Berhenti Melihat Sahaja Anak-Anak Membuat Kacau - Disiplinkan Mereka!

Asas etika sosial boleh diajar dan dipelajari oleh semua orang. Secara asasnya, ibu bapa harus berhenti melihat anak mereka berkelakuan buruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mari kita bercakap tentang kanak-kanak yang suka membuat gangguan dan peranan ibu bapa dalam keluarga untuk mendisiplinkan mereka.

Ini contoh apa yang saya cuba katakan di sini: Kanak-kanak memanjat ke atas pentas, merosakkan persembahan musikal orang lain. Kanak-kanak yang merosakkan pengalaman orang lain.

Ia bukannya pertama kali di mana kejadian seumpama ini terjadi dan ibu bapa hanya berdiam diri melihat semua yang terjadi.

Ibu bapa yang membawa anak-anak masuk ke dalam pawagam dan membiarkan mereka menangis atau berbuat bising.

Sudahkah anda melihat cerita tentang dua wanita merakam dua kanak-kanak lelaki memecahkan arca kaca di dalam kawasan kurungan di sebuah muzium seni di China? 

Peranan ibu bapa dalam keluarga

Ianya sungguh menyedihkan untuk melihat ibu bapa tidak menjalankan peranan ibu bapa dalam keluarga secara berkesan dengan membiarkan anak-anak mereka terus berkelakuan mengganggu, tanpa ada inisiatif untuk menegur dan menghentikan perbuatan mereka.

Saya tidak suka mengadili ibu bapa, namun saya rasa tiada alasan yang kukuh untuk membiarkan anak-anak kita merosakkan sesuatu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya ingin tahu apa yang difikirkan oleh ibu bapa yang hanya melihat anak mereka merosakkan dan mengganggu orang tanpa menegur mereka.

Hanya kerana mereka adalah kanak-kanak, tidak semestinya mereka boleh melakukan apa yang mahu.

Saya semakin letih melihat ibu bapa yang merasakan perbuatan buruk anak mereka itu comel; ianya tidak comel langsung!

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak

Saya tahu terdapat beratus cara untuk membesarkan anak dan saya hormati perbezaan setiap cara yang berkesan untuk orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, ada perkara asas ihsan (common courtesy). Jika anak saya cuba merampas props pencerita ketika persembahan berlangsung, saya akan menarik dia dengan perlahan dan meminta dia berhenti.

Jika dia terus berkelakuan begitu, saya akan memaksa dia duduk dengan saya. Jika dia tidak mendengar kata juga, kami akan pulang. Bukankah ia kedengaran seperti perkara asas dalam mendidik anak?

Memang kanak-kanak perlukan kelonggaran, namun ada hadnya.

Asas etika sosial boleh diajar dan dipelajari oleh semua orang. Secara asasnya, ibu bapa harus berhenti melihat sahaja anak mereka berkelakuan buruk di tempat awam atau di rumah orang lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak anda merosakkan sesuatu, mengganggu persembahan seseorang atau menjejaskan kegembiraan orang lain, tolonglah hentikan mereka.

Jika anda melihat anak anda melanggar peraturan, hentikan dan didik mereka.

Jika anak anda bertindak kurang ajar, ajari mereka. Sekurang-kurangnya, anda perlu lakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Tiada kanak-kanak harus dikecualikan dari ihsan dan mempunyai etika. Tidak kira sama ada mereka sangat comel atau dari keluarga berada.

Cara mendisiplinkan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kenal pasti punca
    Sesetengah perangai buruk dapat dielakkan jika kita tahu apa yang boleh menyebabkan mereka berkelakuan begitu. Ia mungkin kerana apabila kita sebagai ibu bapa terlalu fokus pada gajet berbanding memberi perhatian kepada mereka. Atau jika sudah masa untuk mereka tidur sebentar selepas bermain.
  2. Tidak terlalu emosi
    Cara kita memberi respon terhadap perilaku mereka juga boleh menyumbang kepada perilaku buruk. Kenal pasti cara yang lebih baik untuk menegur anak anda di tempat awam bagi mengelakan mereka menjadi lebih teruk.
  3. Konsisten
    Sentiasa memberikan respon yang sama, seperti menegur perbuatan buruk mereka setiap kali mereka melakukannya. Supaya mereka tahu anda betul-betul serius meminta mereka menghentikan perbuatan tersebut.
  4. Berhenti sejenak
    Selepas menegur, berikan masa sejenak pada diri anda dan anak anda. Supaya sama-sama dapat melegakan emosi dari terlalu marah atau terlalu sedih. Kemudian sama-sama meminta maaf atas apa yang berlaku dan bercakap tentang apa yang boleh diperbetulkan.
  5. Positif
    Sentiasa berfikiran dan berkelakuan positif adalah sangat penting dalam mendidik anak. Ianya memang sukar namun, jika anda menunjukan contoh yang positif, mereka juga lama-kelamaan akan mengikut jejak kita.

Menjadi ibu bapa memang bukan satu tugas yang mudah. Ia merupakan tanggungjawab yang tiada akhirnya.

Apakah tips yang anda amalkan untuk mendisiplinkan anak anda ketika di tempat awam atau ketika di rumah orang lain? Kongsikannya dengan kami ya!

Sumber: scarymommy, parents

Baca juga:

Perbezaan ketara antara cara ayah dan ibu mendisiplinkan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma