Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

Biasalah tu bergaduh. Tapi anda harus ikut 2 cara hebat ini untuk memastikan pergaduhan dengan pasangan tak akan jadi punca rumah tangga anda bergolak!

Kerap berkelahi dengan pasangan

Selalu bergaduh dengan pasangan? Biasalah itu. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri?

Ewah! Tapi… selalu sangat bergaduh pun boleh membawa padah. Kajian baru-baru ini telah membuktikan hampir 20% pasangan bercerai akibat pergaduhan

Walaubagaimanapun, menurut pakar – pasangan yang mengikut 2 peraturan ini ketika bergaduh, akan cenderung lebih bahagia berbanding pasangan yang lain!

2 peraturan apa itu? 

Jom saya kupas dengan lebih lanjut.

Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

2 Cara Untuk Mengendali Pergaduhan Agar Rumah Tangga Kekal Bahagia

Kajian dijalankan selama 14 tahun oleh pakar psikologi Dr Robert Levenson dan Profesor John Gottman.

Mereka mengkaji bagaimana pasangan berkahwin harus mengendali pergaduhan agar perkahwinan kekal bahagia.

Selama 14 tahun tersebut, Gottman dan Leverson mengkaji hampir 100 pasangan suami isteri yang menetap di sekitar Amerika Tengah.

Namun, hampir 20 pasangan yang dikaji bercerai sebelum kajian berakhir.

Punca penceraian adalah disebabkan pergaduhan. Maka, para penyelidik membuat keputusan untuk melakukan lebih pemerhatian.

Kajian mendapati pasangan yang bergaduh, namun kekal bahagia, mengamalkan 2 peraturan utama ini, iaitu:

  1. Tangani perselisihan faham dengan cepat
  2. Berbincang tentang pergaduhan dengan fikiran yang terbuka

Cakap macam senang, kan? Tapi, macam mana nak bergaduh dengan 2 peraturan utama ini? Ha… jangan risau! Saya jelaskan lagi di bawah.

1. Tangani pergaduhan dengan cepat untuk menyelesaikan masalah

Pertama sekali, tangani pergaduhan atau perselisihan faham antara anda dan pasangan secara positif untuk menyelesaikan masalah.

Kalau anda tangani ia secara negatif, pergaduhan ini akan berpanjangan dan tak akan dapat diselesaikan sambil bila-bila.

Jangan ambil masa selama berhari-hari nak selesaikan satu salah faham!

Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

Gottman menyarankan semua pasangan berkahwin untuk bertanggungjawab menyelesaikan masalah.

Bukan hanya menyalahkan satu pihak. Dua-dua pihak kena berikhtiar.

Tambahan lagi, kajian mendapati pasangan yang bijak menangani konflik dengan segera lebih bahagia dan puas dengan hubungan mereka!

Manakala pasangan yang cenderung untuk menyalahkan pihak lain pula akan semakin renggang.

Sekarang anda faham peraturan pertama, kan? Okay, sekarang peraturan kedua pula.

2. Berbincang dan selesaikan perselisihan faham dengan minda yang terbuka

Gottman dan Leverson mendapati ramai pasangan bercerai kerana mereka mengalami pergaduhan yang menyalahkan antara satu sama lain

Perbuatan tersebut tak membantu langsung! Malah, komen-komen pedas yang dilemparkan antara satu sama lain bersifat tidak sensitif dan melukakan hati.

Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

Jika anda menyalahkan seseorang dan menuduh mereka bodoh, tidak masuk akal dan punca segala masalah, anda akan membuatkan individu itu marah. Lalu, pergaduhan tak dapat diselesaikan.”

Itu penjelasan Gottman lagi. Jadi, apa yang patut kita lakukan?

Bawa berbincang dan selesaikan perselisihan faham itu dengan minda yang lebih terbuka.

Pasangan berkahwin pasti sudah biasa bertanggungjawab atas semua perbuatan mereka.

Jadi, jangan asyik nak salahkan sesiapa. Terima kesalahan tersebut dan bawa berbincang dengan tenang.

Kajian pada tahun 2010 juga mendapati satu perkara penting – pasangan yang menyelesaikan pergaduhan mereka dengan tenang dan positif tak akan mudah bercerai berbanding pasangan yang terburu-buru dan bersifat angkuh!

Ha… nampak tu? 

Jadi lepas ini jika anda dan pasangan bergaduh, mungkin kalian boleh mengamalkan 2 peraturan hebat ini agar rumah tangga kalian kekal bahagia.

Siapa yang mahu rumah tangga yang dibina dengan penuh kasih sayang ini hancur dek pergaduhan remeh saja, kan?

Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan anda, amin!

Sumber rujukan: Business Insider

Baca juga:

Cintai Pasangan Dengan Sepenuh Hati, Tapi Dalam 5 Cara Yang Sihat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner