Suka Bela Kucing Di Rumah? Banyak Kebaikannya Untuk Kesihatan Mental Dan Bantu Kemahiran Motor Anak

Tahukah anda bela kucing bukan sahaja dapat membantu mengurangkan tekanan tetapi turut memberi banyak manfaat kesihatan fizikal dan mental.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kucing adalah haiwan peliharaan paling menjadi pilihan ramai. Tahukah anda bela kucing di rumah bukan sahaja dapat membantu mengurangkan tekanan tetapi turut dipercayai memberi banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.

Menurut Dr. Samhan dalam sebuah perkongsiannya di Twitter, jaga atau pelihara kucing atau haiwan peliharaan lain boleh membawa manfaat kepada orang dewasa dan kanak-kanak juga.

"Ini manfaat pelihara haiwan bagi orang dewasa iaitu mengurangkan tekanan, mengurangkan risiko kemurungan, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, memperbaiki emosi, meningkatkan aktiviti fizikal, dan boleh jadi penghibur hati," ujarnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan Bela Kucing Untuk Anak

Menurutnya, bagi kanak-kanak bela kucing atau haiwan sebenarnya ada banyak manfaat yang kita pun tidak pernah terfikir. Ini antara manfaatnya.

1. Ajar anak berdisiplin

Contohnya, mereka perlu mengetahui cara penjagaan haiwan yang betul seperti waktu memberikan haiwan makan, waktu tidur haiwan dan juga waktu memandikan haiwan peliharaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Semai rasa tanggungjawab dan belas kasihan

Haiwan peliharaan memerlukan perhatian dan penjagaan daripada individu yang membela mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat membangkitkan rasa tanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa peringkat awal kehidupan mereka mereka juga belajar menjadi seorang yang penyayang dan bersifat belas kasihan kepada haiwan.

3. Tingkat keyakinan diri

Contohnya, jika mereka sudah pandai memberikan makanan atau minuman kepada haiwan kesayangan, anak anda akan menganggap itu sebagai suatu pencapaian untuk mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan pula jika ada yang memuji haiwan mereka comel atau lain-lain ucapan yang positif. Bagi mereka itu adalah suatu kejayaan memandangkan merekalah yang menjaga haiwan tersebut.

4. Rangsang kemahiran motor

Kanak-kanak akan terdorong untuk lebih banyak bergerak dan aktif sekali gus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor mereka.

5. Masa terisi bukan dengan gajet sahaja

Jika memelihara haiwan peliharaan, masa anak anda akan terisi dengan perkara lain selain daripada televisyen dan gajet

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Belajar benda baharu

Semasa memelihara haiwan, kanak-kanak akan turut berminat untuk mengetahui segala hal berkenaan haiwannya. Contohnya, bagaimana untuk menjaga bulu haiwan, bagaimana untuk membiakkan haiwan, bagaimana untuk menjaga haiwan yang sakit dan sebagainya.

Hal ini akan membuat minda seorang kanak-kanak lebih berkembang untuk memahami kitaran hidup haiwan kesayangan mereka sekali gus meluaskan lagi pengetahuan mereka.

7. Sebagai penghibur hati

Di kala suka, duka atau marah, kanak-kanak pasti akan mendapatkan haiwan peliharaannya dulu bagi menceritakan perasaannya. Menurut kajian, haiwan mempunyai aura yang membawa rasa ketenangan kepada manusia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi kalau anak meminta untuk bela kucing di rumah, diharap ibu ayah tidak menolah dan mempertimbangkan semula permintaan mereka. Ternyata ia dapat membantu mengembalikan kesegaran minda dan fikiran lebih-lebih lagi kepada pelajar yang sedikit sebanyak berdepan dengan tekanan di sekolah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 7 Tanda Bayi Alah Dengan Haiwan Peliharaan, Ibu Ayah Perlu Take Note!

Baca juga : Bela Haiwan Peliharaan Di Rumah, Ini 5 Tips Persediaan Kehadiran Bayi Baru Lahir

Baca juga : Senarai Petting Zoo Selangor & Kuala Lumpur, Anak Pasti Seronok Dapat Pegang Haiwan!

Penulis

Nursyamimi