Penutupan sesi persekolahan ekoran penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan kesemua pelajar perlu belajar secara online mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Walau bagaimanapun ramai ibu ayah meluahkan perasaan agak sukar untuk melalui fasa ini kerana halangan jaringan internet, masalah gajet dan pelbagai lagi masalah lain.
Mahu ataupun tidak, inilah yang terpaksa ibu ayah lalui bagi memastikan seisi keluarga selamat daripada ancaman Covid-19 ini. Bukan anda sahaja perlu berkorban, malah guru-guru juga berdepan perkara yang sama agar kesemua pelajar dapat menerima ilmu dengan baik.
Ozlynn kongsi pengalaman anak-anak belajar secara online
Baru-baru ini seorang ibu dan pelakon, Ozlynn Waty berkongsi situasi yang sama dengan ibu-ibu yang lain ketika menguruskan anak-anak belajar secara online atau kelas PdPR.
Ramai ibu bapa cakap online class ni memang betul-betul mencabar. Mana nak cekau ipad pada anak yang ramai, mana nak kejar masa seorang anak nak itu, sorang anak nak ini.
Pada yang bekerja atau tidak bekerja, sama sahaja penat dia. Sebab aku melalui dua masa. Bila tidak shoot dengan bila shooting.
Dan mak-mak yang akan paling penat. Sebab kita lah yang paling awal bangun dan yang paling akhir tidur. Macam aku seawal 5 pagi sudah bangun dan aku juga paling lewat tidur setelah pastikan semua pintu rumah berkunci, anak-anak sudah tidur, beg sekolah dah tersedia, barang masak untuk bekal dan sarapan pagi dah ready untuk mudah aku masak esok pagi.
Masa atas katil pun kepala masih lagi berlegar-legar fikir ada ke benda yang termiss?
Sama juga kalau hari aku bekerja. Aku takkan tinggal rumah dengan tak ada lauk makan tengah hari. Lepas tu sarapan pagi kat rumah menu lain, bekal sekolah menu lain dan makan tengah hari menu lain.
Tidak ke pecah otak hari-hari nak fikir. Pukul 8 pagi bergegas pergi kerja, balik malam masih lagi menguruskan hal rumah.
Kadang dekat tempat kerja pun duk call rumah tanya laki. Semua okay ke? Anak dah makan ke? Baju i basuh dah keringkan.. Tolong check maid dah lipat dan gosok.
Ramai ibu berkorban waktu rehat untuk memastikan anak belajar secara online
MasyaAllah tugas ibu takkan pernah habis. Aku tak pernah pandang rendah pada kaum ibu kerana mereka semua hebat dengan cara masing-masing. Siapa yang dapat suami jenis pandai bantu atau ringan tulang. Alhamdulillah, pada yang tidak.. heloo encik suami, tolong picit badan kami sat!
Posting dari Ozlynn ini telah mendapat komen dari ibu-ibu yang bersetuju dengan pandangannya. Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak ketika pandemik ini. Antaranya:
Sama dengan saya. Walaupun work from home, tapi kerja jadi berganda-ganda. Kadang sampai tak tahu mana satu kena buat dulu. Bila buat kerja pejabat, anak pula ada kelas. Ada homework yang cikgu bagi. Bila dah nak masak, buat kerja rumah, anak-anak pula minta tolong ajarkan. 4 orang anak, besarnya dugaan dan pengorbanan ketika Covid-19 ini.– Zuebp
Setuju sangat. Tapi bila tidak buat, rasa bersalah dekat anak. Macam saya ada 4 orang anak, tiada pembantu rumah. Selesa buat kerja rumah sendiri. Yelah setiap orang lain-lain keselesaan dia. Kalau hujung minggu, mesti suruh anak gosok baju dan susun buku sekolah. Mana tak gaduh, nak masak dan buat kerja sekolah nak buat dengan mummy, dengan daddy tak nak pula. Yang bongsu pula setiap kali mandi nak mummy basuh rambut dan badan dia.
Tu lah kadang-kadang jadi mak ko hijau. Seronok dapat kongsi dan meluah. Sayangi isteri anda yang tidak pernah mengeluh menjaga zuriat dan perut anda sampai buncit. Hahah- mummy_2003
Sama lah rutin harian kita kak. Tak mampu nak jadi hulk hari-hari. Istighfar je banyak-banyak kalau tengok pinggan mangkuk berlonggok dekat dapur. Bahagian ruang tamu pun tak nampak rupa ruang tamu dah- bungatulip85
Sumber: @jozlynnhanania
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR