Berat Bayi Naik Sedikit Sahaja Setiap Bulan, Adakah Ibu Patut Risau? Ini Panduan Buat Anda

Berat bayi naik sedikit adalah perkara yang merisaukan kerana ia boleh menjadi tanda pertumbuhan lambat dan penyusuan kurang efisien

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila mendapat tahu berat bayi naik sedikit sahaja, pastinya ibu berasa amat risau. Lebih-lebih lagi jika ‘ditegur’ oleh jururawat di klinik.

Namun ibu jangan cepat panik kerana sesetengah bayi sememangnya mengalami keadaan ini. Terdapat beberapa cara untuk memastikan si manja mendapat nutrisi yang diperlukan bagi menyokong perkembangan sihat.

Punca Berat Bayi Naik Sedikit

Berat bayi naik sedikit atau lambat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, daripada masalah penyusuan hingga masalah kesihatan.

Berikut adalah beberapa punca berat bayi naik sedikit yang paling biasa:

1. Masalah Penyusuan

Lekapan Puting Tidak Betul: Jika bayi tidak melekap dengan betul, mereka mungkin tidak dapat susu yang mencukupi, yang mempengaruhi kenaikan berat badan.

Sesi Penyusuan Pendek: Bayi perlu mengambil masa untuk mendapatkan kedua-dua foremilk dan hindmilk semasa penyusuan. Hindmilk mengandungi lebih banyak kalori, jadi sesi penyusuan yang pendek boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang perlahan.

Penyusuan Tidak Kerap: Bayi biasanya perlu menyusu 8–12 kali sehari. Melewatkan waktu menyusu atau tidak memberi susu dengan kerap boleh mengurangkan pengambilan kalori.

2. Kekurangan Bekalan Susu

Bagi ibu menyusu badan, kekurangan bekalan susu boleh mengehadkan jumlah susu yang diterima bayi semasa penyusuan. Antara punca susu badan kurang adalah tekanan, pengambilan ubat-ubatan tertentu atau masalah kesihatan.

3. Masalah Kesihatan

Bayi yang mengalami refluks mungkin akan muntah susu boleh mengurangkan pengambilan keseluruhan nutrisi. Selain itu jangkitan pernafasan, jangkitan telinga, atau masalah kesihatan lain boleh mengurangkan selera makan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah bayi mempunyai alergi atau intoleransi susu lembu yang boleh menyebabkan kesukaran semasa menyusu dan mengakibatkan kenaikan berat badan yang perlahan.

4. Masalah Pencernaan

Masalah seperti intoleransi laktosa atau masalah pencernaan lain boleh menghalang bayi daripada menyerap nutrien dengan betul, walaupun si manja mengambil susu dalam jumlah yang mencukupi.

5. Kelahiran Pramatang Atau Berat Lahir Rendah

Bayi pramatang memerlukan masa dan penjagaan tambahan untuk mencapai perkembangan kerana mereka bermula dengan berat lebih rendah dan mungkin memerlukan pemakanan tambahan.

Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Cepat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memahami lebih baik tentang kenaikan berat bayi, cara penyusuan yang betul, serta tip pemakanan selepas bayi usia 6 bulan.

1. Semak Graf BMI Bayi

Salah satu cara untuk menilai perkembangan bayi adalah dengan merujuk kepada graf Body Mass Index (BMI) bayi dalam buku rekod kesihatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, buku ini akan diberikan semasa pemeriksaan bayi di klinik kesihatan dan mengandungi graf berat badan bayi mengikut umur. Anda boleh semak sama ada kenaikan berat badan bayi masih berada dalam lingkungan normal atau sebaliknya.

Apa yang Perlu Diperhatikan dalam Graf BMI?

  • Selagi terdapat peningkatan pada graf walaupun sedikit, ini menandakan perkembangan yang normal.
  • Pakar kanak-kanak biasanya hanya akan menyuarakan kebimbangan jika terdapat penurunan atau stagnasi yang ketara dalam graf.
  • Graf “cantik” bermaksud bayi masih menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam lingkungan putih pada graf BMI. Ini menandakan bahawa bayi berada dalam julat berat badan yang sihat.

Dengan memahami graf BMI bayi, ibu boleh lebih yakin sama ada kenaikan berat bayi adalah normal atau jika ada keperluan untuk membuat perubahan.

2. Teruskan Penyusuan Seperti Biasa

Jika berat bayi masih menunjukkan kenaikan walaupun perlahan, teruskan penyusuan seperti biasa. Menjaga demand penyusuan bayi adalah sangat penting, kerana permintaan bayi akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Setiap kali bayi menyusu, ia menghantar isyarat kepada tubuh ibu untuk terus menghasilkan susu yang mencukupi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mendapatkan penyusuan yang optimum, pastikan:

  • Tempoh Penyusuan: Satu sesi penyusuan idealnya berlangsung antara 10 hingga 15 minit bagi setiap sesi. Dengan masa ini, bayi berpeluang mendapatkan “hindmilk” yang kaya dengan lemak dan kalori.
  • Kepentingan Hindmilk: Susu ibu terbahagi kepada dua jenis iaitu “foremilk” dan “hindmilk.” Foremilk adalah susu yang lebih cair dan berfungsi sebagai pelepas dahaga. Hindmilk pula lebih pekat dan mengandungi lemak baik yang penting untuk tumbesaran bayi. Jika sesi penyusuan berlangsung terlalu singkat, bayi mungkin hanya mendapat foremilk sahaja, menyebabkan kurang kalori untuk kenaikan berat badan.
  • Satu Breast untuk Satu Sesi Penyusuan: Untuk memastikan bayi mendapat hindmilk, biarkan bayi menyusu daripada satu payudara penuh sebelum beralih ke payudara yang lain. Sebagai contoh, jika sesi penyusuan pertama pukul 3 petang menggunakan payudara kanan, pastikan bayi menyusu sehingga habis dan hanya tukar ke payudara kiri pada sesi seterusnya.

3. Elakkan Penggunaan Puting Berlebihan

Walaupun puting boleh menenangkan bayi, ia boleh mengurangkan kekerapan penyusuan jika digunakan terlalu kerap. Jika bayi anda menggunakan puting secara kerap, ia mungkin menghalang si manja daripada mendapat pemakanan yang mencukupi.

Cuba hadkan penggunaan puting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda sedang cuba membina rutin penyusuan.

4. Bina Hubungan Dan Keselesaan Semasa Menyusu

Stres dan ketidakselesaan boleh mengganggu penyusuan. Cipta persekitaran yang tenang dan nyaman semasa waktu penyusuan dan pastikan anda berasa santai.

Stres juga boleh menjejaskan pengeluaran susu, jadi pastikan anda merasa tenang semasa sesi penyusuan.

5. Menjaga Pemakanan Bayi Selepas Usia 6 Bulan

Apabila bayi mencapai umur 6 bulan dan mula makanan pejal. Ini adalah masa yang baik untuk menambahkan sumber makanan yang kaya dengan kalori dan nutrisi bagi menyokong tumbesaran sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa makanan naikkan berat badan bayi secara sihat iaitu:

  • Santan: Kaya dengan lemak baik dan kalori, santan adalah sumber tenaga yang baik untuk bayi.
  • Susu: Susu adalah sumber protein dan kalsium penting untuk perkembangan tulang bayi.
  • Butter dan Minyak: Sedikit butter atau minyak yang selamat untuk bayi boleh ditambah dalam makanan untuk meningkatkan kandungan kalori.
  • Sweet Potato (Ubi Keledek): Ubi keledek kaya dengan serat, vitamin, dan kalori yang membantu bayi merasa kenyang lebih lama dan menyokong kenaikan berat badan.

6. Jangan Terlalu Bimbang

Sebagai ibu bapa, adalah normal jika ibu berasa risau apabila berat bayi naik sedikit. Namun, penting untuk diingat bahawa setiap bayi mempunyai kadar tumbesaran berbeza.

Apa yang penting adalah untuk memantau perkembangan keseluruhan bayi termasuk tingkah laku, tahap aktiviti, serta tanda-tanda bahawa mereka mendapat nutrisi mencukupi.

Selagi bayi sihat, ceria dan aktif, ada kemungkinan besar bahawa berat bayi naik sedikit bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.

Bila Ibu Perlu Bimbang Dan Berjumpa Pakar?

  • Penurunan berat badan berterusan
  • Berat bayi yang statik untuk jangka masa panjang
  • Bayi kurang berminat untuk menyusu atau makan
  • Bayi kelihatan lesu atau kurang aktif

Doktor mungkin akan memberikan cadangan pemakanan atau mungkin menilai sama ada terdapat sebarang masalah kesihatan lain yang memerlukan perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, berat bayi naik sedikit perlu dipantau meskipun ia bukanlah tanda masalah kesihatan.

Sebagai ibu, memahami keperluan penyusuan dan pemakanan bayi serta merujuk kepada graf BMI dapat membantu memberikan gambaran yang lebih baik tentang kesihatan dan perkembangan anak.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Berat Normal Bayi Mengikut Umur & Jantina, Penting Pantau Perkembangan Si Manja

Baca juga:  Berat Bayi Normal Mengikut Carta WHO & Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Cepat

Baca juga:  Lakukan 6 Perkara Ini Jika Anak Terlalu KURUS, Tips Dapatkan Berat Ideal Kanak-Kanak