TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ben Affleck Masuk Pemulihan Demi Jadi Ayah Yang Baik Pada Anaknya

15 Mar, 2017
Ben Affleck Masuk Pemulihan Demi Jadi Ayah Yang Baik Pada Anaknya

Baru-baru ini, beliau telah masuk pusat pemulihan kerana masalah ketagihan alkohol. Satu pegangan Affleck -- 'Usah malu untuk mendapatkan bantuan. Semua ini demi anak-anak saya. Saya ingin jadi bapa terbaik untuk mereka.'

Siapa tidak kenal dengan Ben Affleck? Seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip yang kini menggalas watak Bruce Wayne atau Batman dalam filem terbitan DC Comics.

Kemunculan terakhir Affleck di layar perak adalah ketika Anugerah Oscars yang berlangsung pada bulan Februari tempoh hari. Affleck berganding dengan Matt Damon (mereka pernah menulis skrip filem Good Will Hunting bersama) buat julung kalinya. Casey Affleck, adik Ben pula memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Ben Affleck Masuk Pemulihan Demi Jadi Ayah Yang Baik Pada Anaknya

Kredit gambar: Movie Web

Lewat beberapa jam tadi, Ben Affeck berkongsikan satu pengakuan di laman Facebook.

Pengakuan tersebut dipetik mengatakan;

Saya telah melengkapkan rawatan pemulihan kerana masalah ketagihan alkohol yang telah menghantui saya selama ini. Saya ingin menikmati hidup ini sepenuhnya dan ingin jadi bapa terbaik untuk anak-anak saya. Saya mahu anak-anak saya tahu tiada apa yang perlu dimalukan jika anda ingin mendapatkan bantuan.

Pelakon itu pernah dimasukkan ke dalam pusat pemulihan bagi menangani masalah yang sama pada tahun 2001. Nyata, masalah ketagihan alkohol yang dilalui oleh Affleck sekarang memberi kesan.

Namun, usahanya untuk memasuki pusat pemulihan demi menjadi bapa terbaik buat anak-anaknya harus dihormati. Affleck sedar betapa penting kesihatan mental dan fizikal demi menjaga tanggungjawab (anak-anak).

Dalam pengakuan yang ditulis, Affleck ingin membuktikan pada anak-anaknya agar tidak berasa malu atau gentar untuk mendapatkan pertolongan.

Tambah Affleck, pengakuan ini juga diharapkan mampu menjadi kekuatan dan sokongan buat mana-mana individu yang perlu akan bantuan tapi terlalu takut untuk mendapatkannya.

Laporan Huffington Post menulis, usaha Ben Affleck untuk menangani masalah ketagihan alkohol tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada keluarga, rakan-rakan malah bekas pasangannya — Jennifer Garner.

Mereka telah mengumumkan perpisahan mereka pada tahun 2015 selepas berkahwin selama 10 tahun. Kedua-dua pasangan kini menjaga 3 anak mereka — Violet (11), Seraphina (8) dan Samuel (5) bersama-sama. Akan tetapi, tiada tanda-tanda mereka akan berkahwin semula kerana proses penceraian masih berjalan kini.

Usah segan untuk mendapatkan bantuan

Pengakuan Ben Affleck disambut dengan penuh positif menerusi komen-komen di laman Facebook. Pengakuan ini membuktikan anda tidak perlu berasa segan apatah lagi takut untuk mendapatkan sebarang bantuan.

Semua ini demi anak-anak anda! Bukankah mereka nyawa anda? Tugas anda adalah untuk melindungi mereka. Oleh itu, anda perlu kuat untuk menangani segala masalah yang membelenggu anda sekarang.

Ben Affleck Masuk Pemulihan Demi Jadi Ayah Yang Baik Pada Anaknya

Di Malaysia, kerajaan menawarkan pelbagai program untuk memberi bantuan dan sokongan kepada ibu bapa yang memerlukan.

Tidak kira sama ada anda memerlukan bantuan kewangan, bantuan pendidikan, bantuan berhubung ketidakupayaan atau sebagainya, segera dapatkan bantuan yang telah disediakan.

Usah khuatir dengan “kata” orang. Mereka bukan di tempat kita. Mereka tidak tahu derita, kesusahan dan masalah kita.

Jika anda mencari bantuan kewangan, cuba dapatkan bantuan daripada pusat zakat setiap negeri, atau rujuk info ini untuk keterangan lebih lanjut.

Manakala untuk bantuan pendidikan seperti yayasan atau pinjaman, dapatkan pencerahan daripada blog post ini.

Buat mana-mana ibu/bapa tunggal yang inginkan bantuan — hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga.

Di mana saja anda berada, bantuan sentiasa ada. Mari berubah demi anak-anak tercinta.

Kredit gambar: Getty Images

Sumber rujukan: People, The Huffington Post, Facebook, Info Bantuan Kewangan dan Tawaran Biasasiswa

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ben Affleck Masuk Pemulihan Demi Jadi Ayah Yang Baik Pada Anaknya
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham