Berat Hati Tinggalkan Anak Kerana Kerjaya, Ibu Menangis Teresak-Esak Di Lapangan Terbang

Bekerja di luar negeri semestinya membuatkan ramai ibu baharu perlu mempertimbangkan banyak perkara sehingga terpaksa tinggalkan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki anak yang masih kecil membuatkan ramai ibu dalam dilema dan sedih memikirkan langkah seterusnya apabila perlu masuk bekerja semula. Ada yang memilih tinggalkan pada pengasuh dan ada juga sanggup berhenti bekerja demi menjaga anak di rumah.

Walau apapun keputusannya, jauh di sudut hati seorang ibu hanya ingin berikan yang terbaik buat suami dan anak-anak.

Kerana bekerja, ibu menangis berat hati tinggalkan anak yang masih bayi

Mana-mana ibu pastinya tidak sanggup untuk berpisah lama dengan anak-anak. Jika tinggalkan sekejap sahaja sudah mula rindu, inikah pula bila kena berpisah dalam tempoh yang begitu panjang.

Seorang pengguna Tik Tok, @anaidger berkongsikan video sungguh menyedihkan hati ramai apabila adiknya terpaksa meninggalkan anak agar dia dijaga oleh keluarganya di Sarawak.

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan ibu ini berada di lapangan terbang yang ditemani oleh seorang lelaki. Dia berdiri dan memeluk anaknya sambil menangis teresak-esak.

Dia yang begitu sedih terpaksa berpisah dengan bayinya itu juga dilihat sangat berat hati untuk menerima perpisahan ini. Berkali-kali dia menangis dan mencium anaknya sebelum melangkah pergi.

Video tersebut menjadi tular di laman Tik Tok. Pemiliknya menceritakan bahawa adiknya itu telah mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti negeri Terengganu.

Disebabkan oleh keadaan masih baharu dan dia belum menjumpai pengasuh yang sesuai, bayi kecil bernama Adriell terpaksa ditinggalkan sementara agar dijaga oleh keluarganya di Sarawak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian tersebut telah menyentuh hati ramai wanita yang bergelar ibu, seolah-olah mereka memahami akan perasaan dirasai wanita berkenaan.

Allah, kita yang pergi kerja jam 7 pagi dan balik 4 petang pun, kalau lambat balik sikit terus jadi teringat dekat anak. Kalau macam ni, tak tahu lah macam mana nak cakap 😭

Orang yang tidak mengalaminya akan mudah bercakap. Tapi zaman sekarang pengasuh bayi tidak semua baik dan boleh dipercayai. Keselamatan anak lebih utama. Tiada ibu di dunia ini sanggup dan ingin berpisah dengan anak-anak.

Aduhai, saya tak sanggup nak tengok. Tidak boleh bayang macam mana hidup jika anak tiada di sisi. Mesti setiap hari menangis sebab rindukan dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak ada mak nak berpisah dengan anak. Tapi itulah, berat nak cakap. Kadang takdir berjalan tidak seperti kita nak. Tinggal dekat pengasuh sekejap pergi kerja 7 jam pun dah menangis.

Bukan itu sahaja, ada yang tinggal berdekatan universiti tersebut menawarkan dirinya untuk mengasuh bayi berkenaan.

”Sedihnya, saya duduk di Terengganu dan dekat dengan Unisza. Saya boleh mengasuh dan sekarang saya mengasuh anak saudara usianya 2 tahun.”

@anaidger
Demi kerjaya terpksa ibu dan anak berpisah! Moga mereka berdua kuat dan terus berdoa agar dapat jumpa pengasuh yg baik utk si kecil🙏🏻 kuat kan diri yerk Adikku.Adriell akan baik2 aja❤️ ♬ original sound – 🦋🦋NFU🦋🦋ARTS309🦋🦋 – 🌼🕊️ 𝓝𝓪𝓽𝓱𝓪𝓵𝓲𝓪 🕊️🌼

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sehubungan dengan itu, pemilik akaun Tik Tok ini turut memohon doa ramai agar urusan adiknya dimudahkan dan segera dapat pengasuh yang tepat.

”Bukan senang si ibu nak buat keputusan untuk berjauhan dengan anak. Doakan agar segera adik saya dapat pengasuh di sana.” tulisnya.

Dilema ibu yang ingin seimbangkan kerjaya dan keluarga, ini cara bekerja dengan tenang bila anda tinggalkan anak 

Setelah bergelar ibu, anda pastinya akan dihimpit dengan kerjaya ataupun keluarga. Keadaan ini sekaligus membuatkan diri rasa bersalah sehingga sukar memberi fokus pada kerja sehari-hari.

Berikut kami kongsikan beberapa tips dalam memastikan anda dapat bekerja dengan tenang meskipun tinggalkan anak sementara:

#1. Kekalkan pemikiran yang baik dan sentiasa positif

Ibu bekerja sering menangis dalam hati ketika terpaksa meninggalkan anak untuk mencari rezeki. Cara bagi menghadapinya adalah dengan sentiasa berfikiran positif. Ingatkan diri bahawa anda sedang berusaha memberi masa depan terbaik untuk anak-anak.

Lebih baik bersusah sekarang daripada menyesal kemudian hari nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Berhenti rasa bersalah

Adalah sesuatu yang normal jika anda rasa bersalah apabila tinggalkan anak pada pengasuh atau orang tua. Namun seimbangkan kerjaya dan keluarga bukanlah sesuatu keputusan yang buruk kerana ibu sebenarnya berjuang untuk membantu suami dan memastikan keperluan anak lebih terjaga.

#3. Sibukkan diri 

Tips lain yang boleh anda cuba adalah sibukkan diri sendiri dengan jadual harian. Elakkan terlalu melayan perasaan di tempat kerja sehingga boleh menganggu prestasi.

Selain itu orang-orang tua dahulu ada cakap, jika ibu terlalu merindui anak, si manja pun merasakan hal yang sama. Kesannya, anak akan menangis dan meragam kerana menginginkan anda. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!

Baca juga:  Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

Baca juga:  Ibu Bekerja Lebih Keras Manakala Ayah Pula Bersenang Lenang Pada Hari Cuti – Kajian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan