Anda masih ingat pernah tular dahulu mengenai seorang pelakon lelaki dari Indonesia, Galih Ginanjar yang menghina bekas isterinya secara umum dengan mengatakan ‘kemaluan isteri berbau seperti ikan masin’.
Gempar di media tempatan juga di Malaysia, manakan tidak, kenyataan seperti itu sememangnya melampaui batas!
Galih yang pernah berkahwin dengan bekas isterinya itu telah ditahan dan dipenjarakan akibat penghinaan kepada bekas isterinya itu.
Galih telah dibebaskan pada awal tahun ini, walau bagaimanapun pelakon tersebut mengakui menyesal dengan apa yang dilakukan dan ingin memohon maaf.
Akibat hina bekas isteri, kini malu pada anak
Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata buruklah padahnya. Ia bukan saja memberi kesan kepada bekas isterinya namun imej anaknya juga turut tercalar.
Nak difikirkan memang selayaknya dia malu dengan perbuatannya itu dan malu untuk bertemu anaknya.
Menerusi satu temubualnya di salah satu saluran YouTube Indonesia, Galih mengatakan yang dia amat menyesal dan cukup merindui anak lelakinya yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya.
Tetapi dia berasa cukup malu untuk berhadapan dengan anaknya itu disebabkan telah memalukan ibunya di khalayak umum.
Terputus hubungan dengan bekas isteri dan anak
Menerusi laporan Oh My Media, memetik dari portal Kapanlagi. com, Galih juga mengakui sudah lost contact dengan anaknya dikenali sebagai King Faaz Arafiq kerana sudah menukar nombor telefon dan dia pula tidak menyimpan nombor telefon bekas isteri.
Dia pernah cuba menghubunginya menerusi direct message di Instagram, namun masih belum mendapat sebarang respon.
“Kalau untuk by phone atau vc udah nggak ya, karena gua nggak tau nomer baru mereka nomer lama gua juga udah ganti,”
“Jadi komunikasi terakhir mau minta maaf dan izin ketemu lewat dm Instagram, udah lama waktu itu ngechat pas awal keluar (penjara) terus pas Faaz ulang tahun, April kemarin aku ngucapin sampai minta izin buat ketemu,” jelasnya.
Dia pernah mesej di Instagram meminta maaf dan meminta izin untuk bertemu sebaik keluar dari penjara dan waktu ulang tahun kelahiran anaknya itu, namun tiada jawapan.
Pernah minta buat ujian DNA
Tidak cukup dengan hinaan, pelakon itu juga pernah melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya berkenaan anaknya sendiri, dia pernah meminta anaknya itu membuat ujian DNA terlebih dahulu jika mahu berjumpa dengannya.
Selain itu, pelakon tersebut juga menceritakan perihal keegoannya pada masa lampau apabila mahu membuat ujian DNA terlebih dahulu jika King Faaz ingin bertemu dengannya.
Menurut Galih, itu adalah salah satu kenyataan yang pernah dikeluarkan dan cukup dikesalinya sehingga ke hari ini.
“Gua pernah ngeluarin statemen kalau mau ketemu gua harus tes DNA dulu, itu adalah hal yang sebenarnya tidak boleh diucapkan pada saat itu, itu adalah bukti kemarahan dan keegoisan gua,”
“Itu spontan kalau ngomongin Faaz gua sedih karena gua belum bisa jadi ayah yang baik buat dia. Terus gua juga belum bisa bersama dia, belum bisa ketemu dia, karena gua sendiri untuk ketemu jujur malu, kenapa karena dengan kelakuan gua kemarin gua jadi malu untuk ketemu dia dan takut apa dia mau ketemu apa nggak,”
Bagi anda yang tidak tahu, kisah Galih Ginanjar yang menghina Fairus A. Rafiq iaitu bekas isterinya pernah tular sehingga mencetuskan sensasi berikutan kebiadapannya menyamakan kemaluan wanita itu seperti bau ikan masin.
Susulan daripada kelancangan mulutnya itu, bekas isterinya telah membuat laporan polis, dan dia disabitkan kesalahan atas memalukan serta menghina bekas isterinya. Selepas 2 tahun 4 bulan, dia dibebaskan oleh pihak polis.
Jangan sesekali mengaibkan pasangan, terutama ketika marah
Kita sebagai manusia sememangnya tidak boleh membuka aib orang, aib sendiri, terutama sekali aib pasangan kita sendiri. Bila marah, memang syaitan menguasai diri, jadi tiada kata yang elok akan keluar ketika itu.
Terdapat di dalam sebuah hadis yang meminta supaya kita menutup keaiban sendiri ataupun orang lain. Sabda Baginda Rasulullah:
Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau kamu mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. [HR Tirmizi 1955]
Hadis ini menuntut kita supaya menyembunyikan aib sendiri dan menutup keaiban orang lain kerana boleh jadi suatu hari nanti sang pendosa akan menjadi orang yang baik bahkan lebih baik daripada kita yang mencela.
Aib pasangan adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya. Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai musuh dan tidak disukainya.
Hari ini ada pasangan yang menggunakan internet untuk menceritakan keburukan pasangannya. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang ditegah dan dilarang di dalam Islam melainkan kita menggunakan saluran yang betul seperti mana kata Imam Nawawi dalam menceritakan perihal seseorang khususnya suami isteri dibenarkan seperti berikut:
1. Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.
2. Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.
Perbuatan menyebarkan aib pasangan berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada menjaja kisah keruntuhan rumah tangga, merakam video, menyebar gambar mengaibkan pasangan.
Bahkan kebebasan dalam media sosial juga menyaksikan pasangan tanpa segan-silu menandakan nama pasangan atau tag di post-post yang berkaitan yang mana tanpa kita sedar telah membuka aib pasangan.
Maka kepada pasangan suami isteri yang melakukan perbuatan terkutuk menyebarkan aib pasangan harus memikirkan keadaannya pada hari kiamat kelak kerana pada hari itu Allah akan bertanyakan mengenai perbuatan mereka itu.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 187: Mereka (isteri-isterimu) merupakan pakaian bagimu dan kamu merupakan pakaian bagi mereka.
Ayat itu mengisyaratkan, suami atau isteri adalah pakaian yang sepatutnya dijaga dengan cermat dan menutupi hal peribadi agar tidak diketahui orang lain. Jika seorang suami atau isteri mudah mendedahkan aib pasangannya, tanpa sedar mereka membiarkan diri seolah-olah tanpa berpakaian.
Sepatutnya, suami dan isteri perlu saling menjaga kekurangan diri kerana di sebalik kekurangan itulah yang akan melengkapkan kehidupan antara dua insan yang dihalalkan melalui perkahwinan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Oh My Media, Kapanlagi.com
Kredit foto: Google & iStock
Baca juga: Dai Farhan Rujuk Dengan Bekas Isteri Pada Raya Lepas, Moga Bertahan Kali Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!