bebola. 
  3. Sediakan ayam tariyaki dengan menggaul dalam kicap cair dan halia. Perap sekejap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak dan angkat.
  5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan sos cili, serbuk cili, cuka, gula perang dan sedikit air.
  6. Biarkan sos mereneh lebih kurang 2 minit dan masukkan ayam. Gaul rata dengan minyak bijan dan garam. Siap bekal makanan anak!

#3. Makaroni bakar berkeju

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan bekal anak ke sekolah

  • 250g makaroni (rebus dan tos)
  • 100g daging kisar
  • 1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
  • 150g parutan keju mozarella
  • 1 sudu makan oregano
  • 4 sudu makan sos bolognese
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 biji bawang holland cincang halus
  • 3 sudu mentega
  • Garam dan gula

Cara memasak bekal anak ke sekolah

  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, kacau hingga ia bertukar warna.
  3. Seterusnya masukkan sos bolognese dan sos cili.
  4. Kacau rata dan masukkan makaroni serta tomato. Perasakan daram dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api dan panaskan ketuhar suhu 200c.
  6. Sementara itu masukkan makaroni dalam cawan aluminium foil dan taburkan parutan keju serta serbuk oregano.
  7. Bakar lebih kurang 15 minit dan siap bekal anak ke sekolah!

#4. Ayam goreng dengan sayur campur

Bahan untuk bekal makanan ayam goreng:

  • 4 ketul drumet ayam | bersihkan dan tos
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 1 sudu serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya | untuk menggoreng

Bahan bekal makanan sayur campur:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sedikit lobak merah
  • Sedikit hirisan bunga kubis
  • Sedikit hirisan brokoli
  • 2 sudu makan biji jagung muda

Bahan sampingan untuk bekal makanan anak

  • 1 mangkuk kecil nasi
  • 1 biji muffin
  • Sos cili | jika perlu

Cara memasak menu simple untuk anak

1. Untuk ayam goreng, gaulkan ayam dengan semua bahan sos dan serbuk perasa ayam.
2. Kemudian taburkan tepung gandum dan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing, angkat dan ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan air, setelah mendidih tambahkan serbuk perasa ayam dan sedikit garam jika perlu.
5. Celur semua sayur lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan toskan.
6. Masukkan setelah sejuk masukan sayur dalam bekas bekal bersama ayam goreng dan nasi.
7. Sebagai tambahan boleh masukkan sos pencicah sekali sebelum siap dibawa sebagai bekal anak ke sekolah

#5. Tortilla gulung bertelur dan bebola daging lada hitam

Menu simple untuk anak mampu memikat selera dan membolehkan mereka kenyang dengan lebih lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan untuk bekal anak sekolah:

  • 2 keping tortilla
  • 2-3 biji telur
  • 2 sudu makan mayonis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam

Bahan untuk bebola daging

  • 6-8 biji bebola daging
  • 2 sudu makan sos lada hitam kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
  • 1/2 cawan air
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega

Cara penyediaan bento simple untuk anak

1. Bagi menyediakan tortilla gulung, panaskan kuali non-stick.
2. Panaskan tortilla seketika dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, pecahkan telur di dalamnya.
4. Kacau dan jadikan telur hancur. Angkata dan masukkan dalam mangkuk.
5. Campurkan mayones bersama serbuk lada hitam dan sedikit garam.
6. Gaul rata dan ketepikan.
7. Untuk menyediakan bebola daging. Panaskan mentega dalam kuali, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
8. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih dan merah hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan sos dan air.
9. Kacau rata hingga kuah pekat, perasa dengan sedikit garam.
10. Akhir sekali, masukkan bebola daging dan serbuk lada hitam.
11. Gaul rata kemudian tutup api.
12. Susun tortilla gulung dalam bekas bekal diikuti dengan bebola daging serta bahan sampingan seperti jagung rebus, salad dan tomato.
13. Siap untuk bekal.

#6. Muffin pasta telur

Bahan bento simple untuk anak

  • 1 mangkuk pasta | rebus dan tos
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 biji cili Benggala merah | dadu halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara memasak bento simple untuk anak

1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata.
2. Tambahkan susu cair, garam, serbuk perasa ayam dan lada sulah, terus kacau lagi.
3. Kemudian masukkan pula hirisan cili Benggala dan daun bawang. Kacau seketika dan ketepikan.
4. Oleskan mangkuk aluminium foil dengan sedikit minyak, kemudian masukkan pasta di dalamnya (isi separuh sahaja).
5. Kemudian tuangkan bancuhan telur di dalam sehingga meliputi pasta.
6. Panaskan pengukus, kukus mufin lebih kurang 15-20 minit.
7. Setelah siap boleh dimasukkan dalam bekas bekal bersama kentang goreng dan buah Epal sebagai bekal ke sekolah.

#7. Roti Prata dan ayam tanduri sos pudina 

Bahan untuk menu bekal anak sekolah sebulan:

  • 2 keping roti prata segera
  • Sebelah paha ayam atas bawah | bersih dan tos
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu the serbuk jintan putih
  • 1/2 seudu teh serbuk ketumbar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 1/2 biji lemon
  • 1sudu teh sos tiram
  • 1 sudu makn mentega
  • Sedikit yogurt
  • Sedikit pewarna merah
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk sos pudina

  • 1/2 ikat daun pudina
  • 1/2 biji lemon
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu makan mayonis
  • 2 sudu makan susu cair

Cara penyediaan menu bekal anak sekolah sebulan

1. Campurkan kesemua bahan rempah ratus di dalam mangkuk.
2.Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya, diikuti dengan yogurt, sos tiram, garam dan pewarna merah. Kacau rata.
3.Gaulkam bahan perapan ini pada paha ayam, perapkan 15 minit.
4.Sediakan pemanggang, panggang ayam hingga masak.
5.Setelah masak bolehlah potong kecil untuk dimasukkan dalam bekas bekal.
6.Seterusnya panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan roti prata. Angkat dan ketepikan.
7.Kemudian sediakan pula sos campurkan semua bahan dalam pengisar, kemudian kisar.
8.Akhir sekali, masukkan roti prata dalam bekas bekal bersama Ayam Tanduri dan sos pudina. Boleh juga tambah buah pisang dan anggur.
9. Siap bekal anak ke sekolah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nampak Sedap & Menyelerakan, Wanita Ini Kongsi 9 Idea Bekal Anak Sekolah Rendah

Baca juga: Ibu Ayah Jika Mampu, Hantarlah Anak Sekolah Swasta, Biar Seimbang Akademik & Agama

Baca juga: Perlukah Masukkan Anak Ke Sekolah KAFA? Ibu Ini Cerita Anak Pandai Urus Baligh Ustaz KAFA Ajar