X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Yang Saya Perasan Apabila Saya Berhenti Melihat Telefon Saya Ketika Menyusukan Bayi Saya

5 min bacaan
Apa Yang Saya Perasan Apabila Saya Berhenti Melihat Telefon Saya Ketika Menyusukan Bayi Saya

Walaupun, telefon saya menyimpan detik-detik dalam memorinya untuk diakses pada bila-bila masa tetapi bayi saya tidak, ia akan pergi selama-lamanya. Jadi, jangan biarkan saat-saat istimewa ini terlepas lagi!

Saya merenung skrin malap daripada telefon bimbit saya, melihat badan kecil bayi saya. Notifikasi pada telefon bimbit menarik perhatian saya dan saya bersedia untuk mengakses semuanya sementara menyusukan bayi saya. Pada mulanya, saya terpaku di kerusi saya selama satu jam pada satu masa, beberapa kali sehari.

Ia seolah-olah seperti masa yang sesuai untuk membaca e-mel, mesej, dan laman Facebook saya. Biasanya, mata bayi saya tertutup, jadi saya membaca notifikasi daripada laman sosial saya, sementara dia minum susu – amat sempurna!

Namun begitu, dari masa ke semasa, saya mula menyedari bahawa terdapat begitu banyak momen bersama bayi saya yang telah terlepas.

Walaupun kita mempunyai hubungan rapat secara fizikal pada ketika itu, tetapi secara mentalnya, kami tidak bersama. Saya tidak menyokong si kecil saya sebagai penjaga dia secara sepenuhnya.

Saya hanya menyediakan makanan dan membiarkan dia menyusu dengan sendiri.

Saya tahu ini bukan hubungan yang saya mahu dengan anak perempuan saya. Saat yang rapat ini, walaupun banyak, masih lagi terhad dan saya mahu buat yang terbaik ketika kami bersama-sama.

Ketika saya memandang bayi saya yang sedang menyusu daripada saya, saya mula menyedari beberapa perkara yang telah saya terlepas.

Apa Yang Saya Perasan Apabila Saya Berhenti Melihat Telefon Saya Ketika Menyusukan Bayi Saya

Saya perhatikan tangan kecil beliau; cara ia berhenti pada payudara saya atau, apabila dia cuba mencapai rantai saya, muka saya atau kolar baju saya. Saya melihat tangannya menggenggam kulit saya atau memampatkan payudara saya perlahan-lahan seolah mahu membantu aliran susu.

Saya perhatikan kuku jari beliau yang sungguh kecil dan tersenyum kerana persamaannya dengan kuku saya sendiri.

Pada pangkal jarinya terdapat empat lubang-lubang kecil yang paling comel pernah dilihat.

Saya menoleh pada tangan saya sendiri dan melihat hanya kedutan di seluruh buku jari saya, saya tertanya-tanya berapa lama lubang-lubang kecil itu akan berada di sana sebelum mereka hilang dan licin.

Pandangan saya beralih kepada mukanya; mata yang indah, merenung ke arah saya. Berapa lamakah mata itu telah merenung?

Apa yang telah dia fikir tentang mata saya yang tidak responsif, hanya melihat melepasi bahunya kepada telefon saya? Saya menikmati kesucian yang terdapat pada matanya.

Hanya kesetiaan yang mutlak; cinta yang begitu kuat, tiada apa yang boleh mematahkannya. Matanya beralih kepada sesuatu di atas bahu saya, saya mengikutinya dan menyedari dia berminat pada corak selimut yang menutupi belakang kerusi di mana kami duduk.

Apa lagi yang sedang dia melihat? Apa yang si kecil saya lihat di sekelilingnya dan menaikkan minatnya, manakala saya hanya menunjukkan minat pada telefon saya? Adakah dia fikir saya mengambil berat tentangnya?

Saya melihat bibirnya yang sempurna itu berbentuk seperti ‘Special K’. Ia seolah-olah begitu licin dan mampu menjalankan tugas menghisap susu yang dia perlukan untuk mengisi perut kecilnya.

Kadang-kadang, saya dapat melihat lidah kecilnya yang berwarna merah jambu, bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membantu proses menyusu.

Bahagian-bahagian badan yang amat luar biasa. Dia berhenti minum seketika, seolah-olah ingin tahu mengapa saya tiba-tiba berminat melihat dirinya. Dia mula tersenyum dan kemudian menyibukkan dirinya kembali kepada meminum susu.

Saya melihat rambutnya yang berwarna coklat. Ke manakah semua rambutnya pergi? Ia dulunya berwarna gelap dan panjang dan kerinting, tetapi kini, rambutnya ringan, sedikit perang dan lurus. Saya tertanya-tanya sama ada ia akan mula kerinting seperti rambut kakaknya.

Ketika saya merenung kepadanya, saya perasan pergerakan badan kecilnya bergerak mengikut irama ketika dia meminum. Saya tertanya-tanya apa yang membuatnya bergerak begitu dan berapa lama dia telah melakukannya.

Ia seolah-olah untuk menenangkan dirinya. Ini semua mula menenangkan saya kerana saya mengekalkan hubungan mata dengan dia. Saya berasa hubungan saya rapat dengannya. Tiada apa-apa lagi di fikiran saya tetapi hanya dia; kami.

Saya mula menjadi lebih sedar tentang pergerakan susu yang meninggalkan badan saya untuk memberi hidup kepada bayi saya. Saya kemudian menyedari apabila perasaan itu berubah; apabila dia telah mula perlahan dan penat.

Saya bersedia untuk membantunya untuk mendapatkan titisan susu yang terakhir. Dia berhenti minum.

Dia sudah mendapat susu yang mencukupi. Dia mendapat keselesaan daripada menghisap dan saya biarkannya seketika sebelum bertanya jika dia telah selesai.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Dia menghisap sedikit lagi dan kemudian secara sukarela melepaskan dan memandang saya. Mulutnya membentuk sebuah senyuman yang manis. Saya tidak boleh berhenti melihat dia.

Berapa banyak saat-saat indah seperti ini yang telah saya lepaskan?

Saya telah menyusukannya tetapi tidak memberikan perhatian apa-apa dari diri saya sendiri dan sebaliknya, dia yang telah memberi saya semua yang dia ada dan saya tidak mengambil apa-apa darinya.

Selalunya, ketika membaca artikel pada telefon saya ketika menyusukannya, bayi saya akan berhenti minum dan kemudian tidur dengan sendiri.

Tidak ada hubungan, tiada detik merapatkan hubungan ketika itu. Saya kemudian meletakkannya ke dalam katil bayi dan dia akan bangun beberapa jam kemudian tanpa mengingati peralihan itu.

Sesi penyusuan si kecil ini adalah suatu kerja yang dia buat secara fizikal ketika melekap kepada saya tetapi secara emosi bayi saya masih bersendirian.

Hubungan emosi kami tiada; fikiran saya hanya pada perkara lain.

Apa Yang Saya Perasan Apabila Saya Berhenti Melihat Telefon Saya Ketika Menyusukan Bayi Saya

Syukurlah, saya mempunyai kesedaran ini lebih awal dalam perjalanan penyusuan kami dan kerana saya telah dapat membuat masa istimewa ini lebih daripada sekadar memberinya makanan.

Berhenti Melihat Telefon Ketika Menyusukan Bayi

Ia adalah mengenai hubungan antara ibu dan anak.

Pada saat-saat indah kami bersama, tidak ada orang lain di dunia; ia adalah hanya kami berdua. Kita berduaan, tanpa perlu mengejar masa dan tanpa gangguan.

Masa-masa ini adalah suci dan saya kini amat menghargainya. Tidak seperti bayi saya, telefon saya akan sentiasa berada di sana (malangnya) tidak berubah, tidak membesar dan tiada emosi.

Telefon saya menyimpan detik-detik dalam memorinya untuk saya mengakses pada bila-bila masa tetapi bayi saya tidak, jika saya kehilangannya, ia akan pergi selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlepas saat-saat istimewa ini lagi. Saya mempunyai peraturan di mana ‘tiada telefon di dalam bilik susuan’ sekarang dan saya tidak akan mengubahnya.

Rencana diterjemah daripada Peaceful Parents, Confident Kids. 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Apa Yang Saya Perasan Apabila Saya Berhenti Melihat Telefon Saya Ketika Menyusukan Bayi Saya
Kongsikan:
  • 5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

    5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

  • Pesanan untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi: anda pasti boleh!

    Pesanan untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi: anda pasti boleh!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • 5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

    5 cabaran besar penyusuan ibu dan penyelesaiannya

  • Pesanan untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi: anda pasti boleh!

    Pesanan untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi: anda pasti boleh!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.