Ini 9 Jenis Vagina Wanita - Anda Punya Bentuk, Normal Atau Tidak?

lead image

Setiap wanita mempunyai bentuk faraj yang berbeza-beza. Jadi semua bentuk adalah normal. Jom tengok anda tergolong dalam bentuk faraj yang mana satu?

Bentuk faraj adalah berbeza pada setiap wanita, sama ada dari segi warna, ukuran mahu pun bau.

Setiap faraj juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jadi, di bawah ini adalah beberapa gambar illustrasi yang menunjukkan perbezaan bentuk faraj wanita.

Biasanya, apabila bercakap tentang bentuk faraj, mereka akan merujuk pada bahagian bibir vagina atau dipanggil labia.

Bibir faraj di bahagian luar dipanggil labia majora dan bibir bahagian dalam yang merupakan laluan masuk ke leher rahim dipanggil labia minora.

Jom kita lihat 7 jenis bentuk faraj wanita ini!

7 jenis bentuk faraj wanita – anda punya yang mana?

1. Vagina dengan bibir dalam tak simetri

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Ini adalah bentuk faraj di mana salah satu bibir dalam faraj lebih panjang, lebih tebal atau lebih besar dari yang pasangannya.

Bentuk labia minora tak simetri ini adalah sangat biasa dan ramai wanita memilikinya.

2. Vagina dengan bibir luar tebal

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Bentuk bibir luar faraj kelihatan tebal atau tembam dan sejajar antara satu sama lain. Faraj dengan bentuk ini biasanya bahagian bibir dalam akan kelihatan.

3. Vagina dengan bibir dalam menonjol

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Ramai juga wanita yang memiliki faraj dengan bibir dalam yang panjang hingga terkeluar dari bibir luar faraj ini. 

4. Bentuk vagina dengan bibir luar menonjol

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Bentuk bibir begini menonjol dan runcing ke bawah. Kulit labia majora pula tebal dan montok atau nipis dan longgar. Bentuk seperti ini membuatkan bibir dalam tak kelihatan.

5. Bentuk vagina dengan bibir dalam yang panjang dan menggantung 

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Bentuk bibir dalam vagina lebih panjang dan menonjol keluar hingga menggantung di bawah bibir luar vagina. Boleh jadi ada beberapa lipatan lain atau kulit yang terlihat akibat kondisi ini.

6. Vagina dengan bibir luar panjang dan tergantung

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Gambar di atas menunjukkan bibir luar faraj yang menonjol dan seakan-akan tergantung. Biasanya faraj seperti ini mempunyai bahagian tepi yang lebih besar dan bahagian luar yang tergantung ini sering terkeluar dari tepi seluar dalam.

7. Vagina dengan bibir terbuka

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Kerana bentuk bibir luar yang rata dan sedikit jarak membuatkan bibir dalam jelas kelihatan dari luar.

8. Vagina dengan bibir kecil dan tertutup

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Berbeza dengan faraj yang lain, bibir luar faraj ini agak rapat sehingga menutupi bibir dalam sepenuhnya. Vagina seperti ini tak ramai yang ada. 

9. Vagina bibir dalam kelihatan dari luar

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Bentuk faraj ini, bibir dalam dan luarnya berukuran sama, kadang-kadang labia minora tak kelihatan kerana tertutup dengan lipatan luar. Tapi bila lipatan luar tertarik ke tepi, labia minora akan kelihatan.

Bentuk faraj: Ukuran faraj wanita

bentuk faraj, bentuk faraj wanita, bentuk vagina, jenis faraj, faraj wanita, ukuran faraj, bentuk miss v

Ukuran faraj biasanya berbeza untuk setiap wanita. Namun, berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2005 dan 2014, biasanya ukuran faraj banyak mengatakan tentang panjang dan lebar bibir faraj.

Ini adalah hasil kajian ukuran faraj: 

  • Bahagian kiri dan bahagian kanak labia majora berukuran 15 cm
  • Bahagian kiri labia minora boleh mencapai panjang sehingga 10cm dan lebar 6.5cm
  • Bahagian kanan labia minora boleh mencapai panjang sehingga 10cm dan lebar 7cm.

Tiada istilah bentuk normal atau tak. Semua bentuk adalah normal kecuali jika anda rasa sakit atau tak selesa pada bahagian vagina, anda perlu segera periksa ke klinik.

Tak ada salahnya untuk anda tahu bentuk vagina anda dengan mengambil cermin dan lihat sendiri bagaimana rupa faraj anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan mendapat izin theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

Mesti baca: 6 fakta penting tentang faraj wanita yang anda wajib tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!