Ibu Hamil Yang Alami Masalah Sakit Pinggang Boleh Guna Maternity Belt Untuk Atasinya Segera

Maternity belt sebenarnya sangat membantu menyokong tulang belakang ibu hamil, jadi di sini kami kongsikan yang terbaik untuk ibu.

Selalunya bengkung seringkali dikaitkan dengan waktu berpantang, tetapi ibu tahu tak yang adanya bengkung ibu mengandung atau dikenali sebagai maternity belt atau belly band?

Semasa hamil, wanita akan mengalami banyak perubahan dan pertambahan berat secara mendadak hasil perkembangan bayi di dalam rahim. Apabila perut ibu semakin membesar, ini boleh merisikokan si ibu untuk mengalami sakit pinggang dan merasa tekanan apabila melakukan aktiviti harian.

Apakah Itu Maternity Belt?

Mujurlah pada masa kini terdapat ubatan dan alatan yang boleh membantu bagi mengurangkan rasa tekanan tersebut, salah satunya adalah dengan pemakaian belly band. Maternity belt dihasilkan untuk menyokong bahagian bawah punggung dan perut semasa kehamilan. Pakaian sokongan yang fleksibel ini dapat memberi banyak manfaat kepada wanita aktif yang sedang hamil, terutama pada trimester kedua dan ketiga.

Walaupun mempunyai fungsi yang sama, tetapi tidak semua maternity belt sama. Ada banyak jenis belly band di pasaran dan kesemuanya berbeza sama ada dari segi material, saiz, dan jenis pemakaian.

Jangan risau, biar kami bantu anda untuk membuat pilihan dengan menyatakan apa yang menarik tentang pilihan belly band kami akan senaraikan di bawah. Ibu hanya perlu memilih yang mana satu bersesuaian dengan gaya anda!

6 Maternity Belt Terbaik di Malaysia

Maternity Belt Terbaik
Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset
Terbaik Boleh Laras
Beli di Shopee
Lunavie Maternity Support Belt
Terbaik Kurangkan Tekanan Pelvis Dan Bantu Lancar Peredaran Darah Di Kaki
Beli di Lazada
Tally 589 Belly Band
Terbaik Mengurangkan Rasa Gerakan Semasa Dalam Kenderaan
Beli di Shopee
OPPO Maternity Belt 4062
Terbaik Membetulkan Postur Badan
Beli di Lazada
Mamaway Ergonomic Maternity Belt
Terbaik Produk Preskripsi Kelas Perubatan
Beli di Lazada
Mothercare Maternity Support Belt
Terbaik Mudah Regang Ikut Tumbesaran Perut
Beli di Shopee

Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset

Terbaik Boleh Laras

Sekiranya ibu mencari belly band yang boleh dipakai semasa hamil dan selepasnya, Mama's Choice ada jawapannya. Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset boleh dibentuk mengikut ukuran tubuh pemakai dan pada masa yang sama boleh mengembalikan tubuh lebih langsing serta membetulkan postur.  Fungsi elastik pada korset ini membolehkan anda sentiasa rasa selesa dan merasakan lebih tekanan namun lembut pada bahagian pinggang. 

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Sesuai digunakan selepas bersalin
  • Fungsi yang mampu membetulkan postur badan
  • Rekaan velkro ekslusif
  • Material 65% poliester, 35% fiber elastik
  • Boleh mengurangkan sakit belakang
  • Mempunyai pilihan saiz yang banyak (S-XXL)
  • Mampu mengempiskan perut selepas bersalin

Lunavie Maternity Support Belt

Terbaik Kurangkan Tekanan Pelvis Dan Bantu Lancar Peredaran Darah Di Kaki

Kenapa produk ini hebat?

Lunavie Maternity Support Belt membantu mengurangkan tekanan pelvis dan meningkatkan peredaran darah di kaki. Ia juga dapat menyokong bahagian bawah badan dan menjaga postur badan dengan betul.

Selain memberi kelegaan segera kelegaan segera di bahagian belakang dan perut, produk ini mampu memberikan keselesaan maksimum sepanjang kehamilan. Yang menariknya, ini boleh digunakan bukan sahaja sebagai belly band tetapi juga sebagai bengkung untuk bahagian pinggul selepas bersalin!

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Keselesaan berganda: Mudah regang, nipis, dan perudaraan yang baik sepanjang penggunaan.
  • Sokongan prenatal: Membantu mengurangkan rasa tekanan semasa hamil.
  • Sokongan selepas bersalin: Sesuai digunakan selepas bersalin bagi membantu merapatkan semula bahagian pelvis.

Tally 589 Belly Band

Terbaik Mengurangkan Rasa Gerakan Semasa Dalam Kenderaan

Kenapa produk ini hebat?

Tally 589 Belly Band merupakan korset kehamilan jenis tali pinggang yang didatangkan sekali dengan strap velcro. Produk ini dikatakan dapat mengurangkan rasa gerakan semasa dalam pergerakan jadi bagi ibu hamil yang sering rasa pening semasa menaiki kenderaan, produk ini mungkin yang terbaik untuk anda!

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Material cotton lembut: Selesa dan tidak gatal
  • Saiz yang boleh dilaras mengikut usia kehamilan.

OPPO Maternity Belt 4062

Terbaik Membetulkan Postur Badan

Kenapa produk ini hebat?

OPPO Maternity Belt 4062 direka bagi membantu dengan menyokong abdomen dan membetulkan postur badan. Selain itu, produk ini bertujuan bagi melegakan tekanan pada badan dengan mendorong kedudukan dan pergerakan badan yang betul.

Bagi ibu yang selalu sakit pinggang, bolehlah mencuba produk ini yang membantu melegakan kesakitan dengan mengangkat perut dengan lembut supaya bahagian tubuh lain tidak terbeban.

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Kusyen lembut: Memastikan keselesaan maksimum kepada perut.
  • Material tebal dan lembut: 50% Polyurethane, 25% nilon, 25% cotton

Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Terbaik Produk Preskripsi Kelas Perubatan

Kenapa produk ini hebat?

Mamaway Maternity Support Belt dapat mengurangkan sakit punggung ibu dan sakit pelvis semasa kehamilan, malah meningkatkan peredaran darah dan melegakan ketidakselesaan pundi kencing. Tali pinggang sokongan perut bersalin ini juga merupakan produk preskripsi kelas perubatan yang disyorkan oleh pakar obstetrik Australia, profesional kesihatan, dan ahli fisioterapi di seluruh dunia.

Ciri-ciri yang kami suka:

  • Diperbuat dari material premium velcro yang lembut.
  • Mudah diregang: Boleh digunakan pada setiap trimester.
  • Nipis: Reka bentuk yang sangat nipis untuk dipakai di bawah pakaian.

Mothercare Maternity Support Belt

Terbaik Mudah Regang Ikut Tumbesaran Perut

Kalau ibu mencari maternity belt yang jenis boleh regang mengikut tumbesaran perut, Mothercare Maternity Support Belt adalah yang terbaik. Boleh kata ia adalah maternity belt yang sangat menyokong berat perut ibu hamil dan tulang belakang sepanjang kehamilan. 

Yang bagusnya lagi, ia hadir dengan sokongan tambahan pada bahagian bawah tulang belakang yang mana membantu memastikan otot kekal warm untuk elak daripada masalah sakit belakang. Best kan?

Kenapa produk ini hebat?

  • Direka dengan sokongan terbaik untuk ibu hamil yang sarat
  • Menawarkan sokongan untuk perut ibu yang membesar dan tulang belakang sewaktu hamil
  • Panel knitted untuk kehangatan mencegah otot tegang
  • Meregang ikut bentuk tubuh
  • Tanpa kesan jahitan, jadi tiada rasa gatal atau tidak selesa
  • Hadir dalam 2 warna: Putih dan hitam

Perbandingan Harga Maternity Belt Terbaik

Produk Harga (RM)
Mama’s Choice Postpartum Adjustable Corset RM59.30
Lunavie Maternity Support Belt RM52.00
Tally 589 Belly Band RM18.90
OPPO Maternity Belt 4062 RM62.00
Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt RM169.90
Mothercare Maternity Support Belt RM31.00

Tips Menangani Sakit Pinggang Semasa Mengandung Selain Maternity Belt

Sebenarnya, ibu mengandung mendapat sakit belakang adalah perkara biasa, terutama pada peringkat awal kehamilan. Pada trimester ke-3 pula, tekanan semakin menjadi apabila perut semakin membesar!

Semasa mengandung, ligamen dalam badan anda secara semula jadi menjadi lebih lembut dan meregang untuk mempersiapkan ibu bersalin. Ini boleh memberi tekanan pada sendi punggung bawah dan pelvis anda, yang boleh menyebabkan sakit belakang.

1. Amalkan Postur Badan Yang Baik

Semasa bayi membesar, pusat graviti ibu akan beralih ke hadapan. Untuk mengelakkan jatuh ke depan, ibu mungkin mengimbangi dengan bersandar - yang dapat meregangkan otot di punggung bawah dan menyumbang kepada sakit belakang semasa kehamilan.

Ingatlah prinsip-prinsip postur yang baik seperti:

  • Semasa anda berdiri, gunakan pendirian lebar yang selesa untuk sokongan terbaik. Sekiranya ibu perlu  berdiri dalam jangka masa yang lama, letakkan satu kaki di atas bangku tangga rendah - dan luangkan masa untuk berehat dengan kerap.
  • Postur yang baik juga bermaksud duduk dengan berhati-hati. Pilih kerusi yang menyokong punggung anda, atau letakkan bantal kecil di belakang punggung bawah anda.

2. Pertimbangkan Terapi


Ada kajian menunjukkan bahawa akupunktur dapat menghilangkan sakit belakang semasa kehamilan; malahan rawatan kiropraktik juga dapat memberi keselesaan kepada beberapa wanita. Sekiranya ibu mempertimbangkan terapi pelengkap, bincangkannya dengan doktor terlebih dahulu ya. Jangan lupa pastikan pakar kiropraktor atau akupunktur anda bertauliah dan mengetahui anda sedang hamil.

Peringatan:

Sekiranya anda mengalami sakit belakang yang teruk semasa kehamilan atau sakit belakang yang berlangsung lebih dari dua minggu, berbincanglah dengan doktor anda. Dia mungkin mengesyorkan ubat seperti acetaminophen (Tylenol, lain-lain) atau rawatan lain.

Perlu diingat bahawa sakit belakang semasa kehamilan mungkin merupakan tanda bersalin pramatang atau jangkitan saluran kencing.

Sekiranya ibu mengalami sakit belakang semasa kehamilan yang disertai dengan pendarahan faraj, demam atau terbakar semasa buang air kecil, segera hubungi doktor dengan segera ya.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  15 Faedah Memakai Bengkung: Bukan Hanya Untuk Cantik!

Baca juga: Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

Baca juga: Bersalin Normal @ Czer, Ibu Perlu Pakai Bengkung! Ini 7 Manfaat Bengkung Selepas Bersalin

Penulis

Farhana Fuad